Ikan Bawal Goreng Kari Bercili

Resepi Ikan bawal Goreng Kari Bercili

Untuk pengetahuan Kak Tie..Zu selalu masak tapi tak pernah nak tulis resepi ...ehehe selalu adopt and adapt resepi yg dapat kat net jer..ahaks. Ini Zu ubah2 sikit dan kira rasanya ok jugakla( ikut selera saya..ehehe).
Bahan-bahan :
2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 cawan santan pekat
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar cili giling --> kalau suka pedas tambah cili
4 biji bawang merah--> tumbuk lumat
2 biji bawang putih --> tumbuk lumat
1/2 inci halia --> tumbuk lumat
1 biji bawang besar ( kalau tak letak pun tak mengapa, tapi lebih cantik dan sedap kalau ada)
2 sudu air asam jawa ( kalau terasa kurang ngam..boleh di tambah)
garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya:-
1. Lumur ikan dengan kunyit. Goreng ikan dengan api yang sederhana ( jangan terlalu garing)
2. Tumis bahan yang ditumbuk lumat. Setelah itu, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, dan juga cili giling. Tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan Ikan ke dalam bahan tumis dan gaul rata.
4. Setelah ikan mesra bersama bahan2 tumis,masukkan air asam dan santan.
5. Biarkan mendidih sebentar dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan gaul rata sebentar sahaja supaya kuah tidak terlalu kering.
7. Kalau kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air dan biarkan masakan mendidih sebentar sebelum di hidangkan.


*Meh makan meh*.Sesekali hantar gambar masakan sendiri okey gak ek ehehe.Bawal goreng kari bercili dan sayur campur ala paprik.Ini menu makan malam hari ni ehehe meh makan.

Comments

~Cinta Cukulet~ said…
amboii sedappppnyaa...nak sikit hehe
Juezura said…
CintaCukulet-->meh dtg rumah kak long..boleh masak dan makan sama2 ehehe.
Tie said…
Oooo....kak tie tak pernah rasa atau masak kari bercili tu...nanti tulislah resepi...hi hi...

Masak sendiri ke??
Juezura said…
Kak Tie--> petang semalam mmg masak sendiri ...ehehhe mak tinggalkan kita sorang2 masak sebab dia nak pergi surau..ihiks
iEn said…
wah mesti sedap niee.. letak bawang banyak2 kekeek!
arsaili said…
salam kak long..ahaha nanti leh dtg lagi kuching, contact jer shima...dia ok jer kalau dia free. Lama tak ke mari..so busy la kak long...doakan semuanya dipermudahkan
Juezura said…
iEn--> memang sedap...cepat2 masak letak bawang banyak2..ihiks.
Juezura said…
Arsaili--> Salam bro. Itula ntah bila nak sampai lagi ke Kuching dan makan mee kolok lagi..ehehe kali ini mesti bawak mak sekali.
dnasura said…
waahhh cam sedap! lapa je bile tengok gambar ni...
Juezura said…
dnasura-->memang sedap..eheheh

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini