Lambatnyerrr. Luahan dari Nasyirat Nu'man. Semalam 3 beradik ni lepak d buaian.masa ni si abang dah lesu menanti waktu berbuka. Ehehe yg adik pulak dok kacau dia baring d buaian.Hangin masam mencuka si nasyirat ehehe. nabil tak ada dlm gambar sbb dia mandi.Alhamdulillah setakat ini si abg berdua2 ni puasa mereka ok.walau nasyirat membebel ngadu lapar tp puasa penuh juga.
Bermulanya Kisah Blog Ini
Setelah dikhabarkan oleh Ku Ina bahawasanya kak long telah di tag, maka kena jugalah bercerita bagaimana kenal dan seterusnya terjebak dalam dunia blog ini. Saya bukan seorang blogger yang aktif berblogging. Tak mampu nak ziarah semua blog setiap hari sebab tuntutan kerja dan sesekali kalau rajin hantar cerita dari rumah guna 3G....yep..saya tak ada broadband, tak ada streamyx dan dah lama tak jadi ahli tm net. Beberapa tahun yang sudah, kalau anda lihat entri pertama saya pada tahun berapa ek..eheheh saya sendiri dah lupa, saya berkenalan dengan seorang kawan siber dan dia ada blog dia sendiri. Terus terang saya katakan pada masa itu saya tak tahupun pasal blog. Kami berkawan baik dan akhinya saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang kami dan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya saya memutuskan hubungan kerana saya dapati dia tidak jujur sepenuhnya tentang siapa diri dia yang sebenarnya. Jangan cari cerita saya dan dia dalam ...
Comments
anak saya yg sulung...dah 8 thn tapi baru thn ni je belajar puasa penih...thn lepas masa hari minggu dan cuti sekolah (kebetulan masa posa) je puasa...kat sekolah takde suasana...