Tuesday, September 11, 2007

Kemahiran Berbahasa

Kak long nak bagi sedikit saja komen tentang kemahiran berbahasa. Berapa banyak bahasa yang anda kuasai atau anda tahu? Sebenarnya amat penting kalau kita tahu lebih dari satu bahasa. Walaupun tak berapa menguasai tetapi sekurang-kurangnya anda tidak "pekak" atau "buta" langsung tentang bahasa-bahasa asing ini.

Bahasa Inggeris, kita memang dah belajar dari sekolah lagik walaupun tidak pakar tentang " english language" tetapi kita masih mampu memahami dan menulis serta berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya kelebihan ini amatlah berguna!!

Kak Long pada suatu ketika dahulu pandai juga bertutur dalam bahasa Tamil tetapi sayangnya kebolehan tersebut semakin berkurangan kerana tidak ada latihan . Orang kata " practice make things perfect" tetapi sejak berpindah dari kuarters dan jauh dari jiran2 berbangsa India, tidak ada perbualan di dalam bahasa Tamil. Bila tidak dipraktikkan, kemahiran berbahasa tamil semakin hilang. Cuma kak long masih boleh memahami sedikit2 apabila mendengar perbualan di dalam bahasa Tamil...huhuhu yang simple2 ajer bolehlah lagi . Bila nak bertutur, aduss keras lidah ini. Huhuhu saper mencarut ..kak long masih boleh kesan ok!! ahaks.

Semasa di Uitm, elektif bahasa yang kak long ambil ialah bahasa mandarin..huhuhu belajar mengenal huruf, bunyi dan ayat2 di dalam bahasa mandarin .Wahhh!! kak long sungguh berminat dan setiap kali ujian dapat sekurang2nya A-..ehehehe. Praktis dan praktis sebelum pergi exam dah semestinya dan menghafal juga penting untuk belajar bahasa mandarin ni. Cuma kalau tidak dipraktikkan memang akan hilang jugalah kemahiran itu.

Pernah satu ketika dahulu semasa ofis masih di section 19, PJ, kak long terserempak dengan cikgu yang mengajar bahasa mandarin. Huhuhu dia bertanya macam2 dan terkedu kak long bila dia tanya dalam mandarin...ekekekke terkial2 kak long nak mengingatkan apalah yang dia cakap ni sebab laju sangat dia cakap...ekeekek. Adehh malu sungguh. Dia tanya dalam bahasa Mandarin tapi kita jawab dengan English..huhuhu.

Ahad lepas kak long pergi ke Nilai 3 bersama mak dan kak long sampuk2 sikitlah guna bahasa mandarin dengan pekerja yang jual langsir ..eheheheh jadi meriahlah sikit sebab dia kata" Ooo awak boleh cakap mandarin yer? " huhuhu setakat cakap "mei you qian " ( tak ada duit), dan "bu keyi" ( tak boleh) eheheheh masih boleh lagi..

Jawa pulak kak long warisi dari abah dan mak tetapi kami tidak berbual dalam bahasa jawa semasa kak long kecik...sudahnya kak long tak pandai berbahasa Jawa..cuma sekarang ni baru mula pandai sikit2 ...faham memang dah lama faham apa yang orang cakap...ekekek cuma lidah keras. Mak kata jawa murtad..huhuhu.

huhuhuhu...mari belajar bahasa... kena bukak balik buku sekolah la ni..rugi jer rasa


Ni suo shenme!!!...deiiii ..yenna solle?? kue ngomong opo?

3 comments:

sitilina said...

hehe. sy terer bahasa melayu & bahasa kelantan je hahahaha.

hubby org jawa, blk kg dia ckp jawa tp sy xpaham pon. huhuhu.

ms sekolah belajar arab, sgt minimal la, kalo nk becakap tu stakat ma ismuka tu bole la.

dlu blaja kat perak, haram xtau ckp perak.
ni duk sarawak pun sik tau kelaka sarawak.

hwa3x.

Zura@Kak Long said...

Siti-->ehehehhe lama2 esok mesti fham sikit2 bahasa jawa tu ...dengar dan perhati. Dulu kak long cam tu jugak...ihiks. Ate kome idak ler belajo cakap perak dgn sarawak tu..rugi ler..ehehe

Noushy Syah said...

yeh yeh yeh...the more languages you know the better!! Hoorayyy!!!

Saludos/greetings/Salam/namaste/yenna deyyy/Hola/Mabuhayyyy..

Ekau mag dal dal kak Long! Muahahahha...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin