Posts

Showing posts from April, 2009

Setia menunggu...

...giliran. Seawal 7:30 pagi dah ramai pesakit yg sudah mengambil nombor giliran dan bersabar menanti di klinik kesihatan ini. Tak pastilah berapa lama nak sampai giliran. Ops! Nombor dah dipanggil..mak dlm bilik doktor dah. Selepas ni tunggu ubat pulak. Hmm...apasal lama pulak mak kat dlm bilik.eh dah keluar tapi kena tunggu pulak laporan tahap kolestrol yg sepatutnya dah ada dlm rekod kesihatan. Laporan bg kencing manis dah ada & syukur cuma 4.3. Haila...menanti kat bgn makmal le pulak. Selalu laporan hasil pemeriksaan darah lengkap di simpan dlm rekod. Sabar je la. Ok mak dah dpt laporan dan kena jumpa doktor semula. Harapnya tahap kolestrol mak ok. Kita pulak yg berdebar tunggu mak keluar dari bilik..yehaa mak dh kuar dan alhamdulillah 'clear'. Ehehehe mesti korang bosan dgn entri ni dok cerita hal kat klinik. Ok stop siniler. Tgh tunggu ubat. Jaga diri semua.

Nak Pi Mana?

Image
Minggu depan InsyaAllah, nak jalan jauh..nak hantar Iqa ke Kepala Batas. Huhuhu seriau jugak ni sebab tak pernah sampai ke sana. Last sekali pergi Penang, masa hantar Iqa ke Balik Pulau. Highway mungkin tak ada masalah tapi bila dah keluar dari highway dan masuk ke are Kepala Batas dan nak cari Kolej Matrikulasi P.Pinang tu yang kak long seriaukan tu..takut sesat. Ada peta yang disediakan tapi peta kadang bukan boleh harap sangat. Bila sampai sana, sure ada simpang yang tak ada dalam peta...huhuhuhu. Terasa nak pergi awal tapi kena pulak tanya Abah si Iqa tu ..dia ada cuti ke tidak. Kalau tak boleh pergi awal, kena jugaklah pergi hari mendaftar tu dengan harapan kami akan sampai dalam masa yang telah ditentukan. Saper boleh tolong jadi tour guide area Kepala Batas tu weh?? hahahah siap sedia jer laa nak berhenti tepi jalan tanya kat orang..kalau malu bertanya sesat jalan! Ihikss...I have to think positive and learn to relax and calm. I have to overcome my phobia! fobia takut nak memand

Semangatku Hilang

Image
...jantung berdebar..tapi sekejap jer laa. Sebab apa rentak jantung berubah? sebabnya nyaris tak terperangkap dengan perangkap had laju di lebuh raya cheras-kajang..wawawawa memang biasa kat situ ada En. Polis bertugas tapi sejak kerja tetap 8am-5pm, jadinyer dah lama tak bersua dengan speed trap tu sebab awal pagi depa tak duty..ehehe cuma selepas pukul 8 jer kat area situ biasanya.. Aduss hari ni masuk kerja lewat sikit sebab ada 'urgent' kat rumah, tapi alhamdulillah tak bawak laju..tapi dah hampir jgak masuk ke limit 90km/j. Apabila ternampak jer kamera dan en.polis tu, terus pandang kat dashboard, isk iskk nasib meter hadlaju tunjuk 80+ belum sampai 90. Mujurlah pagi tadi tu, relax jer memandu tak rushing dan terlupa langsung pasal speed trap. Pengajarannya adik2 dan kawan-kawan..bila memandu, jangan hilang fokus, jangan mengelamun dan sentiasa waspada yer..ehehehe ini peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Ikhlas tapi Jauh

Image
Terima kasih buat Suzi kerana sudi memberikan reben dan ros pink ini buat Kak Long. Kak Long panjangkan pula reben dan ros merah jambu ini buat kawan-kawan yang walaupun jauh di mata, anda tetap diingati. Noamie CintaCukelet Ku Ina Miszenigma Tic Eira Airynnz Shay

Lepak laa

Image
Foto kandid guna kamera h/phone..tak terang ..ehehhe Huhuhu nu'aim yg suka ambik angin dlm peti sejuk

Minum buku, tidur buku, main buku..

Image
Semalam Isnin, meronda ke PWTC .Tujuannya temankan Iqa beli buku dan berjumpa dengan kawan MJSC dia di pesta buku. Punyerlah ramai manusia, mungkin bertambah ramai sebab kebetulan MSU adakan konvo di tempat yang sama...isk iskk sesak sungguh. Gerai dari pihak penerbit dan penjual buku serta agensi yang berkaitan dengan buku dan ilmu semakin bertambah banyak. Memang lenguhlah kaki nak pusing keliling. Rasanya ada ruang dewan yang tak sempat nak jengah..eheheh. Esok pergi lagi tapi tujuan dah berbeza. Kena jalankan tugas memilih bahan2 rujukan untuk perpustakaan universiti la pulak. Jom kita!!

Matrikulasi ?

Image
Iqa dah dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Pusat matrikulasi Kepala Batas. Sebenarnya dia juga menunggu panggilan interview kursus perguruan lepasan SPM dan jawapan dari UPU. Dia kena melapor diri pada 11 Mei ini. Tak dapatlah nak hantar sekali sebab kak long kerja..huhuhu. Hujung bulan ni kenalah hantar dia balik ke kampung untuk buat persediaan bagi meneruskan pengajian. Anak-anak sedara kak long, Nasyirat, Nabil, Nurdini dan Nu'aim (sepupu Iqa jugak..eheh)..sure rasa rindu kat dia sebab 2 bulan dia stay dengan kak long, main2 dan tolong anak2 sedara kak long buat keje sekolah. Dia konfius jugak sebenarnya sama ada nak tolak atau nak terima offer buat matrikulasi selama setahun. Tapi kak long rasa ada bagusnyer buat matrik sebab habis matrikulasi boleh sambung buat degree dan seterusnya. Syaratnya kena belajar betul2 dan sungguh2..utk dapat result yg bagus, boleh masuk program ijazah. Apa-apapun semoga Iqa akan berjaya di dalam pengajiannya. Apa juga pilihan Iqa, semoga

Siapa Saya

Jawapan untuk tag yang diberikan oleh Noamie 1) Nama timangan+family: Keluarga sebelah mak panggil Ju. Keluarga sebelah arwah Abah panggil Zu. Mak panggil Zura@ along. Rakan-rakan panggil Zu. Blogger pulak panggil kak long /Zura. Rakan2 di tempat keje panggil kita ni kak Zu/Zu ( tengok peringkat umur). 2) Anda seorang yang.. kadang2 cepat sangat panik dan kadang2 terlalu berani dan kadang2 juga terlalu penakut. Kadang2 pemalu sangat. Malas memandu kecuali kalau dah terpaksa..ihiks. 3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa: Mak saya tidak ada galang gantinya. Dialah mak dan sahabat yang mengerti dan sentiasa berada disisi ketika kak long memerlukan pertolongan.Pengorbanan mak tidak mungkin dapat dibalas sepenuhnya. 4) Lagu kesukaan sekarang: Semua lagu saya suka asal sedap didengar. 5) Warna kegemaran Rasa macam biru dan coklat tapi kalau tengok warna baju dalam almari macam-macam kaler ada. Asal cantik dimata, kak long pakai ajer. Tak memilih sgt, asal sesuai dipakai. 6) Benda

Kemalangan ...

...dengan motosikal. Kelmarin terlibat dengan satu kemalangan dan ianya disebabkan oleh pihak yang satu lagi. Alhamdulillah Allah lindungi diri ini tetapi sedikit sebanyak ada hilang semangat selama 2 hari . Terasa takut2 dan was2 bila memandu di kawasan yang sama. Terasa badan masih menggigil. Malang memang tidak berbau dan tak terduga!!

Beware of Fraudulent SMS and Telephone Calls

...Requesting Confirmation on Credit Card Transactions. This is the press release from Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia would like to caution members of the public to be vigilant when receiving any calls or SMS claiming that it is from Bank Negara Malaysia or any commercial banks. The facts are: · There is no department called "Unit Kad Kredit Palsu" in Bank Negara Malaysia · 8659-XXXX is NOT a Bank Negara Malaysia telephone line · Bank Negara Malaysia will NEVER request for personal banking information through SMS or telephone calls. Based on recent complaints received by Bank Negara Malaysia, there has been an increase in incidents of fraudsters making such calls and sending SMS to unknowing members of the public in order to fraudulently obtain their personal banking information, with the aim of siphoning monies from one's account. From Bank Negara Malaysia's investigations, the modus operandi of the scam is as foll

Makan Nasi Minyak

Image
Jemput datang ke rumah yer..hari ahad 12 April 2009. Itu jemputan majlis perkahwinan dari jiran sepupu yang pernah tinggal di Banting. Entah macam mana boleh setuju pulak nak pergi. Mungkin sebab mak dan Iqa nak jumpa kenalan lama di sana. Sudah lebih 7 tahun tidak menjejakkan kaki ke Banting. Sebelum sampai tengok banyak betul perubahan dan pembangunan di sepanjang perjalanan dari Klang ke Banting. Berbalik pasal kenduri. Iskk sebenarnya kalau boleh nak elak pergi kenduri orang yang kenal diri ini sebab tak mahu soalan maut itu disuarakan. Tuan rumah tak bertanya tapi jiran dia pulak yang akhirnya menyuarakan soalan itu...adehhhh dengan senyum dan tenang jer menjawab "saya sorang lagi" ...huhuhu tak tahu laa air muka berubah ke tidak tapi pedih itu bagai tidak terasa ...alah bisa tegal biasa!!

Shopping...

...ehehe best shoppingkan!tapi hari ni kak long temankan iqa pergi window shopping kolej. Sementara tunggu results nak sambung study di ipta,hari ni kami di TPM College pasal ada taklimat peluang belajar di sini dan mengintai peluang dapatkan biasiswa. Pertama kali sampai kat TPM dan lalu depan astro.ekeke poyo jer tak penah lalu area ni yg agak luas so takut jugak sesat.taklimat bangunan lain tapi akademik lain. Jauh jugak jaraknya. Kena driue! Inconvenient!

Mandi Sungai..

Image
Semalam...badan tak sihat ..demam . Puncanya? salah ku sendiri ...eheheh sebab kami pergi berkelah dan berendam mandi sungai tengahari buta kelmarin dan bila hujan turun, tak caripun tempat berteduh ( tempat teduh semua penuh sebenonyer). Siapa kami? saya dan Iqa laa ..saper lagik. Payung ada 2 jer tapi orang nyer bertiga...maknanya orang beso macam saya ni mesti sedikit sebanyak kena tempias hujan. Itu pasal boleh jadi pening dan demam..ahaks. Masa berendam tak hengat..sebab air sejuk yang amat segar turun dari bukit menyebabkan badan yang sebelum tu hangat pijo sebab cuaca panas terik menjadi nyaman sekali.

Malaysia Welcomes Sixth Prime Minister

Image
KUALA LUMPUR, April 3 (Bernama) -- Malaysia will witness another historic moment today as it welcomes Datuk Seri Najib Tun Razak as the sixth prime minister with a swearing-in ceremony at Istana Negara. Najib, 55, who takes over the premiership from Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, will take his oath of office before the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, in a high-key ceremony. With the passing of the baton, the scion of the second prime minister, the late Tun Abdul Razak Hussein, is set to carry on the legacies of his predecessors to spur the country to greater success amid the current economic uncertainties. News of Najib taking over the premiership took centre stage in Malaysia's newspapers today while radio channels kept updating listeners on the historic event. Invited guests including cabinet ministers and foreign dignitaries started to arrive at Istana Negara from 9am. The press corps including the foreign media had started to congregate outside the palace

Meniti hari...

Hatinya sebak setelah menonton drama 'walid' di TV2. Teringat kenangan ditinggal abah buat selamanya. Engkau tempatkanlah Abahku di kalangan orang2 yang beriman Ya ALLAH. Ameen.

Ikan Bawal Goreng Kari Bercili

Image
Resepi Ikan bawal Goreng Kari Bercili Untuk pengetahuan Kak Tie..Zu selalu masak tapi tak pernah nak tulis resepi ...ehehe selalu adopt and adapt resepi yg dapat kat net jer..ahaks. Ini Zu ubah2 sikit dan kira rasanya ok jugakla( ikut selera saya..ehehe). Bahan-bahan : 2 ekor ikan bawal sederhana besar 1 cawan santan pekat 2 sudu besar serbuk kari ikan 2 sudu besar cili giling --> kalau suka pedas tambah cili 4 biji bawang merah--> tumbuk lumat 2 biji bawang putih --> tumbuk lumat 1/2 inci halia --> tumbuk lumat 1 biji bawang besar ( kalau tak letak pun tak mengapa, tapi lebih cantik dan sedap kalau ada) 2 sudu air asam jawa ( kalau terasa kurang ngam..boleh di tambah) garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak masak untuk menumis. Cara-caranya:- 1. Lumur ikan dengan kunyit. Goreng ikan dengan api yang sederhana ( jangan terlalu garing) 2. Tumis bahan yang ditumbuk lumat. Setelah itu, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, dan juga cili giling. Tumiska

Angan-angan

Image
Foto hanya sekadar hiasan ...cuba korang sebut tajuk entri akak "angan-angan" dgn nada lagu "angan-angan" oleh Raja Ema...eehehehe. Iskk tapi budak2 muda tak pernah dengar lagu ni kut..ahaks tapi sesiapa yang mengikuti AF7, konsert ke 3 minggu lepas, mesti dah dengar dan tahu lagu "angan-angan" yang dinyanyikan oleh Rubisa. Sebenarnya bukan nak ulas pasal lagu tu tapi cuma nak cerita pasal angan-angan. Dengan adanya angan-angan kita akan berusaha lebih dengan tujuan dan harapan agar apa yang kita angankan menjadi kenyataan..betul tak? Tapi ada juga angan-angan yang walau kita dah berusaha ke arah itu tapi tak juga menjadi kenyataan. Kenapa yer? agaknya kerana angan-angan kita itu bukanlah yang terbaik buat kita dan oleh kerana itu Allah s.w.t tak mengizinkannya. Kalau sudah menjadi rezeki kita, dengan usaha pasti kita berjaya memenuhi impian. Jika pendapat ini salah, maka perbetulkanlah sebab akak memang kurang ilmunya.