Wednesday, August 30, 2006

Malaysiaku Merdeka




Bebas dengan batasan
Harmoni dengan megahnya
Ketenangan yang damai
Usah ragu
Usah bimbang
Walau sesekali ombak melanda
Walau sesekali taufan singgah
Andai bersatu
Usaha diganda
Bahagia akan dimiliki
Setia ku tetap padamu
Aku berbangga
Terima kasih
Patriot negara
keranamu
Merdeka ini akan berterusan
Jalur gemilang berkibar tanpa lelah
Negarku tercinta
Malaysia

~~zura~~

Monday, August 28, 2006

Pentingkan diri sendiri?

Photobucket - Video and Image Hosting

Perlukah kita mementingkan diri sendiri? Persoalan ini kemungkinan besar dihadapi oleh semua manusia. Bila kita perlu mementingkan diri? Seingat Kak Long, semasa di "interview" oleh pensyarah ketika memohon masuk untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pada tahun 1989, Kak Long pernah menyatakan " Jika diterima masuk ke program ini, saya akan menerimanya dan saya akan buat yang terbaik.Kenyataannya memanglah mungkin orang lain lebih berkelayakan tapi saya telah dipanggil untuk temuduga ini dan peluang ini tidak akan saya tolak". Ketika itu pensyarah mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan Kak Long berbanding dengan calon-calon lain. Jika mereka menerima Kak Long mungkin ada orang lain yang terpaksa di tolak permohonannya. Adakah Kak Long bersikap mementingkan diri ketika itu?

Photobucket - Video and Image Hosting


Pada masa kini suasana amat berbeza. Kak Long sedaya upaya mengelakkan untuk bersikap mementingkan diri baik di tempat kerja mahupun di rumah. Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah perlukah kita bersikap mementing diri untuk mencapai kebahagiaan hidup? Sanggupkah kita melihat orang lain menangis hanya kerana kita mahu bahagia ? Sudah terlalu banyak peluang yang diperolehi tetapi Kak Long memilih untuk tidak mementingkan diri. Walaupun tidak bahagia, sekurang-kurangnya Kak Long dapat mengelakkan diri dari menjadi punca perbalahan keluarga dan rumah tangga orang lain.
Jika seorang lelaki yang telah berkeluarga menagih cinta kita, sanggupkah kalian menerima Sedangkan pada awalnya dia tidak mengaku sudah berpunya? Payah untuk Kak Long menerima. Kalau dia sanggup menduakan isterinya , besar kemungkinan dia akan melakukan tindakan yang sama apabila telah bersama dengan kita. Oh tidak! biarlah diri ini bersendirian daripada menyebabkan seorang wanita lain menitiskan airmata kesedihan. Biarlah Kak Long yang menangis. Semoga satu hari nanti akan dibuka lembaran baru yg lebih indah buat diri ini.InsyaAllah.


Persoalan ini akan bersambung...

Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, August 24, 2006

Rancangan di Batalkan

Assalamualaikum wbt kepada semua yang sempat singgah di sini. Kak long mohon maaf krn tak dapat singgah di blog kawan2 pasal bercuti.kak long dgn mak nak balik kg.Pada awalnya kami nak balik hari ini 24 ogos tapi ditunda ke 25 ogos krn adik kak long outstation ke Chicago,US. Rancangan dibatalkan sebab mak mengalami kejang otot kaki yg agak teruk sehingga sukar utk berjalan. Alhamdulillah setelah makan & sapu ubat yg DR bagi,sakit dah kurang.Mujur uti,boleh bwk mak ke klinik.Ada hikmah disebalik kejadian.

Wednesday, August 23, 2006

Gerimis di Senjakala

Senja ini cahayanya suram
Suram juga hati ini
Hati bergetar resah
Pilu terasa
Jauh di lubuk hati
Pedih terasa
Mengapa tiba-tiba
gerimis melanda hati
Gerimis di senjakala
bilakah akan berakhir...

Photobucket - Video and Image Hosting

Yes!

Dengan sukacita memaklumkan bahawasanya kak long telah berjaya update entri di tgh mlm dgn bantuan hp. Bukan apa ...kalau bercuti pun kak long masih boleh update blog kesayangan ni. Tak la kengkawan tercari-cari ( iyerlaa tu ek..cam betul jer) ...eheheheh.

Monday, August 21, 2006

In Loving Memory

For my friend Aru that always smiling. When calling my name, he will called, "Kak Zu". We will miss you..



One of my beloved friend has recently passed away. In all of his time working in this IPTS, he has earned the deep respect, high praise and wide affection of all his colleagues who had over the years become his compatriots as well.

He was sadly beset by a long-term illness that ultimately ravaged and took his life, but through that period and phase of his life he bore it all with unbending strength, amazing patience and professional grace.

His passing away marks a great loss to all of us here, and we grieve with his family and loved ones this sad passing away of a treasured colleague ,respected friend and beloved brother.

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, August 16, 2006

Siapa yang tahu?

Photobucket - Video and Image Hosting
Hari itu wajahnya ceria bak mentari pagi
Senyum riang
Hatinya gembira kerana apa
Siapa yang tahu?

Hari ini tiada sinar terpancar di raut wajah
Tunduk kepala bila tersua
Geleng kepala bila di tanya
Siapa yang tahu?

Hati ini seakan mengerti
suka dan duka yang ditempuh
Walau hati seakan mengiyakan tapi
Siapa yang tahu?

~~zura~~


Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, August 11, 2006

Adeh...

Photobucket - Video and Image Hosting
Semalam pergi pejabat pos .
Memula masuk ..tak bawak alamat penerima surat
Adeh...keluar lagi pi kat kereta..ambik alamat.
Masuk lagi post office..tulis alamat.
Ingat dah ok la ...terus berbaris nak beli stem dan registerkan surat tu pasal ada dokumen penting.
Berbaris dlm 10 minit, stem dah dapat...resit register pun dah dapat.
Beralih ke tepi kaunter utk lekatkan stem.
Terus capai botol gam kat tepi kaunter.
Kita terus la bukak tutup botol dan tonggengkan muncung botol ke stem
Waaaaaaa...apasal tak ada filter kat botol gam!!!
Abih tumpah gam kat atas stem...atas sampul surat.
Adehh.....kecuh arrr ...kelam kabut
Mintak tisu kat kerani post office tu.
Nasib la kerani tu friendly...terus bagi dan tanya apa jadi??
" Gam tumpahlah..." . Sambil tu terus lap gam dgn tisu.
Cepat lak gam tu kering ...dah la melekat2 tisu kat tangan ...adehh mak tolonggg
Mujur la tak koyak stem tu ..dah lembap dgn gam ..adehh adehh
Seluar pulak tak ada poket ..mana lagi nak pegang duit balance beli stem tadi...
mana lagi nak pegang resit surat register.. sabo jer laa
Mak pulak tunggu dlm kereta jer ...
Adehh malunyerr ....cam tak pernah guna gam laa pulak.
Nak kurangkan malu....konon senyum kat nyonya kat sebelah ...
hampeh arr ....nyonya tu buat dek jer ...siap tengok kat aku cam aku buat salah besar
Dah lekatkan stem...lap sikit2 kaunter tu ...hulur surat kat kerani pos tu ...
Aku terus keluar tak tengok kanan kiri dah ...
Masuk dlm kereta...start enjin terus nak balik.
Adehh..lupa lak belum makan tengahari...tengok jam dah kul 2.30.
Mujurlah anak2 sedara yang ikut tak bising.
Makan kat bawah pokok dengan angin sepoi sepoi bahasa ...ahaks ...
kalau dengan pakwe ok gak..ni dgn mak dgn anak2 sedara ..kira ok gak la..
ehehe dari makan sensorang yer tak??
dah lepas asar , masuk dapur masak utk makan malam pulak...
siput masak lemak , ikan goreng cencaru, sayur brokoli goreng dgn udang menjadi santapan kami sekeluarga malam tadi...sedap nyer ...ahaks ..masak sendiri..puji sendiri...alalalalalaa
Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, August 06, 2006

Hari ini dan semalam

Semalam

Giliran kak long utk bekerja. Awal sampai sebab jalan tak sibuk. Students ramai la pulak semalam ..maybe because exam week. Masing-masing rajin nak baca buku...eheheh. Iyola tu....ada gak yang dating kat library. Budak2 sekolah mmg cam gitu la kan...eheh terkenang lak dulu2 masa sekolah dating kat library tapi bukan kak long , course mate la ...siap depa dah beranak pinak dah..Ihiks!!

Anyway..sambung lagi citer kerja la ek. Hari-hari biasa kak long memang jarang duty kat kaunter cuma sesekali jer cover utk staff. Tapi bila giliran keje weekend, kak long duty kat kaunter. Kira all rounder gitu...ihiks. At least kita faham situasi staff lain yang keje kat kaunter tu...susah nak layan customer ni .
Macam2 hal ..macam2 ragam. Semalam kesabaran kak long diuji lagi ..bukan tak pernah di uji tapi dah 15 tahun keje kat sini..ada jer dugaan dan cabaran. Renovation sedang berjalan di blok ni..tapi bukan dept kak long...depa nak tambah science labs kat bawah blok ni...aiyooo bisingg jgn kata la dgn drilling yg non stop.

Tetiba jer ada contractor luar tu datang mintak izin buat keje kat floor ni..termasuk gak computer lab kat atas . ok la tu ..buat la keje tapi dah cakap dah..kul 1 library dgn lab akan tutup. Mamat tu kata ok ! kita pun senang la hati. Tup tup...Kumar dari computer dept turun kata contractor mintak tangguh sampai kul 5.Giler ke apa?? nasib baik laa kumar kata no way!! dah la tk ada notis awal dari management, kami boleh stay back sampai kul 2 jer. Arghh...sabar jer la ..nasib laa tak ada plan apa2 semalam. Tepat kul 2, kami suruh mamat indon yg kerja tu ...kemaskan barang . Nasib baik Kumar sanggup tunggu mamat tu habis kemas dan kak long boleh kunci main entrance sebab dia akan kuar ikut pintu belakang. Sabar jer laaa....selalu sgt cam gini.


Hari ini

Pagi-pagi lagi sebelum kul 9 dah dengar drilling. Adehhh dah lali dah dengan bunyi bising tu sejak 2 bulan lepas. Kejap ni tadi, ada lecturer ke student ke ntah tak kenal, masuk tanya siapa incharge kat blok ni...pasal dia kata dia ada kelas dan bunyi bising tu ganggu kelas tu.

Aiyaaa ...kak long incharge kat library jer ...bukan keje2 renovation tu . Hmmm....cam mana laa pihak yg bertanggungjawab dgn keje-keje renovation ni tak rujuk timetable part time classes utk dip. logictic rasanya. Kesian arr depa...tapi kak long tak ada kuasa nak suruh depa hentikan keje. Contractor tak salah sebab depa nak siapkan keje ...yg jadi masalah pihak pengurusan laa ...nasib nasib. Siaplah kena komplen tu nanti..


Friday, August 04, 2006

Macam-macam ada

dah laa busy ..tambah geram..marah...bila org soal...life cam mana?? dah kawin ke belum....wehhh tak ada benda lain ke nak tanya. Apa punyer org la ni ...asyik-asyik benda tu yg dia tanya. Kalau dah kawin...aku bagitahu dia ler ...takkan aku tak antar sms ke email ke ...arghhhh!!! sorry arrr guys and gals ..kak long tgh bengang ni ....
Kalau org tu baca..sorry la ...soalan awak tu soalan yg saya rasa tak perlu awak soal kat saya setiap kali awak online .

Thursday, August 03, 2006

Geramnyerr....


Sakit hati pun ada, geram pun ada, risau pun ada hari ni. Kenapa jadi cam ni? arghhh!!! pihak management dari dulu sampai la ni ...tak pernah nak tanya apa keperluan-keperluan department aku sebelum buat keputusan. Ni tidak!! dah siap semua plan, design baru la nak tanya.

Ada ke patut, nak bina library kat medical school di Kuala Trengganu tak tanya kita apa yang perlu ada. Tau-tau jer dapat plan dari IT dept. Itupun pasal dak IT tu kena buat layout utk letak pc dlm library. Nasib la dia bagitahu .Hampeh betul laa...arghhhhhh. Dah la tu ....tgk design, kecik giler library. Kalau tk ada nak isi byk2..senang citer..ni tidak...macam2 yang di mintak, especially dari fakulti.

Uwaa...tensen-tensen...penin balik lagi laa ni bila fikir mana nak letak rak buku...meja study, kaunter ..nasib laaa...alahai!!!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin