Posts

Showing posts from August, 2011

Syawal bakal tiba...Selamat Hari Raya

Image
Lebaran kembali lagi..InsyaAllah. Kali ini tidak ada perubahan...raya masih bersama mak ..ihiks. Setia disisi. Apapun raya kali ini rasa sempoi jer...tak kecuh buat kuih...baju raya dah lama tempah tapi tk siap lagi...yg dah siap awal 2 bulan lepas dah jadi baju gi ofis sebab dah pakai masa ada majlis kat tempat kerja. Esok, Jumaat 26 August, saya akan memandu balik ke kampung bersama mak dan anak saudara saya iqa yang praktikal kat Seremban dan esok hari terakhir dia di JKJR Seremban tu..so petang , InsyaAllah akan bertolak balik. Banyak benda nak kena buat esok ni..alignment dan balancing tayar kereta kena terjah dulu...takut lambat siap...then singgah pasar laa gamaknyer ..itupun tak pasti..ikut apa kata mak saya jer laa...saya ni tukang bawak kereta jer...ehehehe. Di kesempatan ini , nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba dan bergembiralah yer.. Maaf zahir batin andai ada salah silap saya kepada rakan2 semua. Hati-hati memandu semasa musim perayaan ini, kenderaan

Baju raya??

Image
Baju raya saya belum siap...huhuhu ...silap2 haribulan..teman pakai baju lama jer...ahahahha. Tak kisah laa ..a.da jubah yg beli kat Mekah tahun lepas belum pakai..so itupun boleh kira baju baru jugaklaa...ihiks. Yang penting dapat bersama-sama keluarga tercinta ..betul tak? Dalam hati masih berharap cik kak kat kg tu..tailor tu dapat siapkan baju teman, baju mak teman dan juga baju iqa yg kami dah hantar sejak hampir 2 bulan lepas tu akan siap sebelum hujung minggu ni.Kelakarnyha saya dah lupa kaler kain yg saya haantar buat baju...muahahahha,,,sehelai tu ingat2 kaler merah ada biru2 sikit...ciss..lupa pulak nak potong sikit kain tu utk contoh beli tudung...ihiks.. Moga baju saya siap untuk raya ni...Amin.

Lost and found

Kebiasaannya kunci pejabat memang sentiasa dalam beg tangan tetapi hari isnin lepas, tetiba teringat nak cari kunci tu masa sebelum bertolak ke tempat kerja. Aduhhh...apasal pulak tak ada dalam beg? Gelabah pusing keliling cari kut terkeluar dari beg dan terjatuh kat sofa. habis selak semua kusyen...ehehehe. Akhirnya dalam 1o minit cari tak jumpa...give up dah dan terus guna kunci pintu belakang..mujur saya dah pisahkan dari kunci utama. Semalam...semasa nak solat zohor, saya terperasan ada benda keras dalam beg telekung...sekali saya seluk...huiksssss...syukur alhamdulillah kunci saya yang hilang tu dah jumpaaaaa semula. Heran juga bila pulak masanya kunci tu boleh termasuk dalam beg telekung? hmmm fikir2 semula mungkin semasa saya bawak balik telekung yang saya dah basuh ke pejabat tu, saya masukkan kunci tu dalam beg berisi telekung dan bukan beg tangan selepas buka pintu utama pejabat...adehh ...alhamdulillah.