Thursday, September 29, 2005

Pupus

Pupus by Dewa

Aku tak mengerti apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara
Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban..
Hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu



Hmm..memang kenala dengan batang hidung sendiri bila dengar lagu ni.Sebelum ni aku tak pernah perasan lagu ni sampailah terdengar Mawi menyanyikan lagu ini semasa konsert AF3. Sudah banyak kali kecundang..sampai bila agaknya. Bersabarlah wahai hati...

Tuesday, September 27, 2005

Kereta Baru

Semalam 25 Sept , sempat pergi ke showroom kereta . Dekat jer showroom tu dengan rumah.Mak dengan adik ikut sekali..Ninja2 pun ikut sekali. Riuh rendah jadinya. Ikut cakap mak tukar kereta , maka jadilah tukar kereta. InsyaAllah kalau tak ada apa-paa halangan...dalam minggu depan boleh dapat kereta tu kut. Asal mak bahagia ..cukuplah.

Dah lama mak suruh tukar , tapi kita jer yang degil. Rasa cam takut pulak nak tukar ...rasa tak konfiden jer nak bawak kereta lain.

Hari ini, tak jadi pergi meeting di IPK Bangsar sebab Nurul duty sorang. Ainil dengan Dee off . Hana dengan Wan shift petang. Adehh....nak call Pn .Mai no tel pulak hilang..isk iskk...

KA meriah hari ni ....

Saturday, September 24, 2005

Apsal Ni....

Apasal la rasa bosan sangat hari ni. Keje pun tak leh nak buat . Tak ada idea langsung. Form dah siap ...tapi nak buat notice pasal new service ni ..adeh..apasal la bengap sangat hari ni . Kg Aman pun tak menarik hari ni.

Apa-apapun...sempat gak jumpa boss utk dapatkan signature pasal meeting MLG Isnin ni di IPK Bangsar. Boss mood bagus jer ...ehehehe nasib baik....cuti pun dia dah approved.

Puas hati gak bila request Prof. Lee dapat diselesaikan dengan bantuan Nurul.

Purchase requisition form dah fill up utk Music School..yeahh....dlm bosan pun ada gak keje yg siap..ihiks ...till monday....bye

Thursday, September 22, 2005

Suka Dalam Duka

Kekeliruan yang masih berligar-ligar di fikiran membuatkan aku beberapa kali berkhayal ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi. Hmm...alhamdulillah aku cepat tersedar. Persoalan demi persoalan di benak masih belum dapat diselesaikan.

Sampai di pejabat, signal wireless network tak ada pulak...adehh..haru betul ...hilang mood nak mulakan kerja. Finally pukul 1 tengahari baru boleh online. Makan pun pukul 3 hari ni ...nampak jer ceria ..tapi hati ini hanya Allah yang tahu.. Sabar jer la yer...

Wednesday, September 21, 2005

Sepetang Bersama Ninja-ninja



Gambar terbaru Ju dengan Ninja-ninja ..ehehehh Nasyirat, Nabil dan Nurdini. Gambar ni diambik Jumaat minggu lepas sebaik saja Ju balik dari kerja..Semua berebut nak pegang kamera..adehh nyaris tak hancus ..ahaks. Ni time tengah suka la ni..time tengah gaduh tak ada lagi gambar..lepas ambik gambar ni ..Nabil tumbuk Nasyirat...Nurdini yang kat belakang Nasyirat terduduk sebab di langgar dek Nasyirat...adehh..ehehhe tapi kalau tak ada depa ni semua ..sunyi jer rumah tu especially weekend bila depa balik ke rumah abah dgn mama depa.

Tuesday, September 06, 2005

KEAJAIBAN SELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - Muslim.
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada bafinda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu maha luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
30) Sabda Bani SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Thabrani

Saturday, September 03, 2005

Langkawi

20-25 August yg lepas Ju bercuti. 22 August 2005, Adik dan keluarga dia pergi bercuti ke langkawi. Ju dengan mak, kak Ina, dan Iqa ikut sama. Kami bertolak dari rumah kak Ina pada pagi 22 August kira-kira pukul 10 menuju ke Kuala Perlis. Adik memandu dengan tenang dan sampai ke K.Perlis pada pukul 1.45 petang. Sampai ke Langkawi pukul 3 petang dan kami selamat sampai di Sri Intan Resort milik TM Berhad kira-kira pukul 4. Tercari-cari lokasi resort tu sebab ada alamat jer ..tak tahu pulak teluk baru tu rupanyer dekat dgn Holiday Villa..Ju pernah sampai ke Langkawi masa company trip kira-kira 8 tahun yang lepas.Masa tu Ju bawak mak sekali..naik kapalterbang. eheheh. Nasib baik aku ingat2 lupa Jalan ke Pantai Cenang..adehh...sebenarnya ingat nama jalan je tapi tak tahu arah mana dari pekan langkawi tu ..ehehe dah call reception pun bagi instruction pun blurr jer..adehh. Apa-apapun selamat gak kami sampai. 3 hari kat sana...3 hari la hujan di waktu pagi..so bila jenjalan kat pekan tu tak panas sangat. Nanti ada gambar lain dah scan..kita upload lagi. Yang kat atas ni gambar dari henpon kita..eheheh yg byk gambo ikan pelik2 jer dlm henpon ni ..gambo kita semua dlm kamera Iqa..dah cuci tapi nak kena scan pulak..isk iskk.. apapun...ada 1 gambo ni ntah tak perasan lak ada ambik guna henpon..gambo mak dgn kak Ina di UnderWaterworld.

Tengok gambo yg satu lagi ni ..cantik tak?? eheheheh . Tak sempat salin nama ikan ini..tapi cantik sangat.

Ikan oh Ikan


Ini dia ada 2 gambar ikan yg pelik tapi cantik di Underwater World Langkawi. Kali ke2 pergi ....makin mahal tiket masuk..adehh...tapi nak ikut meriahkan anak2 sedara..ehehe masuk gak la ...ada gambar lain tapi lain kali kita edit and post kat sini.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin