Cuti oh cuti

Setiap kali menjelang Hari Lebaran, isu yang kak long akan hadapi ialah isu cuti. Cuti kak long, insyaAllah boss akan luluskan tapi masalah bila kak long fikir pasal cuti staff lain kat sini. Kak Long kena luluskan atau tidak? Dulu2 kalau staff yang baru memang kak long dah ingatkan yang mereka tak boleh cuti panjang...maksudnya cuti tambahan dari cuti umum iaitu 2 hari.

Sekarang ni berbeza...masing2 nak balik cuti dan kak long tak boleh nak salahkan sesiapapun dalam hal ini. Jadinya kak long terpaksalah mintak jasa baik boss untuk benarkan kak long tutup jabatan ni pada 3 Oktober dan separuh hari untuk 30 September. Sekarang ini susah nak jumpa budak2 yang baru bekerja mahu mengalah atau tahu memikirkan masalah jabatan. Masing2 nak lepaskan diri..

Semalam sebelum balik kak long dah hantar email tapi hari ini semasa kak long menulis di entri ini, kak long belum lagi baca email rasmi mahupun yang tidak rasmi. Berdebar2 laa pulak...ehehhee mengalahkan nak masuk interview. Kalaulah boss tak benarkan...huwaaaa kak long perlu jadi kejam ke? Takkan nak suruh sorang non-muslim tu jaga satu department...huhuhu tak konfiden teman nak lepaskan.

Apa perlu kak long lakukan?

Berita terkini: Alhamdulillah semua dah dapat diselesaikan. Ada staff akan jaga department pada 30 September dan boss bagi kebenaran tutup library pada 3 October.
****************************************************************************

Terima kasih buat CintaMiloAis yang sudi hadiahkan kak long award ini. CMA juga adalah salah seorang "bintang" kepada kak long

Comments

Tie said…
Hmmm mmg susah kalau diberi tanggungjawab begitu kan...Kalau yang terpaksa berkorban mungkin akan bermasam muka lak pada zue, yek...

Kalau boss tak bagi, zue kena berunding dgn staff2 tu ttg masaalah zue..Mungkin ada yang sedia memberi laluan kepada yg lebih memerlukan..Bagi dia cuti lepas raya lak, walaupun takkan semeriah hari raya...cian..
Juezura said…
Tie-->alhamdulillah dah ada jalan penyelesaian. Bos dah izinkan tutup tp tak boleh lama2lah kan!
kaklong said…
alhamdulillah..selesai juga mslh ye..kalo x kaklong terpaksa beraya di tmpt kerja la ye kaklong..sedeynye..huhu..

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah