Monday, August 28, 2006

Pentingkan diri sendiri?

Photobucket - Video and Image Hosting

Perlukah kita mementingkan diri sendiri? Persoalan ini kemungkinan besar dihadapi oleh semua manusia. Bila kita perlu mementingkan diri? Seingat Kak Long, semasa di "interview" oleh pensyarah ketika memohon masuk untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pada tahun 1989, Kak Long pernah menyatakan " Jika diterima masuk ke program ini, saya akan menerimanya dan saya akan buat yang terbaik.Kenyataannya memanglah mungkin orang lain lebih berkelayakan tapi saya telah dipanggil untuk temuduga ini dan peluang ini tidak akan saya tolak". Ketika itu pensyarah mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan Kak Long berbanding dengan calon-calon lain. Jika mereka menerima Kak Long mungkin ada orang lain yang terpaksa di tolak permohonannya. Adakah Kak Long bersikap mementingkan diri ketika itu?

Photobucket - Video and Image Hosting


Pada masa kini suasana amat berbeza. Kak Long sedaya upaya mengelakkan untuk bersikap mementingkan diri baik di tempat kerja mahupun di rumah. Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah perlukah kita bersikap mementing diri untuk mencapai kebahagiaan hidup? Sanggupkah kita melihat orang lain menangis hanya kerana kita mahu bahagia ? Sudah terlalu banyak peluang yang diperolehi tetapi Kak Long memilih untuk tidak mementingkan diri. Walaupun tidak bahagia, sekurang-kurangnya Kak Long dapat mengelakkan diri dari menjadi punca perbalahan keluarga dan rumah tangga orang lain.
Jika seorang lelaki yang telah berkeluarga menagih cinta kita, sanggupkah kalian menerima Sedangkan pada awalnya dia tidak mengaku sudah berpunya? Payah untuk Kak Long menerima. Kalau dia sanggup menduakan isterinya , besar kemungkinan dia akan melakukan tindakan yang sama apabila telah bersama dengan kita. Oh tidak! biarlah diri ini bersendirian daripada menyebabkan seorang wanita lain menitiskan airmata kesedihan. Biarlah Kak Long yang menangis. Semoga satu hari nanti akan dibuka lembaran baru yg lebih indah buat diri ini.InsyaAllah.


Persoalan ini akan bersambung...

Photobucket - Video and Image Hosting

2 comments:

noamee said...

kak long situasi yg kak long citerkan dekat email tu saya pernah alami juge kak...masa tu saya berusia 22 thn dan bercinta dgn suami org yg berusia 40 thn...orgnya mmg romantik dan penyayang.Situasi itu terjadi kerana saya sudah beberapa kali kecewa dgn org bujang yg seusia.Alhamdulillah saya sedar kerana saya tidak mahu menjadi punca keretakkan rumahtangga org lain semata2 utk kepentingan diri saya.Jadi sedikit sebnyk saya fhm perasaan kak long dan saya doakan semoga kak long akan bertemu dgn lelaki yg semememangnya layak utk kak long.Insya Allah!!

Kak Long said...

terima kasih Mie ...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin