Friday, July 31, 2009

Ingin Ku Luah...


..tetapi kepada siapa? Rasa yang berselirat dan bertindan-tindan ini tidak boleh diluahkan di sini. Terlalu peribadi, agak sensitif. Malupun ada juga untuk meluahkan. Mungkin tidak seberat mana pada sesetengah orang tapi diri ini sedang menghadapi tekanan kerja yang amat berat sekarang ini dan untuk beberapa bulan yang mendatang ini.


Allah benar2 ingin menguji. Beberapa perkara lain muncul yang melibatkan kewangan dan perhatian serta masa ketika ini juga menyebabkan diri sedikit kucar kacir memikir dan menyelesaikan.


Ya Allah, berikan diri ini kekuatan dan permudahkan dan Engkau tunjukkanlah jalan terbaik untuk diri ini menyelesaikan apa juga masalah dan kerja yang perlu diri ini hadapi. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Ameen.

Tuesday, July 28, 2009

Apa ke halnya ?


Murid KAFA belajar di padang - Jawatankuasa penduduk halang guna surau



MURID-MURID KAFA terpaksa belajar di padang selepas didakwa dihalang daripada menggunakan surau di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam.
KLANG - Seramai 58 orang murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam terpaksa belajar di padang selepas didakwa disekat daripada memasuki surau Assaudin yang dijadikan kelas sementara sejak dua tahun lalu.
Mereka juga terpaksa menikmati makanan pada waktu rehat di lokasi yang sama.
Seorang bapa, Azman Hashim ketika ditemui berkata, dia kesal dengan sikap jawatankuasa penduduk di situ yang berkeras mahu mengosongkan surau walaupun penggunaannya untuk kelas KAFA mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sementara menunggu kelas baru siap.
"Jawatankuasa penduduk mahu surau itu dikosongkan dengan alasan hendak mengaktifkan kembali aktiviti jemaah sedangkan perumahan di sini dekat dengan masjid.
"Dalam mesyuarat bersama jawatankuasa baru-baru ini, saya telah minta mereka tangguhkan dahulu pengambilalihan surau tetapi mereka tetap berkeras," katanya.
kak long: kesian budak2 ni..jadi mangsa keadaan. Salah siapa?

Friday, July 24, 2009

Apabila kelopak mata kanan bergerak-gerak


Mungkin hanya kebetulan tapi selalu berlaku seperti apa yang orang kata. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak2, tandanya anda akan menangis. Kadang betul dan kadang tak adapun jadi apa2. Kita tak boleh percaya sepenuhnya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, jadi kak long rasa kita mesti terus berdoa supaya hanya yang baik2 sahaja yang akan kita terima dan bukan perkara yang tidak baik yang berlaku kepada kita. Semoga di jauhkan.


2-3 hari ni asyik kelopak mata kanan yang bergerak-gerak..hmmm siapa yang saya nak tengok ni? ehehehhe? orang kata nak tengok atau akan jumpa dengan orang jauh...ahahaha orang jauh mana laa pulak yang kak long nak tengok ni? ni dok menaip ni pun mata kelopak mata asyikla bergerak. Pernah juga berlaku sebelum ini, dah kelopak mata kanan asyik bergerak, memang ada saudara yang datang ke rumah ataupun kak long yang jumpa mereka. Itulah, mungkin itu hanya kebetulan yang tidak disengajakan dan tidak ada kaitan dengan kejadian kelopak mata bergerak2...


Wednesday, July 22, 2009

Cerita 5 hari


Sejak Jumaat lepas lagi sistem pengurusan perpustakaan kami menghadapi masalah teknikal. Jenuhlahj kami menjawab segala persoalan dan komen dari pelajar2. Masalah berlanjutan sehingga semalam tengahari. Sistem pulih sehingga pukul 7 malam dan akhirnya "error" lagi sehinggalah pagi tadi. Aduhai memang rasa tak menang tangan menangani permasalahan ini. Tambahan pulak kerja2 pengubahsuaian tengah rancak berlangsung( ahahah macam ada siaran "live" kat TV jer).


Sabtu, konvo kat sini ( gambar tak keluar lagi)..eheheh nanti upload kalau dah ada. Sabtu, Library tutup....ahad minggu ni kami tutup. Bolehlah rehatkan minda sedikit.


Sejak Isnin ,bila balik semua orang rasa lenguh seluruh badan terutama kaki sebab banyak berdiri dan bergerak...ahahah bersenam ketika bekerja. Kak long semalam dgn hari ni siap bawak balik ke rumah kerja2 pentadbiran sebab siang hari habis dgn kerja2 di kaunter.


Tambah pulak tan cukup sorang staff sebab Hana terjatuh di tangga di bawah blok perpustakaan ini Sabtu lepas dan akibatnya tulang tapak kaki dia mengalami retak halus yang menurut kata Hana amat sakit tetapi doktor kata tak perlu simen.


Tengah malam semalam kak long siap kena marah melalui telefon hanya disebabkan budak IT tak boleh nak perbetulkan server sebab pintu sementara yang kami guna sejak "renovation" bermula ter"lock" sendiri dan mereka tak ada kunci. Pintu depan pulak budak2 library dah "lock" dari dalam. Aduhai...alhamdulillah Azlan masih belum tidur dan rumah dia paling dekat dengan kampus dan dia dengan sedaya upaya membuka "padlock" pintu utama dari luar melalui celahan pintu seluas 2 inci...syukur yang amat. Dah la terkejut dari tidur tgh malam buta pukul 12 malam, last2 kena marah. Rasa menggeletar seluruh badan masa bercakap dgn Azlan mintak tolong dia pergi ke kampus. Masa nak buat panggilan dah cuak dah sebab manalah tahu dia tak jawab panggilan dari mak long dia ni...huhuhu...nayaaaa!!! tapi syukurr sesangat.Pengajarannya bermula dari hari ini, pintu utama akan di rantai dari luar sahaja.


Ada beberapa kerja yang tertangguh dan harapnya dengan sekembalinya Hana nanti, semua kerja yang tertangguh boleh selesai.


Beberapa minggu ini terasa dugaan datang bertimpa-timpa dan kak long harap kak long dapat selesaikan satu-persatu mengikut kemampuan diri ini dan terima kasih juga di atas bantuan dan kerjasama kakitangan jabatan ini yang faham akan masalah yang berlaku.

Thursday, July 16, 2009

Giler punya sibuk

Sabtu ni konvo kat sini. Sana sini sibuk. Kat ofis akak lagi la sibuk
sebab hampir semua fakulti mohon beli buku baru serentak tapi payah
sangat dpt quotation. Kalau kita tak urgent cepat hantar senarai
harga. Ni mcm tak nak bisnes aje lagaknya. Bosan teman weh. Tambah
risau je order tak dpt sampai dlm masa 2 bulan ni. Kerja harian dah
terkejar2 tambah lagi jadi kecuh bila kerja2 ubahsuai tiba2 melibatkan
area lobi dan pintu utama. Huhuhu kenalah guna pintu kecemasan sbg
pintu masuk dan keluar. 1st day ada perubahan semua student ada rasa
keliru. Ehehe adehla,ni semua untuk kebaikan mereka juga dimasa depan.
Tak dinafikan ada rasa tak puashati dgn ketidakselesaan yg berlaku.
Nak update blog librarypun tak sempat2 lagi. Harapnya dpt la upload
gambar2 keadaan semasa ditempat kerja. Letih weh. Sampai sini je
tukang karut mengarut. Daaa.

Tuesday, July 14, 2009

Musykil juga..

Muahahahha...rasanya setelah beberapa kali tuko cat rumah ni...kali ini tidak ada sesiapa yang menegur!! ahahahha dah jadi halimunankah blog ini atau deme semua dah tak heran? ekekekke rasanya deme tak kuasa nak mengomen pasal buruk beno kaler rumah ni kut...ahaks. Apa-apapun teman musykil jugaler..ndak ler jugak tahu boleh ke kengkawan yg singgah ni membaca citer mengarut teman? kut2 silau ke mata deme memandang? coba bagitahu teman yer?

Monday, July 13, 2009

Kalutkah aku?

