Posts

Showing posts from March, 2007

Ditinggal dan Meninggalkan

Image
Shayz memang rajin mengetag kak long. Terima kasih banyak kerana mengingati Kak Long yer Shayz...Sayang dia. Oleh kerana kak Long sampai awal di pejabat hari ini, setelah cuti sakit semalam, jadinya kak long tulislah sedikit pasal perasaan Kak Long semasa zaman persekolahan. Bercakap pasal zaman persekolahan, ada banyak kenangan pahit manis yang menjadi kenangan seumur hidup. Pertama sekali berpisah dan meninggalkan kawan-kawan ialah sebaik habis darjah enam. Abah Kak Long suruh Kak Long berpindah ke sekolah menengah yang lebih dekat dengan rumah kak long..uwaaaaa...malam sebelum nak pergi mendaftar di sekolah menengah yang sepatutnya kak long pergi, kak long menangis teresak-esak atas sofa..tutup muka dengan bantal. Maklumlah nak berpisah dengan kawan-kawan yang sudah di kenali dari darjah satu. Oleh kerana, Kak Long tak pernah tak dengar kata Abah, esoknya kak long pergi juga ke sekolah menengah Khir Johari Sungai Sumun, bukan utk mendaftar tetapi utk memberitahu Kak Long akan berpi

Kisah Tempe...

Alkisahnya di sebuah desa di JawaTengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari.Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Diapun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dp twang utk hari tu. Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?."Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya.Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung

Kena Tag Lagi..

Image
Few days back...orr last week ke hah?? I've been tagged by Sayda to list the 10 food i've eaten today. Oleh kerana hari ini Kak Long cuma makan nasi campur..so tak la sampai 10 jenis makanan yang kak Long makan. Kena campur kelmarin dgn semalam punya menu la ek ...nanti kalau tak buat tag ni ..sayda merajuk pulak (wink kat sayda) ..ihiks. Weh..jenuh nak mengingatkan apa ler yang kak Long makan sejak 3 hari yang lepas?? Well...ni ler dia menunya. Hari ini : Sarapan & Tghari 1. Nasi putih 2. Paru goreng bercili 3. Sayur bendi goreng 4. Air sirap limau 5. Sarapan nestum dan milo Menu semalam : Berbuka puasa 6. Kari Ikan Tongkol 7. Sayur bendi +tomato yang memang ada dlm kari (uikss hari ni aku pilih bendi gak? ) eheheh ..tak ingat..asal nampak sedap 8. Air tebu (yummmyyy...dah la kehausan ..manis giler lak air tebu tu..sedapppp) errkkk rasa nak cari lagi air tebu ..ihiks Menu Kelmarin : Rumah kenduri 9. Rendang Tok daging lembu (favorite gak ni..ihiks) 10. Acar buah ( sedappp

Kerja Kerja Kerja

Image
Maaf. Hari ini Kak Long sibuk dengan kerja dan urusan lain. Kalau Kak Long tak sempat menziarah kawan-kawan, harap dimaafkan ya! Sayang semua!!!

Selamat Ulang tahun Kelahiran

Image
Selalunya jarang ada orang yang ingat pasal birthday kak long. Alhamdulillah tahun ni, ramai pula yg wish birthday. Especially dari kawan-kawan di frienster..ihikks dah ada tarikh lahir kat situ...mesti korang dapat reminder dari friendster kan?? eheheh anyway...kak long happy dapat mesej dari kawan-kawan. Walau di sms, email mahupun di testimonials Friendster, semua ucapan amat kak long hargai. Yang best tu ...bila buka email official, ada birthday wish dari bos ..huhuhu best betul la bos baru ni. Hopefully sampai bila -bila dia understanding and sporting cam gini. Salah satu sms yang kak long terima tepat 12:03am ,23 march 2007 berbunyi "Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga bertambah kuat keimanan dan tercapai segala hajat mengikut hukumnya dan sunnah Rasulullah saw hingga ke akhirat". huhuhu...sayang awak. Sebaik sampai di pejabat, kegembiraan sedikit tergugat bila entah macam mana Kak Long telah menghantar satu mesej yang menyebabkan dia berfikir, kak long mahu berdolak

Letih tapi Suka

Image
Sebahagian Pekan Balik Pulau **********************Norsyafiqa yang ceria Iqa dgn mak dia (my kazen sist). ***Sebahagian barang2 yg dibawa.katil tk bercadar sbb semua dlm stor lagi Yeyeyeyye....berjaya juga Kak Long sampai ke Penang dan kembali semula ke KL dalam masa 1 hari semalam...Syukur, alhamdulillah perjalanan Kak Long pergi dan balik dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Walaupun pertama kali memandu ke Penang, akhirnya Kak Long sampai juga ke MRSM Balik Pulau. Rasa macam tak percaya pun ada. Sebelum ni rasa macam tak boleh jer ...tapi cuba jer la. Perjalanan ke Balik Pulau ok...cuma semasa balik ke KL, terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di Pekan Tanjung Karang, Selangor selama 1 jam...Adehh semasa itulah baru terasa keletihan. Malam tadi walaupun letih, sempat masak utk makan malam dan tidur 12.30am...Ihikss. hua hua ...teringat masa duk hostel itm ** Jumpa lagi end of May! tk sabo la tu..ihiks Apa-apapun tahap keyakinan Kak Long untuk memandu jarak jauh semakin lebih

Antara Popular dan Tidak Popular

Image
Pada awalnya Kak Long tidak tahu atau tidak pandai apa2pun pasal blogging. Setelah berkenalan dengan seseorang yang kini dah "history", barulah Kak Long tahu sedikit sebanyak pasal blog. Memula dulu memang tak "list"kan blog dalam senarai bloggers. Alamat blog hanya kak long dan kawan tu sahaja yg tahu. Kira-kira 2 tahun yang lepas, Kak Long akhirnya "membuka" pintu masuk ke blog kepada dunia. Ramai juga yang menjadi kawan kak long di dunia blog ini dan ada juga yg menyepikan diri. Kak Long tak dapat nak mengelak dari berfikir mengapa ada bloggers yang seakan-akan memilih blog yang akan mereka kunjungi. Walaupun kita dah lawat blog mereka tetapi tak membalas kunjungan kita. Kalau dulu, saling berkunjungan tetapi sejak tak ada "shoutbox" yang mereka suka di blog kita, maka mereka tak sudi lagi berkunjung. Itu hanya agakan kak long. Mungkin benar dan mungkin tidak. Mungkin mereka rasa blog tak popular tak perlulah nak jengah. Mungkin juga mereka si

Boleh ke Tak Boleh?

Image
Lebuhraya utara selatan Hujung minggu ini cadangnya nak menghantar anak saudara Kak Long balik ke asrama. Masalah sedikit sebab bukannya asrama dia di area lembah Klang tetapi nun di Balik Pulau, Pulau Pinang. Eheheheh...adehh dalam pada rasa berani nak memandu ke sana nun, ada juga rasa curiga dengan diri sendiri. Mampu ke? boleh ke ? Bukannya apa, Kak Long memang tak pernah memandu sorang-sorang sejauh itu. Sebelum ini dok tumpang kereta orang jer...ahaks. Kali ini rasanya nak mencuba sendiri . Sudahlah pertama kali ke Penang, terasa cuak ..takut sesat ...ahahahha salah satu dari perkara pelik pasal diri kak Long. Kak Long kena balik ke Perak terlebih dahulu sebelum ke Penang. Nak tempah bilik di Seri Malaysia, Bayan Baru untuk hari Sabtu ini, dah penuh la pulak. Kalau pergi hari Ahad, mesti penat sebab nak balik semula ke KL pada hari yang sama. Hotel Vistana pulak di Jalan Bukit Gambir...senang ke nak cari tempat ni?? Bila tengok map...wahhh cam berselerak nama jalan..adushhh. Aga

Penantian

Image
Berapa lama mesti kunanti Sinar cahaya matamu Gemerlap bagai bintang Menghiasi malam Malam yang menutup diriku Berapa lama perlu kutunggu Lontaran suara dari bibirmu Memecah hening taman Taman syurgawi Pada sebuah hati yang sepi Penantian suatu siksa Yang tidak tertanggung Oleh tubuhku yang kering dan layu Kepastian suatu penawar Dalam suka dan duka Yang meniti hidupku -Zubir Ali-

Satu Kepastian..langkah pertama

Image
Kelmarin Tanpa di duga Dikau hadir dalam mimpiku Semalam bermula langkah pertama Cincin tersarung di jari Merah wajah tersenyum malu Walau dirimu tiada di sini Diri ini mengerti pasti dirimu juga berdebar-debar Dengan IzinNya Langkah pertama ini Langkah penting menuju Satu kepastian InsyaAllah

Desktop TerPilih...ehehhehe

Image
Entri hari ni Kak Long jawab taggie si Nizie ...yg nun jauh di Pulau Labuan. Mungkin ada benarnya bahawa ada kaitan di antara peribadi,perasaan atau sikap seseorang dengan pilihan desktop,wallpaper mahupun screen saver komputer atau laptopnya. Bagi Kak Long...pilihan hati menggambarkan apa yang ada di hati ini adalah betul belaka atau mungkin hanya kebetulan?. Anak-anak saudara adalah penyeri hidup kak long...ehehehe...marah cam mana pn kat depa tapi tetap sayang... Desktop ini adalah koleksi gambar2 anak2 saudara Resolution : 1024 by 768 pixel (right click/properties/setting) Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor huhuhu dah lapuk dah.. Been using this desktop since : Ntah ..tak ingat tarikh. 4 tahun kut sejak pindah ke kampus baru ni. Kak Long nak tengok desktop : AbangLong Raina Kujie Noamie Teacher Nunu p/s: Kalau dah kena taggie yg sama ..buat dek jer la taggie ni ..ehehhe. Yang ni pulak desktop clock /screen saver Pilihan desktop clock ini adalah kebetulan dan bukan ke

International Women's Day

Image
Every year, 8 March is celebrated around the world as International Women's Day. Why dedicate a day exclusively to the celebration of the world's women? The United Nations General Assembly, composed of delegates from every Member State, celebrates International Women's Day to recognize that peace and social progress require the active participation and equality of women, and to acknowledge the contribution of women to international peace and security. Islam menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum laki-laki, sebagaimana laki-laki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum laki-laki untuk penyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Roses for all women bloggers out there...you can do it, we can do it.

Kisah Semalam

Image
Semalam Kak Long kurang sihat. Batuk dan pening kepala. Sakit kepala yang bertumpu ke bahagian mata dan tengkuk menyerang semasa Kak Long sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja pada malam Isnin lepas. Alhamdulillah sakit tidak terlalu teruk tetapi terasa mual sesangat. Tekak terasa loya. Banyak sangat fikir agaknya menyebabkan migrain menyerang. Perubahan hidup yang sedang dan akan berlaku dan hal-hal berkaitan keinginan pihak sebelah sana dan permintaan mak tercinta menyebabkan fikiran sedikit bercelaru. Perselisihan faham yang berlaku di antara Kak Long, mak dan sidia menambahkan kecelaruan. Kak Long tersepit diantara dua. Alhamdulillah, dugaan dan ujian yang dihadapi setakat ini mampu diselesaikan dengan perbincangan diantara kami berdua. Perkara-perkara yang menjadi isu diantara kedua pihak menjadikan kami lebih rapat dan memahami satu sama lain. Memetik kata-kata sidia "Awak mempunyai banyak persamaan dengan kehidupan saya dan saya semakin dekat dengan awak.

For You...My Love

Image
I give my heart, my affection, my devotion, and adoration to you. People say that nothing lasts forever, but they're wrong. Some things are meant to be, and I know that this love I feel for you will burn in my soul for the rest of my life. I was born to be with you. You are my dear love, and my real love; you are my one and only, and I give all of my love to you. Thank you to noushy for sharing this lovely poem with me...sayang dia. Meminjam kata2 Kujie...hati seperti menggebu-gebu mcm rama2 berterbangan antara kuntuman bunga..begitu juga hati kak long sekarang ini...

Siapa Dia di Hati Ini

Image
Hari ini satu jawapan untuk satu kepastian telah diperolehi. Hati ini merasa lega dan bersyukur , alhamdulillah. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan jayanya, InsyaAllah. Semoga kebahagiaan menjadi milikku...

Sibuk macam Semut Pulak...

Image
Nie Noushy yang sebut ni ...sibuk cam semut hitam!! Kak Long sibuk cam bee sebelum ni pasal jadi kuli arr...cam kuli Queen Bee !! ihiks ..apa2pun layanzzz jer la kerja oh Kerja !! lebih baik ada kerja daripada tak ada kerja ...betul tak?? Semut hitam jer ke yang rajin..semut merah?? rajin gak kut ...rajin menggigit ...ahaks !! Hari ini sibuk uruskan training dan juga briefing untuk pelajar baru dari Nigeria ..hua huaa ..3rd batch dari Nigeria ni apa pulak la masalah depa ni nanti ...sabo jer la . *Kuatkan semangat seperti semut ini*