Posts

Showing posts with the label Road safety

Semangatku Hilang

Image
...jantung berdebar..tapi sekejap jer laa. Sebab apa rentak jantung berubah? sebabnya nyaris tak terperangkap dengan perangkap had laju di lebuh raya cheras-kajang..wawawawa memang biasa kat situ ada En. Polis bertugas tapi sejak kerja tetap 8am-5pm, jadinyer dah lama tak bersua dengan speed trap tu sebab awal pagi depa tak duty..ehehe cuma selepas pukul 8 jer kat area situ biasanya.. Aduss hari ni masuk kerja lewat sikit sebab ada 'urgent' kat rumah, tapi alhamdulillah tak bawak laju..tapi dah hampir jgak masuk ke limit 90km/j. Apabila ternampak jer kamera dan en.polis tu, terus pandang kat dashboard, isk iskk nasib meter hadlaju tunjuk 80+ belum sampai 90. Mujurlah pagi tadi tu, relax jer memandu tak rushing dan terlupa langsung pasal speed trap. Pengajarannya adik2 dan kawan-kawan..bila memandu, jangan hilang fokus, jangan mengelamun dan sentiasa waspada yer..ehehehe ini peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Motosikal oh motosikal ...

Semenjak dua menjak harga petrol meningkat , kak long peratikan semakin banyak jumlah motosikal di jalanraya. Apabila berhenti jer di persimpangan , maka berderet-deret dan berhimpit2lah motosikal di celah2 kereta dan lori . Masing2 nak di hadapan. Cuba korang peratikan. Ada tak keadaan sebegini di tempat anda? atau mungkinkah ini hanya berlaku di lembah klang? Bukanler kak long ni anti motosikal tapi memang takut jugak naik motor...ehehehhe. Apa yang kak long nak katakan ialah, ada di kalangan penunggang ini yang tak menghiraukan kenderaan lain, dia dok pulas minyak , ciluk kiri , ciluk kanan, ciluk tengah2 antara 2 lorong..iskkk iskk membahayakan diri weii. Kita ni semuapun kena lebih berhati2 di jalanraya sekarang ini. Iskk takut teman nengok..seriau. Yang bawak kereta , lori dan kenderaan lebih besar , kena lebih berhati2. Kita takut tergesel , tersenggol dan segala kemungkinan boleh berlaku apabila motosikal ini menciluk ciluk di celah kesesakan. Siapa yang susah? diri sendiri dan...

Pecahlah pulak ..

Image
1 May, kak long dan mak ambik kesempatan balik ke kampung tengok-tengok rumah yg ditinggalkan. Maklumlah rumput keliling rumah, ada yang dah sampai ke lutut. Semak sungguh. Mak ambik kesempatan meracun rumput tapi tak tahulah mati ke tidak sebab hujan jer di kampung, rumput2 jadi segar dan cepat biak. Semalam, kira2 pukul 11.30 bertolak balik dari kampung. Huhuhu tetiba rasa kereta tak boleh nak bergerakpun..berat semacam dengan bunyik seakan-akan enjin motobot. Berderau darah kak long dan terus berhenti di tepi jalan tapi tak ada apa2pun bila kak long check keliling. Tak sampai 50 meter jalan, berbunyi lagi..aduss tak boleh jadi ni...terus telefon hubby kak Ina, kazen kak long tu . Dia kata buat u turn balik ke pekan sabak bernam dan cuba cari mekanik. Bila dah u turn, bunyik semakin kuat dan kak long terus berhenti di kawasan yg ada rumah orang. Mak terus turun dan pada masa yg sama , baru mak kak long perasan tayar pecah. Huwaaa pecah laa pulak !!! Terus telefon abang din dan dia ka...

Redah jer

Image
Sebaik memulakan perjalanan ke tempat kerja subuh hari ini, kak long dah terjumpa penunggang motosikal yang motosikalnya tidak ada lampu..baik lampu belakang mahupun lampu depan. Iskk teruk betul la manusia semacam ini. Membahayakan diri sendiri dan juga pemandu lain.Sudahlah hari masih gelap ..kalau dah pukul 7 pagi ke barulah hari cerah..boleh jugaklah orang nampak dia. Itu masih dalam kawasan perumahan..kira tak banyaklah kenderaan. Kak Long melepasi penunggang tersebut dan tak tahulah ke mana hala tujunya. Sesudah masuk ke jalan besar semenyih...laaa hai!! jumpa lagi motosikal yang tak berlampu..hmmm tak pasti pulak sama ada motosikal yang sama ke atau orang lain tapi kali ini ada pembonceng. Berdesupp dia potong kereta dan lori ..laju jer tanpa menghiraukan keadaan motosikal yang tidak berlampu..Hmmm kalau dia jatuh sendiri tak menyusahkan orang lain okey gak..ni takut jer orang lain yang tak perasan motosikal tu, nanti terlanggar! bukan ke itu menyusahkan orang lain.Tolonglah pas...