Posts

Showing posts with the label Cuti Raya

Kes Cuti Raya

Image
Setiap tahun pasti ada permasalahan cuti semasa raya terutama raya puasa. Paling risau apabila perlu berlaku adil dan bijak menangani masalah. Kalau tak ada perebutan siapa nak cuti dan siapa yang boleh cuti lebih, agak mudahlah menyelesaikan masalah. Seperti tahun ini, walaupun raya ada lagi dalam 15 hari tapi kak long dah berbincang dan dapat buat jadual kerja sehingga hujung bulan ini. Agak mudah menyusun jadual kerana telah ada penambahan jumlah kakitangan di sini dan kak long amat berterima kasih kepada mereka yang mahu bertolak ansur. Daripada 8 orang kakitangan yang ada cuma 4 orang saja yang raya ke 4 dah mula bekerja dan yang lain-lain bolehlah ambil cuti lebih dari 2 hari. Syukur alhamdulillah tak kena kerja pada raya pertama atau kedua macam mereka yang bertugas di hospital, polis mahupun tentera tetapi kalau dah terpaksa kena jugalah buatkan?. Tahun ini dah kira selesai, tahun hadapan tak tahu lagi...

Kes Nyaris Tertinggal Bas Masa Raya

Apabila tiba musim nak balik kampung untuk hari raya, kak long teringat satu kejadian yang tidak dapat kak long lupakan. Macam biasalah, sesiapa yang tak ada kenderaan sendiri tu mesti beli tiket bas nak balik ke kampung. kak long tak terkecuali. Pengangkutan awam yang setia bersama seiring sejalan ketika itu ialah bas. Biasanya sejak masuk ITM pada 1989, bila nak balik kampung naiklah bas ekspress ke Teluk Intan dari hentian Puduraya dan kak long akan berhenti di Simpang Empat dan selepas tu mengambil bas yang menghala ke Bagan Datoh. Bila sekarang ni tengok orang berebut-rebut nak beli tiket bas setiap kali musim raya tiba, kak long teringat kenangan manis bila senang dapat tiket balik naik ekpress dan pahitnya bila terpaksa beli tiket bas tambahan dan berebut2 serta berbaris panjang nak beli tiket. Ketika naik bas tambahan, merasalah naik bas yang tak ada nombor tempat duduk (siapa cepat dia dapat) dan tak ada air-cond. Masa tu kak long balik dgn kazen kak long Hana. Turun kat Tk In...

Cuti oh cuti

Image
Setiap kali menjelang Hari Lebaran, isu yang kak long akan hadapi ialah isu cuti. Cuti kak long, insyaAllah boss akan luluskan tapi masalah bila kak long fikir pasal cuti staff lain kat sini. Kak Long kena luluskan atau tidak? Dulu2 kalau staff yang baru memang kak long dah ingatkan yang mereka tak boleh cuti panjang...maksudnya cuti tambahan dari cuti umum iaitu 2 hari. Sekarang ni berbeza...masing2 nak balik cuti dan kak long tak boleh nak salahkan sesiapapun dalam hal ini. Jadinya kak long terpaksalah mintak jasa baik boss untuk benarkan kak long tutup jabatan ni pada 3 Oktober dan separuh hari untuk 30 September. Sekarang ini susah nak jumpa budak2 yang baru bekerja mahu mengalah atau tahu memikirkan masalah jabatan. Masing2 nak lepaskan diri.. Semalam sebelum balik kak long dah hantar email tapi hari ini semasa kak long menulis di entri ini, kak long belum lagi baca email rasmi mahupun yang tidak rasmi. Berdebar2 laa pulak...ehehhee mengalahkan nak masuk interview. Kalaulah boss t...