Selamat Melahirkan...
Foto yang dihantar oleh Adik kak long melalui MMS setelah ditelefon oleh Nurdini yang tak sabar nak tengok rupa adik dia. Kelmarin kira-kira pukul 11.30 malam, adik ipar mintak tolong hantar ke hospital. Doktor nasihatkan dia pergi untuk memastikan sama ada baby dah tak sabar nak dilahirkan. Sebelum itu adik ipar tak sedap badan dan cirit birit. Ingatkan terjangkit dari Nu'aim. Suami dia, adik kak long kebetulan baru jer ketika itu sampai ke Kulim Kedah untuk satu mesyuarat keesokan harinya ( semalam). Aduhai, walaupun tak kelam kabut sangat tapi dalam hati risau, kami berdua jer dalam kereta dan hospital di mana doktor yang menyambut keempat-empat anak beliau sebelum ini agak jauh di Klang..aduhai. Kak Long tak terus menerus nak pecut walau di highway sebab lori2 banyak di tengah malam dan kami selamat sampai kira2 pukul 12.30 malam. isk Iskk pecah rekod kak long sampai ke Klang ikut highway SILK- Seremban-Kl-Kesas dalam masa kira2 35 minit. Khamis tengahari, Adik kak long sampai ...