Tuesday, July 22, 2008

Kolestrol tinggi?

Sekarang ni jangan kata orang yg lebih berat badan @ gemuk aje yang boleh ada kolestrol tinggi dalam darah malah orang yang kelihatan sihat dan langsingpun boleh kena. Pemeriksaan darah tahun2 sebelum ni tak ada tanda2 kolestrol jahat tu ada dalam darah, tapi awal bulan ni doktor menasihatkan mak kak long supaya mengawal pemakanan. Elakkan makanan laut, sayur-sayuran berasaskan kacang, makanan dalam tin dan minyak. Minyak yang paling elok sekali untuk mengawal kolestrol jahat ini adalah minyak zaitun tapi cuba anda perhatikan harga minyak zaitun di kedai2 ataupun di supermarket berdekatan. Harga dia sikit punyer tinggi. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, mungkin agak payah untuk menukar minyak masak kita kepada minyak zaitun. Jadi apa yang boleh kita lakukan? Kurangkan makanan bergoreng, jangan makan kuning telur, jangan makan makanan berlemak seperti kek terlalu banyak dan kerap. Kalau sikit2 tu okeylah, boleh makan nanti kempunan pulakkan? ehehehhe tapi awas jangan terlalu kerap pulak.

Mak yang kurus dan tak banyak makan tu pun boleh dapat kolestrol tinggi? huhuhu baik pergi check darah tu kut2 anda pun ada kolestrol jahat dalam darah anda.

Entri ini adalah peringatan untuk diri sendiri ...aduhai selamat tinggal ketam masak lemak,..sambal udang. Mak kata kalau sayur tu mudah jugak nak lupakan tapi 'sea food" adalah faveret sejak tak boleh makan daging merah sebab darah tinggi ..last2 dapat jugak kolestrol jahat tu ...huhuhu.

10 comments:

wilda said...

tula..bahaya kn kaklong? ish..memangla kna jaga makan, tp susah sgt nk betul2 jaga. yela..bila tgk org lain mkn...lebih2 lg kalo mknn tu mknn peberet..huhu..moga ibu kaklong tabah n kuat smgt. insyaAllah boleh..:)

lla said...

Lupakan 'seafood', kek, pastri n biskut???????? Ohhhhh tidaaaaakkk . Lebih rela tak check darah drp melupakan my favorite food . Biar mati makan, jgn mati tak makan ( falsampah gila-gila). Muahahahaha......

Kak Zue said...

Wilda-->memang susahpun nak menjaganya. Kadang mesti terbabas jugak. Buat sedaya yg bolehlah ikut kemampuan.

Kak Zue said...

Ila-->Tak boleh lupa terus 'sea food', pastri dan kek tu weh...ekekke kempunan nanti. Saper yg susah? kita jugakkkkk..ahaks.

KAKTINY said...

ayah saya kalau bab makan.. dia buleh kata.. "alah.. kalau nak mati, accident pun mati gak.. bukan pasal penyakit dari makanan jer.. makanan tu kan nikmat hidup.. rugi tak merasainya".. tu kalau time dia sihat lah..

kalau pegi klinik, doktor bagi warning, dia tukar dialog plak.. "isyy..takmau la makan benda2 ni semua.. kesihatan tu penting.. lagipun bukan tak penah makan semua2 tu dulu.. dah puas dah.." - tu dialog bila time sakit ler..

pastu, bila dh lama tak pi jumpa doktor dan dia rasa sihat balik.. maka dialog di atas akan berulang semula..

dan kedua-dua dialog itu akan terus berulang macam tv tayang cerita P.Ramlee... hihih

~Cinta Milo Ais~ said...

makan oat lah bagus utk kurangkan kadar kolesterol dalam darah..ni betull bukan nak promote quaker oat tu hehe

Abang Long said...

Wahai Kak Long Zura.

Sebenarnya, abang long juga ada masalah yang sama.

Abang long juga ada menjual minyak zaiton yang asli, diimport dari Lebanon.

Cuba baca entri - Bicara Bisnes (8).

Kak Zue said...

Tiny-->kelakar pulak baca citer tiny pasal ayah tiny tu. Kdg kita pun macam tu juga..ehehhe.

Kak Zue said...

CINTA MILO AIS-->terima kasih bagi idea tu. Kak long tahu pasal quaker tu tapi amat berat utk ditelan quaker itu...eehehhe

Kak Zue said...

Abang Long-->Terima kasih.Minyak zaitun import tu tak ke mahal harganya ? :-)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin