Wednesday, June 29, 2011

Hilang anak


Malam Ahad lepas, singgah ke Tesco Semenyih semasa dalam perjalanan balik dari kampung. Sebaik sampai ke aras bawah , area parking, tetiba ada seorang budak ni yang menangis memanggil2 mama dia...iskk berdebar darah!! bila dia tiba2 melintas jalan dan pada masa yang sama ada kereta lalu, kami dok menjerit dan terus pegang tangan dia. Memula dia meronta nak lari cari mama dia dan tanya mama dia kat mana , dia cam bingung..dia kata mama dia dah tinggalkan dia...tak terang sangat apa yg dia cakap..kecik orang lagi budak ni ..mungkin sebaya Aim..anak sedara kita. Ada juga beberapa orang lain yang tanya dia nombor telefon laa..iskk mana ler budak kecik ni nak ingat nombor telefon...tengokpun cam dia dah panik..siap sugul rambut lagik.

Last-last, kita bawak dia cari kat dalam tesco tu..tingkat bawah ..tapi tak nampak sesapa yang ada rupa hilang anak...so naik atas..hantar kat guard. Kat atas eskelator, dia kata mak dia pakai baju merah tapi tak nampak pun org pakai baju merah. Masa tu tesco dah hampir nak tutup. Kita ni dgn Iqa cakaplah kat guard tu yang budak tu berlari2 kat parking tk tentu arah. Baru jer guard tu letak budak tu kat service kaunter dan dia kuar nak cari famili budak tu, ada seorang mamat ni datang ke kaunter tu dan tanya " apa kau buat kat sini" kat budak tu. Masa tu kita dah nak beredar dari situ tapi masih sempat dengar apa yg dia cakap. Guard tu cakap ada orang jumpa anak dia ( sambil tunjuk tangan dia kat arah kami) tapi mamat tu cam orang yang bingung...muka mencuka ( ke muka cuak sebab nyaris ilang anak) ? Hmm...kami ni agak terkejut laa ..dia cuma cakap" anak saya ni buas" !.

 Heh...kalau dah tahu anak tu buas..naper tak jaga betul2..sibuk shopping jer kut. Hmm...yang lagi musykil tu tak dengarpun dia kata atau ucap terima kasih kat pak guard tu. kat kami ni lagi laa tak ada...dia terus bawak anak dia dan kami pun tak peratikan dia lagi. Masa kami dah dalam kereta dan mula bergerak tinggalkan tesco, nampak lah mamat tu dgn anak dia dan wife dia sama dgn anak kecik sorang lagi kat tepi kereta dia...

Mak kita tanya apa yg jadi kat atas tu ( masa kami naik atas..mak tunggu kat entrance dgn barang2 dalam troli ). Kami citer ler dan mak heran ler naper ler mamat tu t ak cakap terima kasih? kita cakap...agaknya dia panik dan dia memang pendiam kut...ehehhe tapi nampak kat tepi kereta tu dia masih marah anak dia lagi...hmm kesian budak tu...tapi apapun alhamdulillah laa kami dapat membantu...kalau lah orang ada niat tak baik yang jumpa dia...tak tahu ler nak kata cam mana.

So..sesiapa yang ada anak atau anak sedara pergi shopping atau tempat yang ramai orang..jangan ler leka dgn shopping..pegang ler tangan atau letaklah mereka kat troli shopping tu .Kena perati budak2 tu betul2. kalau dah besar tu boleh laa tahan jugak sebab deme dah boleh hafal nombor telefon..leh bagitahu kat orang.Tapi itupun lum tentu deme tak panik kalau kehilangan abah, mama atau mak long dia. iskk ..semoga dijauhkan la dari terjadi kat kita ni sebab anak2 sedara kita ni rajin mengikut kita gi pasar atau gi shopping.

Beberapa tahun lepas, pernah ternampak ibu yang menangis dan panik kehulu kehilir mencari anak dia dalam arus ribuan manusia yang shopping nak raya di jalan TAR. Haiyooo kesian betul masa tu ...agaknya dia leka sangat memilih kain nak buat baju raya kut sampai tak sedar anak dah tak ada kat sisi.

Ni puasa dah dekat...lepas tu raya..so masa puasa ni mesti yg ramai shopping..so jagalah anak masing2 jer. Berhati2lah..kita tak tahu apa yang akan berlaku..janganlah kita leka.

Monday, June 27, 2011

Outing


Ambik kesempatan semasa balik ke kampung sabtu lepas,  Nasyirat yang boleh outing ..keluar dari asrama..so kami ajak dia makan di kedai kegemaran dia..Pizza Hut..ihiks..dia memang sukaaaa pizza, dan segala jenis makanan kat situ..spagetti pun dia suka tapi kelmarin dia nak pizza dengan ayam ajer...so dapatlah dia makan
Memula pinggan kosong jer tapi tak lama kosongnyer

Nasyirat menikmati pizza

Saturday, June 25, 2011

Apa hadiah harijadi yang unik?

Saya memang lemah bab2 memilih hadiah ni..maklumlah sebab selalu sangat beli dan terima (baca: jarang-jarang ) ehehehe. Boleh dikira berapa kali saya terima hadiah harijadi tapi saya memang pernah beli untuk anak2 saudara.


Almaklumlah..siapalah saya yang orang nak belikan hadiah masa birthday...ahahahha. Pernah sekali saya dapat hadiah dari kawan blog yang saya tak pernah jumpa, seorang dari Brunei dan seorang lagi dari PJ. Saya dapat sepotong kek dari seorang dak ofis saya , Dee masa hari jadi saya bulan Mac yg lepas. Alhamdulillah.

Apapun sebenarnya niat saya menulis pasal hadiah birthday ni sebab harijadi mak saya akan tiba pada 17/7/2011 ini. Sebelum2 ni ada juga belikan hadiah macam baju, kain, kek, rantai tangan dan juga rantai leher. Tapi apa agaknya hadiah yang bukan 'normal' dan 'biasa' seperti yang saya sebutkan di atas ini. Hmmm...something extra ordinary kut....tapi ada sesiapa yang nak bagi idea?

Kebetulan 17/7, saya akan bekerja, so mungkin malam boleh makan bersama tapi lebih meriah kalau saya beli kek dan makan dgn cucu2...itu memang dah pernah buat...tapi apa lagi yg boleh saya buat untuk buat mak saya lebih gembira??

Thursday, June 16, 2011

Sedikit lega...alhamdulillah


Alhamdulillah...syukur kepada Allah.
Saya di dalam kekeliruan buat beberapa hari kebelakangan ini kerana tak boleh nak fokus prioriti ( tak pasti sebenarnya) .

Walaupun kalut dengan hal2 lain tetapi hari ini saya dapat membuat "follow-up" untuk beberapa perkara penting yang masih belum ada hitam putihnya. Bukan hal peribadi tapi hal kerja. Bila dah disampaikan kepada mereka yang berkaitan, ada rasa sedikit lega dihati.

Semoga apa yang diusahakan bersama2 rakan2 dipejabat akan berhasil dan dapat diterima pakai tanpa ada bantahan yang keras ( VC selalu cakap...is there any violent objection?bila proposed sesuatu perkara dalam meeting ...ehehhe). InsyaAllah..dengan izin Allah .

Wednesday, June 15, 2011

Terkilankah saya...

...Apabila terasa tidak diingati...tidak dihargai? kenapa orang lain mendapat perhatian tapi saudara sendiri tidak ada apa2pun.. Orang lain dapat jajan tapi sedara sendiri hampeh. Mungkinkah sebab dah disebabkan kita dah sedara...tak payahlah dapat buahtangan walau sekecil zarahpun? hmm entahlah...saya tahu saya tak sepatutnya ada rasa yang sebegini tapi saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Saya memang tak mengharap tapi tetap terasa ...sampainya hati

Walau saya sentiasa cuba menafikan tapi seringkali kemesraan itu tidak ada diwajahnya apabila berhadapan. Saya seorang saja yang selalu buat dek ..buat muka tebal ...cuba bermuka manis, berbuat baik sebab saya memang ikhlas tapi orang tak suka ...dari dulu lagi tak suka kut tapi kadangkala terasa elok pulak layanannya...kadang konfius laa kita ni...

Ignore jer? ...buat cam biasa? Memang itu yang sepatutnya yang saya kena buat...saya harap apa yg rasa tentang dia semuanya salah..yang dia memang tak ada niat buruk ...cuma memang dia tak sensitif terhadap kami.

Sunday, June 12, 2011

Gout: Diet pesakit gout

Bila buat pencarian di internet mengenai penyakit gout dan makanan yang perlu dielakkan, maka saya terjumpa makumat ini yang diperolehi dari web pusat perubatan az zahrah. Saya kongsikan di sini untuk panduan kita bersama.


Link ini juga mengandungi penerangan lebih lanjut mengenai gout.

Friday, June 03, 2011

Bila rindu bertamu...



Rindu pada mereka ..anak2 saudaraku yg berlima itu...
Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil,Nurdini,Nu'aim dan Khadijah




rindu pada dak berdua ni yg sedang bersama2 abah dgn mama dan abang2 serta adik di tanah suci  Makkah. Semoga mereka didalam lindunganNya. Amin.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin