Monday, September 15, 2008

Persiapan Raya?

Bila orang tanya persiapan raya..kak long cakap ala kadar jer...ehehe maklumlah bulan ini jugalah roadtax mati..insuran kereta nak kena renew baru ler boleh renew road tax. Walaupun hujung bulan nanti dapat gaji tapi dah agak terlambat ler nak beli baju ke, kuih ke? . Baju raya sebenarnya dah beli kainnya 3-4 bulan yg lepas..ahahah masa tgh ada xtra $$, beli jer dan sebulan lepas hantar tempah.

Huhuhu ni sebelum nak balik kg , InsyaAllah pada 28 September, mahu terketar2 tangan nak bayar pulak duit tempahan baju kurung utk mak dgn akak punya sekali...aekekkeke menghantar tak ingat2...tgk2 dah ada 3 pasang..ambikk kau...tapi perlu diingat..baju 3 pasang inilah yang akan menjadi baju "baru"untuk dipakai sepanjang tahun hadapan...ekekke kira oklaa ek..3 pasang baju kurung untuk setahun.

Dalam pada bercerita pasal persiapan raya, sebenarnya risau k.long jugak ni...menunggu cover note dan juga terfikir masalah nak pergi ambik geran kereta di bank di Puchong ..bunyik macam dekat tapi jadi jauh sebab kak long tak biasa dgn area Puchong tu...huhuhu ni buat tak lena tidur memikir. Mintak2 ler kali ini bank benarkan k.long simpan geran tu sendiri sebab dah 3 tahun dan bayar tepat pada masanya. Inilah antara cabaran masa bulan puasa cam gini..nak tak nak kena jugak buat sendiri.

Ya Allah..Ya Tuhanku..kepadamu aku bermohon, tolonglah permudahkanlah segala urusan yang perlu hambaMu ini selesaikan Ya Allah..Amin.

8 comments:

Maza's said...

k.long duduk area shah alam ktne? seksyen bape? puchong tu ok je...hehe sesat tgk signboard la...kih3...

Kak Zue said...

kak long duduk kat semenyih laa ..huhuhuhu kak long paling takut sesat. Kalau sesat tapi kita tak memandu tak pe..ni kita yg memandu..kita cepat panik

Suzi said...

salam...
saya kat sini lagilah ala kadar persiapan rayanya.thn lepas import baju dr M'sia..thn ni takdelah cuma anak2 je nenek diaorg pos dr M'sia...
semoga segala urusan zue berjln dipermudahkan...amin...

~Cinta Milo Ais~ said...

saya punya baju tiap2 tahun pun mak yg jahit..jimat budget sikitkan maklumlah adik beradik ramai hehehe

Tie said...

Kak tie dah siap 2 psg baju kurung..hantar awal2 kat biras di klate..upahnya murah,siap bagi diskaun lagi..he he..

Kak Zue said...

Suzi-->Bila raya ni anak2 yang lebih meriahkan..ehehe at least mesti ada baju baru sehelaipun jadilah. Kita dah tua ni tak ada pun tk pe..ahaks. Alhamdulillah urusan hampir selesai. Terima kasih dgn doa yg diberikan.

Kak Zue said...

CMA-->Kalau mak masih larat menjahit memang eloklah buat sendiri. Jimat byk!!

Kak Zue said...

Kak Tie--> isk iskk untung ada biras yg boleh menjahit dah boleh bagi diskaun...ehehehh skrg ni kalau tempah mmg kena tempah awal..kalau tidak kenalah beli yg dah siap.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin