Angan-angan


Foto hanya sekadar hiasan
...cuba korang sebut tajuk entri akak "angan-angan" dgn nada lagu "angan-angan" oleh Raja Ema...eehehehe. Iskk tapi budak2 muda tak pernah dengar lagu ni kut..ahaks tapi sesiapa yang mengikuti AF7, konsert ke 3 minggu lepas, mesti dah dengar dan tahu lagu "angan-angan" yang dinyanyikan oleh Rubisa.

Sebenarnya bukan nak ulas pasal lagu tu tapi cuma nak cerita pasal angan-angan. Dengan adanya angan-angan kita akan berusaha lebih dengan tujuan dan harapan agar apa yang kita angankan menjadi kenyataan..betul tak? Tapi ada juga angan-angan yang walau kita dah berusaha ke arah itu tapi tak juga menjadi kenyataan. Kenapa yer? agaknya kerana angan-angan kita itu bukanlah yang terbaik buat kita dan oleh kerana itu Allah s.w.t tak mengizinkannya. Kalau sudah menjadi rezeki kita, dengan usaha pasti kita berjaya memenuhi impian. Jika pendapat ini salah, maka perbetulkanlah sebab akak memang kurang ilmunya.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini