Tuesday, September 18, 2007

Kisah Semalam

Isnin Off day sebab kerja sabtu dengan Ahad. Untuk mereka yang baru mengenali kak long , ini adalah rutin setiap bulan. Kak Long akan bercuti pada hari Isnin apabila tiba giliran kerja pada hujung minggu. Kiranya Isnin itu " rest day".

Pagi

7:15am
Adik telefon tanya boleh tak ambil Nabil dari sekolah waktu tengahari. Huhuhu anak2 sedara kak long memang bijak..kalau dia tahu mak long dia ni kerja hari ahad, Isnin mesti mintak abah dia hantar ke sekolah dan tghari mak long akan ambik...ahaks tak ada peluang nak pi jalan2!! eheh tp mak long tak kisah...mak long baikkan?? eheheheh puji diri sendiri ni!!

8:00am
Bersiap nak pergi klinik..jadi driver mak ..ihiks.

8:30am
Adik kak long hantar Nu'aim ke rumah. Mak mandikan Nu'aim.

9:00am
Sampai ke Klinik Kesihatan Beranang ( dekat sgt dgn rumah Hairie) ehehehh. Ramai sungguh yang perlukan rawatan. Hujan renyai-renyai ketika sampai di klinik.

9:30am
Mak dah dapat ubat yang diperlukan.

9:45am
Dah sampai ke Pasar Semenyih. Ikan oh ikan...ayam oh ayam...Lenguh mendokong Nu'aim ..stroller ada kat bonet kereta tapi lupa nak keluarkan...eheheh. Nurdini dok pegang hujung baju ...dia ni memang penakut sikit dengan org asing tapi dialah heroin kalau kat rumah tu ...eheheh menyanyi non -stop. Terkejar-kejar mak memilih ikan sebab nak balik sebelum Nasyirat Nu'man balik dari kelas KAFA.

10.30am
Sampai di rumah semula. Tak jadi nak pergi bank claim duit pencen mak sebab
takut tak sempat.

Tengahari

12:30pm
Hantar Nasyirat ke sekolah dan tunggu Nabil keluar kelas. Adehlahh ingatkan dia balik 12:30 ..rupanyer 1pm jugak bulan ramadhan ni...ehehehe mujur dapat
parking tepi jalan yang ada pokok..redup sikit.

2:00pm
Terlelap ...ehehe mengantuk tak terkira. Nabil pergi KAFA pun tak sedar.

5:00pm
Mula masuk dapur, panas2kan lauk yang adik ipar tapau dari rumah dia. Ada udang sambal campur petai

5:40pm
ambik Nasyirat dari sekolah...huhuhu ngam2 jer sampai depan pagar sekolah, dah nampak Nasyirat . Ingatkan nak cari parking dulu..ehehehe tak perlu menunggu lagi...terus jer balik. 5 minit jer perjalanannya dari sekolah ke rumah.

5:50pm
Sambung masak utk berbuka-sambal bilis.

6:30pm
dah siap masak lemak sayur pucuk manis campur keledek ..

Malam

7:00pm
adik ipar kak long bawak ayam panggang..huhuh rezeki berbuka.

7:16pm
selamat berbuka ...alhamdulillah.

4 comments:

mad redo1 said...

sungguh penuh dengan agenda 'tak rasmi' tapi lebih bermakna...

arsaili said...

memanja dan dimanjai ..ekekek

Zura@Kak Long said...

Mad redo1---> huhuhu itula pasalkan?? eheh hwalau tak rasmi..tapi I like it.. ihiks. at least , ada gak org perlukan kak long.

Zura@Kak Long said...

arsaili--> ahahahah indeed. Memanja dan dimanjai..erkk..kak long manja dengan saper huh?? ehehhehe

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin