Posts

Showing posts from September, 2007

Thank You...

p/s: I'll be away from this blog for few days. Until then...take care guys and gals.

Smile

Image
Smile, though your heart is aching Smile, even though it's breaking When there are clouds in the sky You'll get by... If you smile With your fear and sorrow Smile and maybe tomorrow You'll find that life is still worthwhile If you just... Light up your face with gladness Hide every trace of sadness Although a tear may be ever so near That's the time you must keep on trying Smile, what's the use of crying You'll find that life is still worthwhile If you just... Smile, though your heart is aching Smile, even though it's breaking When there are clouds in the sky You'll get by... If you smile Through your fear and sorrow Smile and maybe tomorrow You'll find that life is still worthwhile If you just smile... That's the time you must keep on trying Smile, what's the use of crying You'll find that life is still worthwhile If you just smile..... Author : unknown Zura: Trying my best to keep on smiling...

Bicara Hati

Image
Wahai hati Sabarlah.. usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman usahlah sebegini rupa Sudah banyak halangan kau tempuhi Kau begitu tabah Tetapi mengapa kini kau mula mengalah Mengalah dengan masa dan keadaan.. Wahai hati Usah mudah tewas Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh Wahai air mata Usahlah kau menitis lagi sudah acap kali kau mengalir laju cukuplah... Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan Untuk menyesali dosa-dosa lalu Wahai wajah Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan Wahai diri Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya Bersabarlah Akan ada bahagia sesudah derita Aku pasti..

Tag Ramadhan

Image
Dengan suka cita dan tulus ikhlas menjawab "tag @ virus " dari iEn. Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? Err...tak ingat tapi rasanya tak pernah dapat puasa penuh...huhuhu. Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?? Huhuhu pernah ler. Haussssss ler sebabnya ...lapo tu tidak sangat. Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?? Bunga api jer layan...Mercun takut ...ekekekek. Dulu2 masa kak long kecik2 tk ada dengar citer budak putus jari sebab kami semua tak kreatif cam budak sekarang ni ...mercun depa ubah suai jadi bom...huhuhu. Best Oooo main bunga api "butterfly" ziunggg..ziunggg dia berputar...eeheheeh. Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?? Tak ada yang istimewa. Asal ada makanan kak long belasah jer ...ahaks. Tak baik pilih2 makanan...huhuhu. Lagu raya manakah yang anda suka?? Lagu Ku pohon restu ayah Bonda nyanyian Mamat@ Exist dan Mawi Tahun ini anda beraya di mana?? InsyaAllah akan berada di Kampung @ di daerah Bagan Datoh Pe

Suatu Masa - Bahagian 6

Dulu-dulu masa arwah abah kak long masih ada, semasa bulan puasa, abahlah yang sibuk juga di dapur mahupun membeli juadah berbuka. abah pandai masak. Kalau adik tak ada selera nak makan, abah akan masak sambal telur untuk adik. Ada lagi satu lagi lauk yang abah selalu masak..tapi kak long lupa la pulak apa masakannya. Sampai sekarang ni kalau mak masak sambal telur, adik akan lebih berselera makannya. Abah selalu bancuh air sirap bandung dan macam2 lagi jenis air ketika berbuka puasa. Abah balik kerja awal, jadinya bila waktu petang sementara menanti waktu utk berbuka puasa, abah akan bawak kami jalan2 naik motor dan kemudian setelah abah beli kereta, dengan kereta yang tidak secantik mana itulah abah bawak kami ronda-ronda ke jeti bagan datoh yang terletak kira-kira 6-7km dari rumah. Mak di rumah menyiapkan juadah berbuka puasa dan kami lepak2 ambik angin laut..ehehe sungguh manja ketika itu..ahaks. Sekarang ini, anak2 sedara kak long, Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil menghabiskan

Kenapa ada rasa sedih?

Hari ni ada sessi luah perasaan..saper tak nak baca...tak apa!! 1.Entri semalam adalah hanya utk suka2...dan penyedap hati utk orang2 yang masih single macam kak long. Bukan permintaan kami utk single selamanya. Kalau ada jodoh, maka berkeluarga jugalah kami. Kak long tahu ada di kalangan anda yang salah faham..berfikir yang kak long nak sangat single..bermati-matian nak single ...sokong sangat2 list yang ada di entri itu. Untuk pengetahuan korang hanya hati ini yang tahu...so please laa...don't judge a book by its cover only!!! Jgn kata anda yang telah berdua tidak pernah terfikir...adehh best jugak kalau masa sorang dulu...please laa ...jgn hipokrit. 2.Tak suka bila sangkut kat jem yang teruk sangat pada ramadhan kali ini . Semalam sangkut kt jem selama 1 jam di kawasan yang selalunya tanpa jem..tak sampai 5 minit boleh lepas...huwaaaaaaaa...sabo jer laaaaa tapi tetap rasa sedih ...bila laa projek highway KASEH tu nak siap !!! KASEHan laa kat kami ni hah...takkan nak pusing ke

The 10 Best Things About Being Single

Image
Ehehehe..the 10 reasons given below are not mine. I got it from yahoo personal. Singles often feel left out in our couple-driven society. Whenever you're tempted to feel down because of your singularity, remember these reasons why flying solo can be the best way to go: 1. You can make last-minute plans with your friends and stay out all night if you want. huhuhu...better ask mak before doing this..kalau tidak ..siaplah kena lecture...ahaks 2. You can lie on both sides of your bed and have all the covers to yourself. yeahh...100% correct...huhuhu 3. You can flirt with the opposite sex without someone saying, " Who are you looking at?" errr...ye ker? ekekkek tak pernah pulak cakap cam tu ..tp mungkin terdetik dlm hati kut?? ahahaha 4. You can make your own decisions. Yeah..betul . But it will be much better if you consult your family or friends. Anyway, the final decision is yours. 5. You don't have to remember your significant other's birthday or anniversary. ahaha

Kisah Semalam

Image
Isnin Off day sebab kerja sabtu dengan Ahad. Untuk mereka yang baru mengenali kak long , ini adalah rutin setiap bulan. Kak Long akan bercuti pada hari Isnin apabila tiba giliran kerja pada hujung minggu. Kiranya Isnin itu " rest day". Pagi 7:15am Adik telefon tanya boleh tak ambil Nabil dari sekolah waktu tengahari. Huhuhu anak2 sedara kak long memang bijak..kalau dia tahu mak long dia ni kerja hari ahad, Isnin mesti mintak abah dia hantar ke sekolah dan tghari mak long akan ambik...ahaks tak ada peluang nak pi jalan2!! eheh tp mak long tak kisah...mak long baikkan?? eheheheh puji diri sendiri ni!! 8:00am Bersiap nak pergi klinik..jadi driver mak ..ihiks. 8:30am Adik kak long hantar Nu'aim ke rumah. Mak mandikan Nu'aim. 9:00am Sampai ke Klinik Kesihatan Beranang ( dekat sgt dgn rumah Hairie) ehehehh. Ramai sungguh yang perlukan rawatan. Hujan renyai-renyai ketika sampai di klinik. 9:30am Mak dah dapat ubat yang diperlukan. 9:45am Dah sampai ke Pasar Semenyih. Ikan o

Puasa ke hari ini?

Mungkin pada sesetengah wanita tidak kisah dengan soalan " Puasa ke hari ni? yang ditujukan kepada mereka oleh kenalan lelaki mereka. Tetapi kak long rasa mesti ada yang merasa mereka tidak perlu menjawab soalan tersebut terutama mereka sebenarnya "tidak boleh"berpuasa kerana dirinya yang sedang uzur. Semestinya perasaan malu ada di dalam hati untuk mengaku " oh ..saya tak puasa hari ni" kepada seorang lelaki yang bukan suami , abang atau adik mereka. Nak menipu, berdosa pulak, jadinya lebih baik berdiam diri dan tidak menjawab ya atau tidak. Nak mengaku, terasa malu! Hmm...pastinya ada juga orang yang mengatakan perkara remeh jer ...apa susah ..mengaku sajalah. Persoalannya, tidak semua perempuan itu berfikiran terbuka di dalam soal2 peribadi seperti ini. Dalam hal lain, mungkin mereka lebih "open minded" tetapi kak long pasti masih ada perempuan atau wanita yang tidak selesa bila di soal. .."Puasa ke hari ni? " Lain ceritanya kalau yang b

Suatu Masa - Bahagian 5

Image
Kak long mendapat idea untuk menulis ini hasil dari komen yang Abang Long berikan didalam entri suatu masa - bahagian 4. Ianya adalah berkenaan air paip di zaman 70an. Tidak dapat dipastikan sama ada cara pemprosesan yang berbeza atau kerana sebab-sebab lain, kami yang meminum air terus dari paip air atau ayo pili org perak cakap itu , kami tidak jatuh sakit. Abang Long kat boleh gerenti..eheheh dan kak long akuinya. Dulu2 paip air dipasang di tepi jalan masuk ke kampung2 dan orang-orang kampung dari baruh atau penghujung kampung akan datang bergilir2 mengmbil air dan mengisikan ke dalam bekas2 air yang dibawa menaiki basikal mahupun sampan( ikut jalan air iaitu parit). Agak payah utk dapat sakit seperti selsema dan demam apabila bermandikan hujan ketika balik sekolah ( naik basikal) atau pun sengaja mandi hujan,.huhuhu ( kak long tak ingat pernah buat ke tidak) ...ahahahah kena tanya mak lepas ni . ..alhamdulillah anak2 yang membesar di tahun 70an tidak mudah jatuh sakit. Bukan tidak

Suatu masa - Bahagian 4

Image
Hari ini 1 Ramadhan, hari pertama kita sebagai seorang Muslim berpuasa. Walaupun ada di sesetengah negara berpuasa esok, namun kita akan tetap berpuasa apabila Ramadhan tiba. Kak Long pasti kita semua ada kenangan pahit manis atau kelakar di bulan puasa. Betul tak? Ehehheh...ni kak long nak cerita sikit jer pasal puasa masa kak long sekolah rendah lamaaaaaaaaaa dulu!! nakal kak long ni tau..korang nak tau apa kak long buat?? ahahahha kak long curi2 minum . Bukan air mineral atau air masak...tapi air paip...ekekek konon nak kumur2 tapi terus telann air tu ...ekekek punyerlaa haus masa tu. Main dgn kawan2 tak ingat puasa. Sudahnya terjelir lidah kehausan..ehehehe. Maka setelah ditelan air paip tu...legalah rasanya dah segar semula. Aduhaii ..itu adalah 1 hari diantara beberapa hari yg kak long ponteng puasa masa kecik dulu... Masa tu kak long darjah 1 ke atau 2 ntah...tak berapa ingat tapi itulah hakikatnya. Cakap kat mak konon puasa ...ekekek tapi dah tibai telan air paip...mujur tak s

Ampun dan Maaf...

Image
======================== Mata kadang salah melihat.... Mulut kadang salah berucap.... Hati kadang salah menduga..... Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan. Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang entri ini. Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan batin....

Kak Long ke ni?

Image
Untuk pengetahuan semua. Entri ini adalah siaran ulangan..ehehehhe. Untuk memenuhi permintaan Arsaili dan Budin , maka kak long siarkan semula..Huhuhu Arsaili dan Budin ..jangan marah ek..Malas nak type semua sekali lagi sebab dah kena tag yg sama sebelum ini..ihiks . Sila klik 2 link di bawah utk membaca ceritanya. Errrr..tak nak baca pun tk apa. Pelik tapi benar tentang kak long 8 perkara lagi tentang kak long

Kemahiran Berbahasa

Kak long nak bagi sedikit saja komen tentang kemahiran berbahasa. Berapa banyak bahasa yang anda kuasai atau anda tahu? Sebenarnya amat penting kalau kita tahu lebih dari satu bahasa. Walaupun tak berapa menguasai tetapi sekurang-kurangnya anda tidak "pekak" atau "buta" langsung tentang bahasa-bahasa asing ini. Bahasa Inggeris, kita memang dah belajar dari sekolah lagik walaupun tidak pakar tentang " english language" tetapi kita masih mampu memahami dan menulis serta berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya kelebihan ini amatlah berguna!! Kak Long pada suatu ketika dahulu pandai juga bertutur dalam bahasa Tamil tetapi sayangnya kebolehan tersebut semakin berkurangan kerana tidak ada latihan . Orang kata " practice make things perfect" tetapi sejak berpindah dari kuarters dan jauh dari jiran2 berbangsa India, tidak ada perbualan di dalam bahasa Tamil. Bila tidak dipraktikkan, kemahiran berbahasa tamil semakin hilang. Cuma kak

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan Menurut Perspektif Islam Dan Sains Oleh: Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Ringkasan Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat

Pagi ini..

Image
...hati terasa suka bila melihat pokok mangga yang ditanam telah berbunga!! eheheh walaupun kena tipu dek penjual anak pokok tu semasa membelinya 5 thn lepas..akhirnya berbunga juga pokok ni. Nyaris tak kena tebang!! mak kata kalau pokok ni tak berbunga dlm tahun ni mahu kena tebang ...ekekek buat semak jer ..ahaks!! takut kut pokok ni dengar mak cakap cam tu!!. Iyerlaa ...pokcik yg menjual kata pokok ni akan berbuah dlm masa 2 thn..ni dah 5 thn baru berbunga...ahahhaa...sabo jerlaa. Baru berbunga...belum tentu jadi buahnyer lagik!! tunggu jer laa . ...lebih indah bilamana melihat pokok orkid yang indah berbunga. Pokok orkid ni kami dah tanam hampir sama dengan pokok mangga di atas tapi hanya baru-baru ini ajer dia mula berbunga lebat..huhuhu 5 thn jugak!! . Sekali dia berbunga hah..ada lebih 20 tangkai sekali keluar dari celahan daun2 orkid..sukanyerrrr tengok bila tangkai bunga berayun ditiup angin. ....lebih berseri halaman rumah bila bunga-bunga raya mula berkembang mekar bercahaya

Hari ini...

Image
...ada 2 rasa jer !!! marah dan sakit hati. At times, the challenges of working in a customer service based department are so unbearable. I almost lost my temper this morning and I hate it. Tomorrow is the convocation day and only today she came to the university to clarify this missing book matter with us. It is unbelievable when she told me that she did not get even one reminder letter from us. As usual, the customer does not want to admit her fault and instead she was trying to blaming us. At last, I told her to leave and I will settle the matter with the record office personnel. I do not want to argue since all my suggestions and explanations to get her to pay for the book was ignored. Normally, I will explain and suggest few ways to the users in order for them to settle this matter but today, my mind was so numbed and i was so angry with her attitude. Rasa nak ketuk2 jer ...arghhhhh!!! Is customer always right? For the rest of t

Suatu Masa - Bahagian 3

Suasana di tahun 1970an... Tidak ada elektrik ketika kak long di lahirkan. Yang ada hanyalah generator berkuasa enjin. Hanya yang berkemampuan guna generator utk hidupkan lampu kalimantang ataupun TV hitam putih yang ada ketika itu. Filem tamil yang ditayangkan di dewan berbumbung tanpa kerusi dan dinding di estet2 yang banyak di daerah bagan datoh pada ketika itu juga menggunakan kuasa enjin generator Maka orang-orang dahulu kenal pelakon2 India seperti Sivaji, MGR dll ehehehe kak long pun boleh ingat nama2 pelakon tersebut kerana terlalu kerap menonton filem2 tamil ketika itu. Kak Long tidak ingat sama ada, ada filem melayu yang di tayangkan ketika itu di estet tersebut. Seingat kak long abah beli tv semasa adik kak long hampir lahir dan guna enjin utk hidupkan TV tu..huhuhu jgn tanya macam mana sbb kak long tahu tengok jer masa tu ...ekekkeke. Masa dulu-dulu , filem2 yang di tayangkan di pagawam amatlah laris. orangorang kampujng akan ke pekan Teluk Anson ( kini Teluk Intan) utk

Suatu Masa - Bahagian 2

Image
Ketika Adik kak long di lahirkan, kak long berusia 4 tahun lebih. Kak Long ingat lagi baju mengandung mak yang berwarna pink dan kuning dgn bunga2 sulam kecil berwarna warni yang cantik. Baju tersebut masih ada di dalam simpanan di rumah kami di kampung kalau tidak silap kak long. Pada hari adik di lahirkan, di TV telah disiarkan filem Mat Bond lakonan Mat Zain. Ehehehe Adik kak long pernah di panggil " mat bond" oleh seorang pakcik kak long kerana dilahirkan ketika filem tersebut sedang ditayangkan di TV hitam putih yang Abah bawa ke kampung (rumah mbah) . Bila kak long ingat2 semula, semasa adik kak long dilahirkan macam ada kenduri sebab ramai ahli keluarga berkumpul di rumah Mbah. Kami yang kecik2 ni sibuk tengok TV jer laa..bukan tahu apapun..eheheheh. Masa tu dah ada TV dah ....yeayy...ahaks. Siap bergaduh cubit -cubitan lagi dengan sepupu kak long yang lebih kurang sebaya. Sepupu kak long tu dah meninggal dunia akibat barah rahim beberapa tahun yang lepas. Kini, dia ha

Suatu masa - bahagian 1

Suatu masa dahulu di pertengahan tahun 60an, Abah dan mak kak long berkenalan dan akhirnya mereka ke jinjang pelamin. 2 tahun selepas diijabkabulkan, kak long di lahirkan ke dunia. Abah seorang buruh kasar di JKR dan mak pula seorang gadis muda yang menjadi idaman lelaki kut semasa tu ...ehehe. Ramai yang kenal mak sampaikan mak digelar "combi" seperti combi dalam filem Ibu Mertuaku itu. Mak pernah bercerita kepada kak long semasa peristiwa 13 may 1969, mak dan abah pernah melanggar perintah berkurung ketika itu. Aduhai masa itu mak kata keadaan di jalanraya amatlah sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi enjin motosikal Abah kak long memecah kesunyian pagi yang dingin. Walaupun peristiwa 13 may berlaku di Kuala Lumpur tetapi bahangnya terasa juga di kampung-kampung. Tetapi kak long percaya masyarakat tionghua dan melayu yang hidup di kampung jauh lebih akrab daripada di bandar-bandar besar. Syukur kami sekeluarga selamat sampai ke rumah sewaan. Kak long masih ingat-ingat lupa rum

Suatu Masa

Kak Long menerima satu permintaan dari seorang rakan untuk menceritakan pengalaman hidup kak long suatu ketika dahulu. Kak Long sebenarnya terlupa untuk membuat draf cerita untuk entri yang diminta. Maklumlah kisah 12 -17 tahun yang pertama hidup di zaman 70an dan 80an perlu dimbas kembali dan kak long seboleh-bolehnya mahu setiap kenangan yang kak long lalui akan dapat dikisahkan di sini untuk beberapa hari yang akan datang, InsyaAllah..tunggu yer...