Kasih Ibu ke Syurga..kasih seorang anak?

..kasih anak2 sampai ke mana agaknya? Saya memang takut bila memikirkan adakah saya mampu untuk menumpahkan kasih sayang saya buat mak tercinta. Kalau dulu masa kecik...dah pasti mak tak tidur lena hanya nak pastikan kita ni sihat ..especially masa demam, pastinya hati tak keruan mengenang anak tak sihat.

Sejak akhir2 ini mak kerap tidak sihat. Bermula dengan masalah gout, di ikuti dengan demam dan selesema. Demam dan selesema saya dah pulih tapi demam mak masih berulang.

Baru jer baik dari serangan gout sebab salah makan...sekali lagi saya tersilap beli makanan yang mak tak boleh makan. Biasanya satay mak boleh makan tapi satay yang ini yang saya beli di pasar malam berhampiran tempat tinggal menjadi "racun" kepada darah mak. Niat nak beri mak selera sikit makan akhirnya menjerat. Tak mengapalah..saya belajar dari kesilapan. Bertambah sudah senarai makanan yang tidak boleh diambil mahupun yang dibeli. Sampaikan sekarang ni kalau nak beli makanan yang siap masak, boleh tanya kat yang jual tu ..apa rencah yang digunakan. Saya dah tak kisah apa org nak kata...muat muka tebal jer sebab demi mak.

Saya tahu mungkin staf di pejabat ada rasa marah sebab saya tidak datang ke pejabat tapi saya harap mereka  faham sebab apa saya tidak sanggup tinggalkan mak seorang diri di rumah ketika ini. Saya perlu pastikan dia sihat barulah saya boleh fokus kepada kerja.
Jika mereka ditempat saya dan mengalami keadaan yang sama, saya pasti akan membenarkan mereka meninggalkan kerja di ofis. Demi seorang ibu, ini adalah perkara kecil yang pasti semua orang boleh lakukan.

Saya berblog setelah selesai menyemak email rasmi. Selepas ini saya nak menaip idea untuk slides presentation senate meeting next week. Fuhh....alhamdulillah ..syukur VC tangguh meeting ke next week. kalau ikut jadual esok...aduhai mahu tak siap proposal.

Apapun...yang penting buat yang terbaik dan sehabis termampu untuk ibu kita yer...berkorban apa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah