Monday, April 07, 2008

Pergi Tak Kembali

Al Fatihah untuk Wak Selamat yang kami selalu panggil Wak Kong, seorang pakcik yang telah banyak berjasa kepada keluarga kak long sejak pemergian Abah Kak Long 25 tahun yang lepas. Suami kepada Makcik Kak long (kakak Mak Kak Long) ini memang rajin orangnya. Pemergian beliau amat kami rasai kerana beliaulah yang mengait menjaga kebun kelapa pusaka keluarga di kampung, beliau jugalah yang menebang pisang untuk kami bawa balik ke sini. Hajat kami yang terakhir untuk meminta beliau membaiki bumbung zink di rumah peninggalan arwah Abah kak long tidak kesampaian.

Kami tidak pasti apa punca kematian beliau tetapi kira-kira sebulan sebelum ini kaki beliau telah ditimpa tong gas masak yang dibeli dari kedai dan selepas seminggu sejak kejadian beliau tidak mampu untuk berjalan seperti biasa untuk 2 minggu dan beliau mampu untuk pergi ke kedai dan minggu lepas membeli satay dan sup di pasar kerana teringin. Sejak itu, beliau tidak mampu utk bergerak semula. Kiranya semasa kak long balik ke kampung 2 minggu lepas, adalah kali terakhir kami berbual bersama dan ketikaa itu beliau yakin akan sembuh dan boleh siapkan kerja membaiki rumah keluarga kak long di kampung. Sudah ditentukan ajalnya oleh Allah s.w.t, pagi kelmarin tidak ada sesiapa yang mengadap beliau ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana mengikut kata makcik kak long( yang juga uzur lebih awal dan lama dari pakcik kak long), sebelum makcik sedar pakcik dah tak ada, pakcik minum air dan cekodok yang dihantar oleh saudara yang tinggal berhampiran. Apabila pakcik tidak menyahut panggilan makcik yang terlantar di ruang tamu, makcik mendapatkan pakcik dan mendapati pakcik masih duduk tetapi kepala telah tertunduk.

Kak Long sedih kerana anak-anak beliau selama ini telah mengabaikan kebajikan mak dan abah mereka. Sejak anak perempuan sulung beliau meninggal dunia kira-kira 8 tahun lepas, mereka sering mendapat kesusahan kerana anak2 lelaki yang dua orang itu. Mak dan abah di tinggalkan di kampung dan raya pun tak balik tetapi semalam mereka balik untuk menatap wajah Abah mereka walaupun telah terlambat.

Pakcik Kak long tidak pernah bising kerana dianiaya oleh anak-anak tetapi menurut seorang lagi makcik di kampung, arwah pakcik seminggu yang lepas pernah berkata, " Kak Siti, tak payahlah nak telefon2 lagi budak2 tu. Kalau deme balik , suruhlah jumpa aku di baruh". Baruh ( hujung kampung) ialah di mana terletaknya tanah perkuburan di kampung kak long. Seakan-akan telah tahu beliau akan pergi selamanya beliau meluahkan rasa terkilannya terhadap anak2nya yang dipendamnya selama ini.

Muka arwah bersih ketika di mandi dan dikafankan semalam seperti orang yang sedang tidur. Apa yang pasti, kami akan merindui Wak Kong atau dipanggil oleh anak2 sedara kak long sebagai Tok Aji. Selepas ini, akan terbayang2lah kelibat Tok Aji mengayuh basikal setiap pagi dan petang untuk ke kedai. Tidak mampu lagi untuk kak long kenangkan lagi..air mata telah mula mengalir.


Hanya satu peringatann untuk kita sebagai seorang anak, jagalah ayah dan ibu kita walau sesusah manapun masalah yang kita hadapi, walau kita jauh dari mereka, hubungilah mereka, jenguklah mereka kerana kalau jika tiba2 mereka tidak mampu berjalan, bagaimanakah mereka mahu pergi menelefon kita? kitalah yang sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang. Hargailah ibu dan bapa kita semasa mereka masih ada di dunia ini dan bukan selepas mereka sudah tidak ada lagi.

Semoga Wak Kong ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen.

11 comments:

Ainil said...

salam..
takziah utk akak sekeluarga..kak hana dulu selalu jugak cerita psl pakcik akak ni..kesian kat isteri dia..sorang2 dah skrg..

kakLuna said...

sedih baca kisah ni...teringat juga arwah org2 tua kat kampung saya, pak jabor yg suka buat bunyi binatang utk hiburan kanak2, pak ripin pekak, opah saya yg kuat merokok daun...setiap perlakuan mereka meninggalkan kenangan yang sungguh manis.....

Noushy Syah said...

It touched my heart Kak Long....what a sad ends...AL-Fatihah.

I'm sure a lesson learnt here...

cikgu panji said...

Takziah utk K long sekeluarga. Semoga rohnya dirahmati Allah.

natrah said...

Kak Long,
Takziah atas pemergian pak cik kak long..

Ish ada jugak ya manusia yg tak ingt mak bapak mcm tu...ingatkan citer2 kat TV aje..dalam realiti ni pun ada...Ya Allah mintak2 anak2kita nnti tak jadi mcm tu la kan kak long...Apapun moga roh pakcik kak long yg baik hati tu di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin.

AlFatihah ...

KZue said...

Ainil-->Terima kasih . Makcik kaklong tu dah dibawak dek anak dia ke KL tp tak tahulah kat mana. Dah maknyer nak ikut..biar jerla.

KZue said...

Luna-->Terima kasih. Kenangan bersama mereka yang banyak berbakti kepada kita amat kita rasai

KZue said...

Noushy-->sampai sekarang ni masih teringat2 lagi.

KZue said...

Cikgu Panji--> Terima kasih.

KZue said...

Natrah-->InsyaAllah semoga anak2 kita bila dah besar nanti tidak kurang ajar kepada kita.

umi_e said...

salam.... hati menjadi sedih bila membaca n3 kak long ni :(

* Arwah mak kak e dulu selalu menyebut 'anak lelaki tak boleh diharap... nasib baik ada anak perempuan...' ermmmmm kenapa jadi begitu ya sedangkan kebajikan ibu bapa merupakan tanggungjawab mereka...

* Al-fatiha... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin