Tuesday, March 25, 2008

Redah jer


Sebaik memulakan perjalanan ke tempat kerja subuh hari ini, kak long dah terjumpa penunggang motosikal yang motosikalnya tidak ada lampu..baik lampu belakang mahupun lampu depan. Iskk teruk betul la manusia semacam ini. Membahayakan diri sendiri dan juga pemandu lain.Sudahlah hari masih gelap ..kalau dah pukul 7 pagi ke barulah hari cerah..boleh jugaklah orang nampak dia. Itu masih dalam kawasan perumahan..kira tak banyaklah kenderaan. Kak Long melepasi penunggang tersebut dan tak tahulah ke mana hala tujunya.

Sesudah masuk ke jalan besar semenyih...laaa hai!! jumpa lagi motosikal yang tak berlampu..hmmm tak pasti pulak sama ada motosikal yang sama ke atau orang lain tapi kali ini ada pembonceng. Berdesupp dia potong kereta dan lori ..laju jer tanpa menghiraukan keadaan motosikal yang tidak berlampu..Hmmm kalau dia jatuh sendiri tak menyusahkan orang lain okey gak..ni takut jer orang lain yang tak perasan motosikal tu, nanti terlanggar! bukan ke itu menyusahkan orang lain.Tolonglah pastikan lampu kenderaan anda berfungsi sebelum memulakan perjalanan..tidak kira di waktu malam mahupun siang.

Susah kalau jumpa orang-orang yang tidak menghiraukan keselamatan dijalan raya ni..ikut suka hati jer!! main redah jer.

2 comments:

Noushy Syah said...

hhehehhe..macam ni pun ada yea Kak Long,macam tak sayangkan nyawa sendiri then menyusahkan orang lain juga.

Zura@Kak Long said...

Noushy-->memang ada orang2 yang macam ni noushy. Sama ada depa tak perasan atau memang sengaja biarkan kenderaan yang berlampu...ehehhe depa boleh nampak jalan dalam gelap sbb depa guna mata kucing kut ...ekekeke

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin