Monday, September 22, 2008

2 hari 1 malam

Wah wahh tajuk entri macam nak cerita pasal percutian masa cuti2 malaysia la pulak..ehehhe. Bukan itu kisahnya. Cerita sebenar, kak long dan mak balik ke kampung awal pagi Sabtu. Tujuannya ialah untuk mengemas rumah di kampung tu. Anak sedara kak long, Nurdini ikut sekali. Entah mimpi apa dia nak ikut pulak. Pertama kali dia balik ke kampung dgn kami tanpa Abah dan Mama.

Baru 3 minggu lepas balik , tapi habuk di rumah kampung boleh tahan banyaknya. Mungkin sebab hujan dan angin menyebabkan banyak serpihan2 daun, habuk masuk ke dalam rumah.

Huhuhu gambo penyapu lidi yang kak long guna untuk buang habuk dan sawang di dinding dapur rumah kampung.

Kerusi2 ni semua sudah kak long berus ..huhuhu . Lapik meja semua dah basuh. Minggu depan masa adik dan famili dia balik , tak perlulah nak kemas teruk. Lagipun dengan budak2 payah nak buat kerja. Adik dgn famili akan balik ke kampung di Perak terlebih dahulu sebelum beraya di rumah mertua dia di Klang. Raya ke 2 atau 3, Insya Allah dia akan beraya di kampung.

Ini pulak tungku untuk memasak ketupat dan nasi himpit sehari sebelum Raya. Orang kampung macam ini ler..eheh masak kat luar dan guna kayu dan tempurung kelapa sbg bahan pembakar. Bata di guna sebagai tungku. Ampun ler ..gambar di ambik dgn kayu bersepah2..sebab kak long main tabur jer kayu2 dan ranting2 yang kak long kutip keliling rumah..ihiks. Ada kerusi makan yang lama dan dah rosak tu..rasanya akan jadi korban sbg kayu api ..ahaks.


Sampah sarap yang tidak berguna kami bakar, pelepah nyiur kering keliling rumah, semua dah bersih.

Ini dia , Nurdini yang rajin tolong mengemop lantai..Huhuhu maaf ler, boleh ter"blur" pulak gambar ni. Raya ni mak long kasi duit raya lebih okey..ehehhehe.


Semalam, tengahari Ahad, kami keluar ke kedai berhampiran untuk beli sedikitbarang dapur, bila balik hujan lebat giler. Baju basah juga walau berpayung dan kak long kena jugak hujan sebab pergi kejar payung yang diterbangkan dek angin sampai ke kebun sebelah rumah kami. Nurdini menjerit kata payung terbang, kak long dok tengok kat tepi rumah tak ada, depan rumah dalam parit pun tak ada, last2 nampak payung tu kat kebun pakcik sebelah rumah ..ekekkek jauh juga payung tu terbang dalam masa beberapa saat...huhuhu itu menunjukan betapa lebat hujan dan beranginnya keadaan ketika itu. Akibatnya hari ni badan dah rasa tak selesa..kepala pening ..uhuhu demam.

4 comments:

Tie said...

Amboi...bestnya dpt balik kampong..tengok tungku tu tak sabar2 lak nak balik buat rendang ni...Seronok kan raya kat kampong..tgk pokok2 sekeliling pun dah rasa aman sekali..Kak tie ni tumpang kpg hubby, tapi dah rasa mcm kampong sendiri (kak tie org bandar..hi hi)

Suzi said...

bestnya raya kat kg....rindunyaaaa

Akak said...

Salam Zue...

Bestkan boleh balik kampung yg mmg betul2 kampung, seronok, suasana lain dari kita kat pekan nie kan, suasana dikampung nyaman gitu...

Sudi2kanlah singgah blog akak ambil kad raya yea..

Mersik said...

Wahh.. kak Long, bersungguh nampak mengomeh2.. kekek Jangan lupa wat kuih banyak2 aa.. nnt kite nk datang beraya ni hik hik

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin