Posts

Showing posts from April, 2008

Good work!!

Image
The last 3 weeks was one of the busiest days of our life apart from when we were told to move to the new campus 5 years ago...eheheheh. 3 weeks ago, we started shifting the newly classed LCC books from the DDC shelf arrangement to LCC shelf arrangement and we managed to finish the transitions last Friday. My sincere thank you to Hana, Dee, Niza, Ita and Wendy for all the hard work. Yesterday was supposed "the day" whereby the audit teams from the ministry to visit the campus. Last weekend, I managed to do the last touch up to the shelf that is labeling the shelves with the new classification schedules. Guess what? My niece Dini helped me. She was so excited to read the alphabets on the labels and comparing it to the main schedules done by Ita last Friday.Since only 2 of us working last weekend (Wendy and me), so I could not ask her to help..She has to jaga the counter lorrr...eheheh. Dini wanted to follow me to the 2nd floor where all the shelves located. She said "Dini

Awas!! Hati-hatilah..

Image
Semalam kejadian malang berlaku kepada adik kak long. Cermin kereta yang diparkir di porch rumah dipecah dan lap top yang tertinggal di dalam kereta kena curi. Termenung jugalah adik kak long agaknya bila memikirkan isi kandungan laptop yang mesti penuh dengan dokumen berkaitan kerja dan perniagaan. Seisi keluarga sedang nyenyak tidur barangkali sebab tak dengar apa-apapun.Kesal sebab laptop boleh diganti tapi dokumen dalam hard disk tu yang berharga dan mungkin tidak ada salinannya...iskk iskk kak long yang mendengarpun rasa sakit hati dan geram. Adik kak long balik pukul 11 malam. Bangun subuh nak hantar Nasyirat ke sekolah, tengok2 cermin kereta dah hancur!! Hmm mesti pencuri tu guna taktik memecah yang kurang mengeluarkan bunyi. Banyak aksi2 dan adegan2 di dalam rancangan di tv yang boleh ditiru sekarang ni. Budak2 nakal apatah lagi,mulalah nak mencuba dan meniru. Sekarang ini kereta diletakkan dalam kawasan rumah yang berpagarpun pencuri boleh masuk, apatah lagi kereta yang dileta

Yang Pastinya..

Image
...kak long masih sibuk, semakin sibuk dan semua kawan-kawan di tempat kerja juga sibuk terutamanya 4 hari yang terakhir ini sebelum audit team dari MOE datang minggu depan. Oh tidak!!! harapnya dapatlah siap kerja2 menyusun semula buku2 tu. Apapun kalau tak siap..let them knowlah apa kerja2 yang sedang dilakukan..ye tak?? ehehehhe I am trying to pujuk myself ni..maklumlah sejak hari jumaat lepas fikiran berserabut dengan berita yang baru disampaikan oleh bos. Besar kemungkinan akan ada boss dan office mate baru yang datang dari Canada...isk iskk....seriau memikirkan hal ni dan hal2 keluarga dan hal2 diri ini yang perlu diselesaikan sebab ada yang dah tertangguh . Kalau boleh dikeluarkan apa yg ada di dalam fikiran sekarang ni tentu macam jalinan benang-benang yang berselirat...ku pendam sebuah duka!!

Challenge

Image
Apakah yang anda fikirkan apabila membaca kata-kata di foto ini?

Al- Fatihah...

Image
Kira-kira pukul 2.30 petang semalam, Selasa 15 April 2008, Kak Long menerima berita yang tidak menggembirakan. Seorang lagi pakcik , suami kepada makcik kak long ( sebelah arwah Abah) telah meninggal dunia di Hospital Besar, Seremban . Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jimah Baru kira-kira pukul 6.45 petang semalam. Kak Long, adik dan mak kak long pergi menziarah dan kembali semula ke rumah selepas majlis tahlil diadakan. Apabila sampai masa yang dijanjikan oleh Allah s.wt, maka kita akan dijemput pergi. Al- Fatihah buat Allahyarham Pak Alang Syawal.

Tersungkur

Image
Kelmarin, sebaik sampai di rumah kak long ternampak kelibat Nabil di rumah. Aikk apasal dia balik awal? Biasanya 6.10 ptg baru dia sampai di rumah. Sekali kak long masuk ke dalam rumah, tengok bawah bibir dia dah bertampal dgn plaster luka..bibir dia merah dan bengkak sebab tergigit dan luka di bawah bibir berhanpiran dagu. Alhamdulillah gigi dia tak patah. Rupanyer dia terjatuh di kaki lima sekolah dan dia tersungkur ke arah batu bata yang diletakkan di sekeliling pokok hiasan di sekolah. Masa tu belum masuk sekolah lagi. Nabil sekolah sessi petang. Nabil kata darah menitis ke kasut dan cikgu bagi saputangan dan saputangan tu pun habis kena darah. Cikgu hantar ke klinik berhampiran tetapi sebelum tu pihak sekolah menelefon Abah Nabil. Ya Allah...kebetulan dan di takdirkan Allah, Abah dia pagi tu baru balik dari kerja luar di Muar. Abah dia baru nak makan di kedai di Beranang bila cikgu bagitahu pasal Nabil. Kak Long dapat bayangkan muka Nabil yang pucat masa tu. Kalau Abah dia belum b

Pergi Tak Kembali

Image
Al Fatihah untuk Wak Selamat yang kami selalu panggil Wak Kong, seorang pakcik yang telah banyak berjasa kepada keluarga kak long sejak pemergian Abah Kak Long 25 tahun yang lepas. Suami kepada Makcik Kak long (kakak Mak Kak Long) ini memang rajin orangnya. Pemergian beliau amat kami rasai kerana beliaulah yang mengait menjaga kebun kelapa pusaka keluarga di kampung, beliau jugalah yang menebang pisang untuk kami bawa balik ke sini. Hajat kami yang terakhir untuk meminta beliau membaiki bumbung zink di rumah peninggalan arwah Abah kak long tidak kesampaian. Kami tidak pasti apa punca kematian beliau tetapi kira-kira sebulan sebelum ini kaki beliau telah ditimpa tong gas masak yang dibeli dari kedai dan selepas seminggu sejak kejadian beliau tidak mampu untuk berjalan seperti biasa untuk 2 minggu dan beliau mampu untuk pergi ke kedai dan minggu lepas membeli satay dan sup di pasar kerana teringin. Sejak itu, beliau tidak mampu utk bergerak semula. Kiranya semasa kak long balik ke kampu

Kerja oh kerja part 2

Image
Fanatik? anda fanatik bola? ehehhehe kak long tahu mesti ramai fanatik bola..ahaks sambil jeling kat noushy. Makan bola ,minum bola, tido bola, main bola ! err noushy ada main bola ke? bola sepak ? bola jaring? Tak kiralah bola apapun...kalau dah minat sangat.. kira fanatik la tu !! Lain pulak cerita pasal kak long. Oleh kerana penat hari ni , otak pun dah tak berapa nak keluar idea maka kak long ceduk idea noushy...sekarang ni kak long fanatik buku! kemana-mana dok ingat buku..dok ingat kerja ..hmmm mungkin boleh dikatakan fanatik kerja jugakkan?. Ingat buku, makan buku, minum buku, tidurpun buku !! ahahahahha tapi tak berapa nak pandai jugak. Kalau susun buku2 tu boleh absorb semua content mesti senang2 jer dapat Phd...ekekkeke. Kepala dah tak berapa nak betui dah ni ...ekekek jangan marah ek...kita cerita merapu hari ni jer...( ihiks ...lain kali buat lagi). Selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan. Nak off pc sebab masa nak cukup..balik ler wehh oii dah pukul 7!!!

Kerja oh kerja Part 1

Image
Oh gosh!! ya ampun...tengok buku-buku yang dah disusun atas lantai tepi rak2 buku , atas troli, dan atas meja menyebabkan kak long dah mula risau!!. Oiii sempat ke habis susun before end of April ni ..banyak rak lagi belum sentuh...ni baru class A-G. Classification H belum lagi habis baru separuh..Class ada sampai Z...mak aiii!!Huhuhu 4 orang kerja dalam masa 3 jam baru habis 1 rak. Bila dah usik buku2 yang tersusun ikut Dewey itu kepada susunan ikut LC...mak aiii kena plan betul2 nak budget ruang rak yang diperlukan. Akak dengan geng2 lain, Dee, Hana, Niza, Wendy dah naik berpinau mata sebab tengok call number kat buku. Sudahler kami ni tak cukup korum..kerja pulak melambak..sabo jer ler. Apa-apapun kami kena redah jugak!! Esok sambung lagi..yehaaa..Girl power!!!! huhuhu. Buat makcik tu yang hana kata buat macam tak reti bahasa jer bila disuruh..pandai2laa ek fikir sendiri ..bak kata Nabil dari Raja Lawak " Lu pikirlah sendiri"

Apabila kelopak mata bergerak-gerak

Image
Hari ini hujan turun dengan lebat diselang seli dengan kilat petir dan guruh yang sambar menyambar. Pada ketika ini juga kelopak mata yang bergerak-gerak sejak minggu lepas ( kejap2 ilang..kejap ada) berhenti sudah. Harapnya tidak lagi berulang "eyelid twitching" ni. Iskk rimas..sampai rasa berair mata. Tadi tengahari kak long urut kelopak mata dengan perlahan seperti yang diusulkan oleh sebuah artikel dari internet dan alhamdulillah hilang pulak rasa tak selesa tu. Menurut artikel itu lagi, keadaan muscle dikelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.Ada juga kebenarannya kerana mak kak long yang keletihan melayan Nu'aim juga sejak akhir2ini mengadu kelopak mata dia bergerak2. Kak Long ada tanya dengan pensyarah dari fakulti perubatan . Doktor tu kata mungkin juga sebab stress atau letih menyebabkan keadaan ini terjadi tetapi dia cadangkan akak pergi buat pemeriksaan mata dan makan ubat "neurobion"

Nak kurangkan tekanan..

Untuk mengelakkan rasa jemu duduk dalam bilik ditempat kerja , kak long dah ubah sedikit susun atur perabut di dalam bilik. Terasa sedikit lapang di fikiran melihat almari buruk yang berserabut dah berubah menjadi kabinet yang teratur di sepanjang tingkap. Oleh kerana sibuk hari ni maka tak sempat nak kemaskan buku2, dokumen dan segala harta benda di dalam kabinet itu...ihiks.. Hari ahad lepas cuma alihkan dan susun gitu2 jer semua buku2 tu . Semangat nak kemaskan lagi bilik ni nak jadikan lebih kemas dan cantik dah berkobar2 ... Susun atur perabut dan warna persekitaran amat penting untuk mengurangkan rasa tekanan ditempat kerja mahupun di rumah.