Posts

Showing posts from July, 2011

Tak sempat...

Tak sempat nak solat terawih berjemaah esok malam kerana rasanya masih dalam perjalanan balik dari Kuala Trengganu. Tak mengalah, apa yang penting kami selamat sampai ke rumah..InsyaAllah..penat dah mata..nak tidur dulu...esok nak bangun awal..masih ada satu sessi terakhir esok pagi...sebelum berangkat pulang. Kali ini tak sempat nak jalan2 beli souvenir ke apa..kut ada pun esok kalau sempat singgah tepi jalan beli kopok lekor ke..kopok keping ke...ehehhe . InsyaAllah kalau ada rezeki nak jadi ole-ole dari T'ganu...

Bermula perjalanan ke Marang, Trengganu

Sepatutnya pukul 7 dah bertolak tapi kerana menunggu seorang rakan yang sangkut dek kesesakan jalanraya menyebabkan kami bertolak lewat 1 jam.Lapar ni tak sempat sarapan. Harap2 bila berhenti di R&R bolehlah kami  makan apa yang patut ...ehehehhe. Pagi ni hujan di KL..so seperti biasa jalanpun sesaklahhhh. Harap2 perjalanan ke Trengganu akan lancar. InsyaAllah.

Hey..mana signal lights?

Image
Peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang terbaca entri ini. Banyak kali bila dijalanraya, terasa kita ni psychic. Sebab apa? sebab kita seakan2 boleh mengagak kereta kat hadapan mahupun kat kiri atau kanan ( highway tau..a.da 4 lorong) tu akan belok ke kiri atau kanan!! kalau betul..kita ada kuasa psikik laa tu...ehehhe. Bengang tak kalau ada kereta yang tak pandai2 atau tak reti nak kasi signal bila nak tukar lorong ataupun nak belok ke susur kiri mahupun kanan. Selalu jumpa tuan punya kereta mahal2 tu ...yang canggih manggih yang lajuuu semacam tak bagi signal terus belok atau potong Q...masuk lane kita mengejut jer...iskkk sakit jantung  teman. Tahuler keta kome canggih ...tapi takkan tak ada lampu signal kut....ahahahhaha. Maka mak teman yang duduk sebelah sebagai co -pilot tak bertauliah pun membebel marah sebab terkejut....eheheheh. Adehh...kadang kitapun mungkin tanpa sengaja buat  macam tu..so awaslah ek....kita perlu sentiasa beringat supaya gunakan kemudahan l

Ulangtahun kelahiran ke 65

Image
Makan kek sempena ulangtahun kelahiran mak Omikalsom Mat Jamil. Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berbahagia ke akhir hayat. Dua orang lagi cucu tak bersama. Yang sulung Nasyirat Nu'man di asrama dan yang kecil Siti Khadijah tidur..ehehehe. Nu'aim yang lebih2 meniup lilin Kek yang sempoi... Mak yang tak tuko baju ..pakai jer baju tidur sebab kami buat surprised!!!

8 Pembohongan Ibu Kepadaku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sekadar berkongsi cerita seorang rakan . Ambillah iktibar yg ada. 8 Pembohongan Ibu Kepadaku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kasih Ibu ke Syurga..kasih seorang anak?

Image
..kasih anak2 sampai ke mana agaknya? Saya memang takut bila memikirkan adakah saya mampu untuk menumpahkan kasih sayang saya buat mak tercinta. Kalau dulu masa kecik...dah pasti mak tak tidur lena hanya nak pastikan kita ni sihat ..especially masa demam, pastinya hati tak keruan mengenang anak tak sihat. Sejak akhir2 ini mak kerap tidak sihat. Bermula dengan masalah gout, di ikuti dengan demam dan selesema. Demam dan selesema saya dah pulih tapi demam mak masih berulang. Baru jer baik dari serangan gout sebab salah makan...sekali lagi saya tersilap beli makanan yang mak tak boleh makan. Biasanya satay mak boleh makan tapi satay yang ini yang saya beli di pasar malam berhampiran tempat tinggal menjadi "racun" kepada darah mak. Niat nak beri mak selera sikit makan akhirnya menjerat. Tak mengapalah..saya belajar dari kesilapan. Bertambah sudah senarai makanan yang tidak boleh diambil mahupun yang dibeli. Sampaikan sekarang ni kalau nak beli makanan yang siap masak, boleh

Persoalannya...

Mereka komen" salahkan pihak berkuasa ..sebab buat macam2 menyebabkan kecoh". Persoalannya..adakah mereka yang memulakan perarakan itu tidak bersalah? tidak menyusahkan orang yang nak lalu lalang? kalau jalan tak tutup...tapi mereka dah penuh kat jalanraya tu tak ke menyusahkan? tak ke menghalang orang berniaga...merugikan. Tercapai ke tuntutan kalau setakat berarak? Hanya kerana beberapa orang yang berkepentingan politik...ramai yang tidak terlibat menjadi mangsa? Kalau pihak berkuasa biarkan mereka merayau..bersiar2 atau berarak...atau apa sahaja sesuka mereka nak buat ..adakah pasti tidak akan jadi kesesakan jalanraya? tidak ada kekecohan? tidak ada sampah sarap berselerak selepas mereka berarak? ...hmmm apa2 jer laa ...tak berbaloi. Agak2 boleh ke saman mereka untuk gantirugi kepada peniaga2 yang terpaksa tutup kedai ?  Cukup2 laaa tu...bersihkan diri dan minda lebih baik.

Sehati sejiwa

Ada ke demampun nak kata sehati sejiwa? mana tidaknya! Dari tengahari Isnin saya dah terasa tak sedap badan tapi tetap di ofis sampai habis waktu kerja. Sampai dirumah rupanya mak pun demam. Sampai ke hari ni saya dan mak demam selesema. Sesekali muntah...adusss. Pening kepala jangan cakaplah...memang berdengung. Harap2 esok dah okay laa. InsyaAllah.