Hari ini terasa badan masih sengal2..letih mengemas rumah dan halaman rumah di kampung. Memandu pergi dan balik dalam masa tak sampai 36 jam agak memenatkan juga. Dalam perjalanan balik kampungpun masih tak lepas dari menerima berita isu kerja pengubahsuaian di pejabat dan membuatkan hati semakin geram dan bimbang. Rasanya otak ni memang tak cukup rehat..sampaikan bila tidurpun termimpi2 masalah2 yang dihadapi. Alahailaa weh Cik Zue..jangan kalut..jangan paniklah! Ada masa lagi untuk selesaikan masalah. Yer..saya kena kuatkan semangat dan usaha.

Saturday, July 11, 2009

Besar dah...


Besar dah.Rasanya baru je pergi melawat Nasyirat Nu'man semasa dilahirkan. Ehehe cepat masa berlalu. Segak dia dgn seragam pengakap. Har4 ni ada aktiviti Ko-ku di sekolah.

Friday, July 10, 2009

Bosan

Hari ini saya fokus kepada kerja pada waktu pagi sehingga tengahari. Tiba-tiba saya merasa bosan apabila pihak pengurusan mempertikaikan soal terlalu ramai staff melayu di jabatan ini. Memang bagus kalau ada pelbagai bangsa supaya mudah apabila hari raya, semua orang dapat cuti lebih sikit tapi itu bukan alasan untuk menyekat hak saya memilih staff.

Grrrrr..rasa nak mengamuk jer tadi masa kat bilik HR, last2 hantar email untuk mintak dipercepatkan pengambilan staff baru yang saya dah interview dan pilih bulan lepas. Ada ke diorang ingat nak tunggu sampai dapat calon bangsa lain supaya tak ambik calon yang saya dah pilih. Adehh...masalahnya tak ada pun permohonan dari bangsa lain untuk jawatan pustakawan yang ada ijazah, so saya pilihlah orang melayu dan saya bertolak ansur, tunggu calon bangsa lain utk mengisi kekosongan bagi jawatan pembantu perpustakaan .

Jadinya saya tukar template blog...doesn't matter, kaler ni ceria atau merudum..eheheheh lantaklaaa..asal saya dapat lepaskan geram. Esok nak balik kampung, InsyaAllah...jumpa lagi.

Tuesday, July 07, 2009

Tak sabar

Saya memang tak ada bakat mengajar. Isk isk entah mood ada kureng
sikit malam ni. Tadi tengok2kan Nabil buat homework,kena marah dan
kena bebel je budak tu pasal slow sgt nak faham soalan maths yg dia
dah pernah buat. Agaknya dia pun dah letih so tak boleh fokus pada
soalan. Tapi bila kena marah,kdg dia boleh buat dgn baik dan kdg terus
makin kabur. Kesian pulak bila tgk dia terus tidur sebaik siap kerja
rumah. Bila disemak memang ada yg salah dan saya perati kesalahan dia
sebab cuai. Jawapan betul tapi jalan kerja salah atau sebaliknya. Saya
kena lebih bersabar.

Monday, July 06, 2009

Letih balik dari kerja hilang apabila melihat wajah comei tersenyum menyambut kepulangan.

Sunday, July 05, 2009

Kenapa agaknya...

...kadangkala saya sukar mengatakan TIDAK kepada permintaan mahupun
apa sahaja yang diperkatakan oleh ahli keluarga terdekat. Saya selalu
tak sampai hati. Walau kadang2 apabila berkata YA,saya terpaksa
menukar agenda peribadi yang telah dirancang. Saya sentiasa mahu
melakukan yang terbaik buat mereka. Adakah saya yang memerlukan
perhatian dan merasa saya diperlukan? Atau adakah saya dipergunakan
kerana sukar berkata tidak?

Thursday, July 02, 2009

Turun tangga naik tangga

Hua penat siang tadi turun tangga naik tangga tak ilang lagi tambah
bengang bila tersilap tekan terus ilang entri yg dah siap. Ehehe sabo
je le. Turun tangga naik tangga antara blok kerana urusan keje tapi
alhamdulillah dpt juga selesaikan beberapa keje. Esok ada keja lain
lagi...banyakkk ! Huhuhu tolongg

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin