Posts

Showing posts with the label Hari Raya

Syawal bakal tiba...Selamat Hari Raya

Image
Lebaran kembali lagi..InsyaAllah. Kali ini tidak ada perubahan...raya masih bersama mak ..ihiks. Setia disisi. Apapun raya kali ini rasa sempoi jer...tak kecuh buat kuih...baju raya dah lama tempah tapi tk siap lagi...yg dah siap awal 2 bulan lepas dah jadi baju gi ofis sebab dah pakai masa ada majlis kat tempat kerja. Esok, Jumaat 26 August, saya akan memandu balik ke kampung bersama mak dan anak saudara saya iqa yang praktikal kat Seremban dan esok hari terakhir dia di JKJR Seremban tu..so petang , InsyaAllah akan bertolak balik. Banyak benda nak kena buat esok ni..alignment dan balancing tayar kereta kena terjah dulu...takut lambat siap...then singgah pasar laa gamaknyer ..itupun tak pasti..ikut apa kata mak saya jer laa...saya ni tukang bawak kereta jer...ehehehe. Di kesempatan ini , nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba dan bergembiralah yer.. Maaf zahir batin andai ada salah silap saya kepada rakan2 semua. Hati-hati memandu semasa musim perayaan ini, kenderaan...

Baju raya??

Image
Baju raya saya belum siap...huhuhu ...silap2 haribulan..teman pakai baju lama jer...ahahahha. Tak kisah laa ..a.da jubah yg beli kat Mekah tahun lepas belum pakai..so itupun boleh kira baju baru jugaklaa...ihiks. Yang penting dapat bersama-sama keluarga tercinta ..betul tak? Dalam hati masih berharap cik kak kat kg tu..tailor tu dapat siapkan baju teman, baju mak teman dan juga baju iqa yg kami dah hantar sejak hampir 2 bulan lepas tu akan siap sebelum hujung minggu ni.Kelakarnyha saya dah lupa kaler kain yg saya haantar buat baju...muahahahha,,,sehelai tu ingat2 kaler merah ada biru2 sikit...ciss..lupa pulak nak potong sikit kain tu utk contoh beli tudung...ihiks.. Moga baju saya siap untuk raya ni...Amin.

Perlukah rumah terbuka

Akak dah buat open house? akak dah lama tak buat open house dik. Jemputan open house pun tak ada tahun ni..ehehehe. Selalu akak cakap, kalau ada niat nak ziarah rumah akak, telefon atau bagitahu jer, InsyaAllah kalau akak ada dirumah, silalah datang. Perlukah ada rumah terbuka, baru kita nak ziarah rumah saudara mara atau kawan-kawan kita? Kalau ada masa, kewangan mengizinkan untuk kita "travel" dan niat untuk bertemu dan mengerat silaturahim, tak perlu kut ada jemputan baru nak pergi. Ini hanya pendapat akak untuk orang perseoranganlah. Kalau orang2 penting, YB2,VVIP, VIP, tauke2 business yang nak meraikan rakan2 serta menunjukkan skil "corporate social responsibility " mereka, wajiblah mereka adakan rumah terbuka dan tak semestinya raya baru nak buat terbuka kut..bila2 masa pun boleh..ihiks.

Beraya lagi

Image
Dah 2 minggu lebih raya...keluarkan lagi gambar2 pergi beraya di kampung, Klang dan Seremban. Juga gambar2 saudara mara datang beraya ke rumah di kampung. Beraya di rumah mak cik di Bukit Mika, Seremban Dah dapat duit raya ... Bersantai sambil makan kuih raya sebelum di jamu makan tengahari Beraya di rumah mak cik sebelah arwah Abah di Seremban Beraya di rumah makcik yang sulung sebelah Abah di Sendayan Tengok Nu'aim duduk kat tengah2 mara...ehehehe Famili besar kazen kak long Hana dan adik beradik serta ipar dan anak2 saudara Sepupu mak dan famili sedang menjamu hidangan Beraya di rumah kenalan famili Pakcik Saleh dan mak cik Yam. Dah lama kenal sejak dari semasa kami masih tinggal di kuarters JKR sebelum abah meninggal Beraya di rumah kazen kepada Abang Din, menziarah Mak Ngahnya Mak dan Iqa Di rumah kakak Ipar mak, Wak Niah Menjamu selera di rumah kakak mak..Wak Siti Di rumah Nyang Chu

Dah mood raya ke?

Image
Mood raya sederhana aje sebab kerja banyak sekarang ini. Perbincangan untuk coding Documentation bagi sistem baru sedang berjalan dan dalam masa yang sama, kerja2 rutin, menyediakan maklumat dan data untuk fakulti tetap kena jalan...isk iskk...sabo jer ler. Nak buat kad ucapan dan jalan2 ke blog kengkawan tak sempat lagi. Apa-apapun harapnya esok sempat nak prepare kad raya kut...ehehe nak jugak tu buat kad raya!! Apapun kalau tak sempat buat yg baru...terimalah kad recycle ni yer..ehehe ampunn!! SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Semoga perjalanan kita dilindungi Allah swt. InsyaAllah.

Cerita Raya

Image
...kak long sibuk sekarang ini, jadi tak sempat nak cerita panjang lebih awal. Hari ini ambik peluang update blog. Malam sebelum raya, sesudah berbuka puasa, dan sesudah siap memasak juadah hari raya, mak kak long mengalami masalah kekejangan otot kaki menyebabkan dia tak mampu untuk memijakkan kaki mahupun melangkah. Kami tinggal berdua saja. Kak Long terasa amat sayu ketika itu tetapi kuatkan hati sebab tak nak mak rasa bertambah sedih. Kak long papah mak dan mencari minyak panas tapi tak jumpa. Yang ada hanya minyak angin dan gamat. Malam itu mak mengesot utk ke bilik air dan kak long tambah sayu bila mak menangis bila kak long terima sms dari pakcik di Seremban. Bila kak long nak bagitahu adik dan kakak sepupu, mak tak bagi. Air mata masa tu memang tak mampu ditahan tapi kak long menangis dalam diam. Sambil menghabiskan gantung langsir di dapur. Semua kak long buat sendiri. Sedihhhh...selalunya mak yang tak duduk diam dalam rumah tu tapi kali ini mak duduk setempat dan tak boleh b...

Balik Kampung...

Image
Huhuhu hari ini balik ke kampung. Pertukaran rancangan di saat akhir, kak long balik sendirian hari ini...huwaaa . Mak dah balik dengan adik dan famili.Hari ini masih bekerja, jadinya selepas kerja baru Dah lama tak memandu sorang2 bila balik ke kampung...seriau jugak. Bila kena balik seorang ni, dah jadi macam sebelum kak long pindah ke rumah yang ada sekarang ini 7 tahun yang lepas. Masa di rumah sewa di kampung baru, KL, kak long memang akan balik memandu berseorangan. Harapnya jalan tak sesak ler hari ni dan kak long tak perlu mengekor lori atau treler yang menyebabkan kak long akan mengantuk ( pernah terjadi dulu, dah terlelap bila mengekor belakang lori tapi alhamdulillah selamat sampai). Kalau berkesempatan, singgahlah ke rumah di kampung ( akan berada di kampung sehingga 5 oktober). Kawan2 juga boleh singgah ke rumah kak long di Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Telefon dulu yer kalau nak datang..ehehe nanti tak ada orang pulak kat rumah. Doakan kak long selamat sampai ke kampung ...

Kes Nyaris Tertinggal Bas Masa Raya

Apabila tiba musim nak balik kampung untuk hari raya, kak long teringat satu kejadian yang tidak dapat kak long lupakan. Macam biasalah, sesiapa yang tak ada kenderaan sendiri tu mesti beli tiket bas nak balik ke kampung. kak long tak terkecuali. Pengangkutan awam yang setia bersama seiring sejalan ketika itu ialah bas. Biasanya sejak masuk ITM pada 1989, bila nak balik kampung naiklah bas ekspress ke Teluk Intan dari hentian Puduraya dan kak long akan berhenti di Simpang Empat dan selepas tu mengambil bas yang menghala ke Bagan Datoh. Bila sekarang ni tengok orang berebut-rebut nak beli tiket bas setiap kali musim raya tiba, kak long teringat kenangan manis bila senang dapat tiket balik naik ekpress dan pahitnya bila terpaksa beli tiket bas tambahan dan berebut2 serta berbaris panjang nak beli tiket. Ketika naik bas tambahan, merasalah naik bas yang tak ada nombor tempat duduk (siapa cepat dia dapat) dan tak ada air-cond. Masa tu kak long balik dgn kazen kak long Hana. Turun kat Tk In...

Persiapan Raya?

Bila orang tanya persiapan raya..kak long cakap ala kadar jer...ehehe maklumlah bulan ini jugalah roadtax mati..insuran kereta nak kena renew baru ler boleh renew road tax. Walaupun hujung bulan nanti dapat gaji tapi dah agak terlambat ler nak beli baju ke, kuih ke? . Baju raya sebenarnya dah beli kainnya 3-4 bulan yg lepas..ahahah masa tgh ada xtra $$, beli jer dan sebulan lepas hantar tempah. Huhuhu ni sebelum nak balik kg , InsyaAllah pada 28 September, mahu terketar2 tangan nak bayar pulak duit tempahan baju kurung utk mak dgn akak punya sekali...aekekkeke menghantar tak ingat2...tgk2 dah ada 3 pasang..ambikk kau...tapi perlu diingat..baju 3 pasang inilah yang akan menjadi baju "baru"untuk dipakai sepanjang tahun hadapan...ekekke kira oklaa ek..3 pasang baju kurung untuk setahun. Dalam pada bercerita pasal persiapan raya, sebenarnya risau k.long jugak ni...menunggu cover note dan juga terfikir masalah nak pergi ambik geran kereta di bank di Puchong ..bunyik macam dekat ta...

Suatu masa -bahagian 7

Image
Hari Raya semakin hampir dan pastinya umat islam telah mula menyediakan persiapan utk menyambut syawal. Kuih dibuat, rumah di kemas, baju baru dibeli. Kak Long telah memulakan persiapan seperti membeli baju 2-3 bulan sebelum tibanya ramadhan. Semua persiapan kak long dan mak kak long yang sediakan sama ada utk rumah kak long di kesuma dan juga rumah pusaka di kampung. Oleh kerana setiap raya kami akan beraya di kampung, maka persiapan utk rumah kg juga harus dibuat. Minggu lepas kak long dengan mak dah balik kg , mengemas, mengemop dan meracun rumput di sekeliling rumah. Hari Rabu nanti bila kami balik ke kampung, cuma perlu masak dan memasang langsir. Lagipun adik dan adik ipar serta anak-anak , Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil, Nurdini dan Nu'aim akan beraya di kampung sebelum mereka beraya di Klang ( rumah mertua adik). Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada. Seperti juga di bulan Ramadhan, beberapa hari sebelum Hari Raya Abah t...