Posts

Showing posts from September, 2008

Alhamdulillah...

..Kak long telah selamat sampai di kampung pd jam 4 ptg semalam.Rasanya boleh sampai awal kalau bawak keta above 80km/jam ehehe.Mak dah warning byk speed trap jadinya smlm memandu berhemah.Walaupun geram tgk keta dok pecut melepasi keta akak huhuhu sabo jer ler. Okey jugak memandu slow relax je ehehe bertenang. Apapun terima kasih buat semua kwn2 yg mendoakan kak long selamat tiba.Hari ni operasi mengemas n mungkin buat kuih.

Balik Kampung...

Image
Huhuhu hari ini balik ke kampung. Pertukaran rancangan di saat akhir, kak long balik sendirian hari ini...huwaaa . Mak dah balik dengan adik dan famili.Hari ini masih bekerja, jadinya selepas kerja baru Dah lama tak memandu sorang2 bila balik ke kampung...seriau jugak. Bila kena balik seorang ni, dah jadi macam sebelum kak long pindah ke rumah yang ada sekarang ini 7 tahun yang lepas. Masa di rumah sewa di kampung baru, KL, kak long memang akan balik memandu berseorangan. Harapnya jalan tak sesak ler hari ni dan kak long tak perlu mengekor lori atau treler yang menyebabkan kak long akan mengantuk ( pernah terjadi dulu, dah terlelap bila mengekor belakang lori tapi alhamdulillah selamat sampai). Kalau berkesempatan, singgahlah ke rumah di kampung ( akan berada di kampung sehingga 5 oktober). Kawan2 juga boleh singgah ke rumah kak long di Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Telefon dulu yer kalau nak datang..ehehe nanti tak ada orang pulak kat rumah. Doakan kak long selamat sampai ke kampung

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

Image
..Maaf Zahir Batin dari kak long @ kak zue @ zura. Walau kita berjauhan dan mungkin tidak berkesempatan untuk bersua muka, ingatan terhadap anda semua, kawan-kawan blog tetap ada. Terima kasih di atas persahabatan anda semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Kad raya ini adalah untuk semua kawan-kawan. Ambik jer laa okey! ehehhehe. Pagi Raya makan ketupat Ketupat di makan bersama-sama Nak hantar kad raya dah tak sempat Kita hantar e-kad sudikah terima?

Senget sebelah..

Hari ni bila pakai baju , tengok betul2 . Bukan nak bergaya sakan tapi sebab semalam sarung jer baju tak tengok pun senget ke tidak..last2 nasibler sebelum pergi ke HR dept, kak long terperasan blaus yang kak long pakai, butang senget sebelah...ekekek dah ler baju tu tinggi rendah...eheheh teringat watak PAK UDA dalam sitkom PI MAI PI MAI TANG TU yang sentiasa pakai kemeja senget sebelah. Entah berapa orang ler yang dah gelakkan kak long..ekekek tapi tak ada yg menegur. Iyerler dah sampai awal pagi terus masuk ofis, jadinyer tak ramai sangatlah yang nampak diri ini...ahaks. Aduhaii...pakai baju terbalik pun pernah jugakk...aduhai...ehehehhe. Pengajarannya, jangan kelam kabut bersiap nak pergi kerja...ehehehhe.

2 hari 1 malam

Image
Wah wahh tajuk entri macam nak cerita pasal percutian masa cuti2 malaysia la pulak..ehehhe. Bukan itu kisahnya. Cerita sebenar, kak long dan mak balik ke kampung awal pagi Sabtu. Tujuannya ialah untuk mengemas rumah di kampung tu. Anak sedara kak long, Nurdini ikut sekali. Entah mimpi apa dia nak ikut pulak. Pertama kali dia balik ke kampung dgn kami tanpa Abah dan Mama. Baru 3 minggu lepas balik , tapi habuk di rumah kampung boleh tahan banyaknya. Mungkin sebab hujan dan angin menyebabkan banyak serpihan2 daun, habuk masuk ke dalam rumah. Huhuhu gambo penyapu lidi yang kak long guna untuk buang habuk dan sawang di dinding dapur rumah kampung. Kerusi2 ni semua sudah kak long berus ..huhuhu . Lapik meja semua dah basuh. Minggu depan masa adik dan famili dia balik , tak perlulah nak kemas teruk. Lagipun dengan budak2 payah nak buat kerja. Adik dgn famili akan balik ke kampung di Perak terlebih dahulu sebelum beraya di rumah mertua dia di Klang. Raya ke 2 atau 3, Insya Allah dia akan bera

Kes Nyaris Tertinggal Bas Masa Raya

Apabila tiba musim nak balik kampung untuk hari raya, kak long teringat satu kejadian yang tidak dapat kak long lupakan. Macam biasalah, sesiapa yang tak ada kenderaan sendiri tu mesti beli tiket bas nak balik ke kampung. kak long tak terkecuali. Pengangkutan awam yang setia bersama seiring sejalan ketika itu ialah bas. Biasanya sejak masuk ITM pada 1989, bila nak balik kampung naiklah bas ekspress ke Teluk Intan dari hentian Puduraya dan kak long akan berhenti di Simpang Empat dan selepas tu mengambil bas yang menghala ke Bagan Datoh. Bila sekarang ni tengok orang berebut-rebut nak beli tiket bas setiap kali musim raya tiba, kak long teringat kenangan manis bila senang dapat tiket balik naik ekpress dan pahitnya bila terpaksa beli tiket bas tambahan dan berebut2 serta berbaris panjang nak beli tiket. Ketika naik bas tambahan, merasalah naik bas yang tak ada nombor tempat duduk (siapa cepat dia dapat) dan tak ada air-cond. Masa tu kak long balik dgn kazen kak long Hana. Turun kat Tk In

Pening lalat

Balik jer dari kerja petang semalam, kepala ni dah rasa lain macam. Sebenarnya,masa memandu lagi dah rasa sakit kepala.. pening semacam. Bila urut2 kat bahagian pangkal hidung ( antara 2 mata) terasa lega sikit. Balik jer terus baring. Malam bila makan ubat pening ( sentiasa ada simpan), kepala masih rasa bengal dan tak selesa. Selepas 2 jam makan ubat, baru terasa kesannya..huhuhu mengantuk giler!! tengok TV pun rasa bosan..ada beberapa kali TV tengok akak tido...ahaks. Sementara tunggu mak balik dari surau, tak boleh nak terus tido sebab kunci mak tak bawak. Bila mak balik dalam pukul 10.15, terus OFF TV, dan ZZZzz. Pagi ni, kepala masih terasa tak selesa..bila migrain datang cam gini ler. Buat keja pun tak leh nak fokus sangat. Letih... ************************************************************************** Headache-Migraine Causes, incidence, and risk factors A lot of people get migraines -- about 11 out of 100. The headaches tend to first appear between the ages of 10 and 46. O

Kad Raya

Image
kad raya tahun lepas,,sengaja tak nak simpan...ihiks Tahun lepas dah bercerita tentang memori berpuasa semasa kecik2..semasa Abah masih ada. Kali ini tak tahu apa lagi nak diceritakan...ehehehe. Fikir punya fikir, kak long teringat pasal kad raya. Dulu2 zaman sekolah walaupun tak berapa rajin , mesti ada jugak minat untuk menghantar kad raya dan juga menerima kad raya . Tapi sekarang ini mood nak menghantar kad raya dah semakin pudar. Ini bagi diri kak longlah...orang lain mungkin berbeza. Kad raya tahun lepas dan tahun sebelumnya masih ada tergantung di dinding ofis...ekekkek jadi hiasan dinding. Kalau nak reply tinggal tengok nama dan alamat di kad tak perlu nak selongkar laci..ahaks. Kebanyakannya datang dari supplier /vendor yang berurusan dgn kak long. Ada jugaklah kad dari beberapa rakan blog . Tahun ini, kad pertama di terima dari POH KONG...ahaks..dan yang kedua dari rakan yang tak pernah kak long temui dan dah lama tak kontek tapi abang ni memang rajin hantar kad raya setiap t

Persiapan Raya?

Bila orang tanya persiapan raya..kak long cakap ala kadar jer...ehehe maklumlah bulan ini jugalah roadtax mati..insuran kereta nak kena renew baru ler boleh renew road tax. Walaupun hujung bulan nanti dapat gaji tapi dah agak terlambat ler nak beli baju ke, kuih ke? . Baju raya sebenarnya dah beli kainnya 3-4 bulan yg lepas..ahahah masa tgh ada xtra $$, beli jer dan sebulan lepas hantar tempah. Huhuhu ni sebelum nak balik kg , InsyaAllah pada 28 September, mahu terketar2 tangan nak bayar pulak duit tempahan baju kurung utk mak dgn akak punya sekali...aekekkeke menghantar tak ingat2...tgk2 dah ada 3 pasang..ambikk kau...tapi perlu diingat..baju 3 pasang inilah yang akan menjadi baju "baru"untuk dipakai sepanjang tahun hadapan...ekekke kira oklaa ek..3 pasang baju kurung untuk setahun. Dalam pada bercerita pasal persiapan raya, sebenarnya risau k.long jugak ni...menunggu cover note dan juga terfikir masalah nak pergi ambik geran kereta di bank di Puchong ..bunyik macam dekat ta

Cuti oh cuti

Image
Setiap kali menjelang Hari Lebaran, isu yang kak long akan hadapi ialah isu cuti. Cuti kak long, insyaAllah boss akan luluskan tapi masalah bila kak long fikir pasal cuti staff lain kat sini. Kak Long kena luluskan atau tidak? Dulu2 kalau staff yang baru memang kak long dah ingatkan yang mereka tak boleh cuti panjang...maksudnya cuti tambahan dari cuti umum iaitu 2 hari. Sekarang ni berbeza...masing2 nak balik cuti dan kak long tak boleh nak salahkan sesiapapun dalam hal ini. Jadinya kak long terpaksalah mintak jasa baik boss untuk benarkan kak long tutup jabatan ni pada 3 Oktober dan separuh hari untuk 30 September. Sekarang ini susah nak jumpa budak2 yang baru bekerja mahu mengalah atau tahu memikirkan masalah jabatan. Masing2 nak lepaskan diri.. Semalam sebelum balik kak long dah hantar email tapi hari ini semasa kak long menulis di entri ini, kak long belum lagi baca email rasmi mahupun yang tidak rasmi. Berdebar2 laa pulak...ehehhee mengalahkan nak masuk interview. Kalaulah boss t
Image
Lambatnyerrr. Luahan dari Nasyirat Nu'man. Semalam 3 beradik ni lepak d buaian.masa ni si abang dah lesu menanti waktu berbuka. Ehehe yg adik pulak dok kacau dia baring d buaian.Hangin masam mencuka si nasyirat ehehe. nabil tak ada dlm gambar sbb dia mandi.Alhamdulillah setakat ini si abg berdua2 ni puasa mereka ok.walau nasyirat membebel ngadu lapar tp puasa penuh juga.

Terima kasih Sahabat..

Image
Award yang serba pink dan comei ni dah sah2 datangnya dari iEn yang juga comei. Terima kasih daun keladi..lain kali kalau ada bagiler lagi..ahaks. Hari ni pulak , baru dapat tahu k.long telah di tag oleh Mizi yang jauh kat UK nun...ehehehe. Macam bukan tag tapi macam award pun ada juga ni...ehehheh . Tag senang jer ..copy jer gambar di bawah ni dan sebarkan kepada 5 orang sahabat yang lain. Kalau nak lebihpun okey ler tu! Bila dah pilih tu, bagitahulah kepada sahabat2 yang kena tag tu yer. Kak long nak hadiahkan tag ini untuk CintaMiloAis iEn Tie Ira Suzi Wilda

Motosikal oh motosikal ...

Semenjak dua menjak harga petrol meningkat , kak long peratikan semakin banyak jumlah motosikal di jalanraya. Apabila berhenti jer di persimpangan , maka berderet-deret dan berhimpit2lah motosikal di celah2 kereta dan lori . Masing2 nak di hadapan. Cuba korang peratikan. Ada tak keadaan sebegini di tempat anda? atau mungkinkah ini hanya berlaku di lembah klang? Bukanler kak long ni anti motosikal tapi memang takut jugak naik motor...ehehehhe. Apa yang kak long nak katakan ialah, ada di kalangan penunggang ini yang tak menghiraukan kenderaan lain, dia dok pulas minyak , ciluk kiri , ciluk kanan, ciluk tengah2 antara 2 lorong..iskkk iskk membahayakan diri weii. Kita ni semuapun kena lebih berhati2 di jalanraya sekarang ini. Iskk takut teman nengok..seriau. Yang bawak kereta , lori dan kenderaan lebih besar , kena lebih berhati2. Kita takut tergesel , tersenggol dan segala kemungkinan boleh berlaku apabila motosikal ini menciluk ciluk di celah kesesakan. Siapa yang susah? diri sendiri dan

Dugaan...

Macam2 yg jadi d awal ramadan ini.Tanpa d duga dekoder astro tak berfungsi.Mungkin dah sampai masa dia 'sakit' agaknya. Sabar je laa.Ada jugak dugaan lain yg tak perlu rasanya d khabarkan kpd semua.Ini perkara remeh ye tak?tapi diri ini perlu uruskan sendiri.perlu selesaikan semuanya sendiri.Bertenang! bertenang perlu utk memudahkn diri ini berfikir dan memujuk hati.Ada dugaan yg lebih teruk pernah d lalui jadi hati ini perlu tabah. -- This entry was posted via mobile email ~Kak Zue~

Apa-apapun...

...kak long cuma nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan. Sudah beberapa hari tak update entri di sini kerana tidak ada cerita menarik yang hendak dikongsikan. Hujung minggu lepas kak long berkesempatan balik ke kampung, meninjau keadaan rumah mak di kampung. Lampu dapur dan rumah tengah tak boleh dihidupkan, mungkin suis ada masalah. Apapun kak long dgn mak InsyaAllah dalam masa terdekat akan balik lagi ke kampung dan mengemas apa yang masih belum dikemas. Nanti kalau tunggu dah dekat sangat nak raya takut tak sempat. Uikss..puasa baru masuk 3 hari dah cerita pasal raya ...ehehhehe. Cerita pasal kerja..kerja, alhamdulillah tetap ada ...yang pening cuma nak menyelesaikan yang seakan2 tak pernah selesai ..uhuks. Daa....lain kali kita cerita lagi.