Lost and found

Kebiasaannya kunci pejabat memang sentiasa dalam beg tangan tetapi hari isnin lepas, tetiba teringat nak cari kunci tu masa sebelum bertolak ke tempat kerja. Aduhhh...apasal pulak tak ada dalam beg? Gelabah pusing keliling cari kut terkeluar dari beg dan terjatuh kat sofa. habis selak semua kusyen...ehehehe. Akhirnya dalam 1o minit cari tak jumpa...give up dah dan terus guna kunci pintu belakang..mujur saya dah pisahkan dari kunci utama.

Semalam...semasa nak solat zohor, saya terperasan ada benda keras dalam beg telekung...sekali saya seluk...huiksssss...syukur alhamdulillah kunci saya yang hilang tu dah jumpaaaaa semula. Heran juga bila pulak masanya kunci tu boleh termasuk dalam beg telekung? hmmm fikir2 semula mungkin semasa saya bawak balik telekung yang saya dah basuh ke pejabat tu, saya masukkan kunci tu dalam beg berisi telekung dan bukan beg tangan selepas buka pintu utama pejabat...adehh ...alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah