Posts

Showing posts with the label Kemalangan

Takziah buat Famili Achik Spin

Baru kelmarin nampak kelibat dia bersama Nana di promo " jangan tidur lagi" di TV3, malam tadi telah dikejutkan dengan berita pemergian Achik Spin akibat kemalangan. Kita hanya dipisahkan oleh satu garis yang tidak kita lihat, di antara dunia realiti dan alam baqa. Jika takdirnya begitu, tidak lewat mahupun cepat sesaat, maka terjadilah dengan kehendakNya. Takziah buat keluarga Achik, semoga tabah mengharungi dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yanf beriman... Al Fatihah. p/s : Masih terngiang-ngiang lagu Bola-bola api, nyanyian Achik bersama Nana.

Dee : Semoga Cepat Sembuh

Pagi semalam kami dapat berita Dee, sorang rakan di sini telah kemalangan. Motosikal dia dilanggar oleh sebuah kereta dan ketika dia menelefon, dia berada di Pandan Indah Medical Center. Ya Allah baru jer bulan lepas dia kemalangan dgn teksi. Kak Long terus menelefon 2 rakan sepejabat yang belum masuk kerja, Alan dan Amir untuk ke sana dan melihat dan memberi bantuan kepada Dee. Mujurlah Abang Dee yang bertugas sebagai guru juga telah sampai dan memberi bantuan dgn melihat motosikal yang dihantar ke bengkel dan juga di hospital. Ketika kak long menelefon, alhamdulillah Dee masih mampu bercakap walaupun agak payah, mungkin kerana kecederaan dan trauma yang dihadapi. Apabila Amir dan Alan masuk kerja, mereka kata muka Dee bengkak dan ada luka2 sekitar muka dan badan dan dihantar balik ke rumah oleh pemandu yang melanggarnya. Semoga Dee segera pulih seperti sediakala dan berehatlah yer, take care. p/s: Semoga kita akan lebih berhati2 di jalanraya, sentiasa awas dengan keadaan lalulintas ...

Kemalangan ...

...dengan motosikal. Kelmarin terlibat dengan satu kemalangan dan ianya disebabkan oleh pihak yang satu lagi. Alhamdulillah Allah lindungi diri ini tetapi sedikit sebanyak ada hilang semangat selama 2 hari . Terasa takut2 dan was2 bila memandu di kawasan yang sama. Terasa badan masih menggigil. Malang memang tidak berbau dan tak terduga!!