Friday, July 31, 2009

Ingin Ku Luah...


..tetapi kepada siapa? Rasa yang berselirat dan bertindan-tindan ini tidak boleh diluahkan di sini. Terlalu peribadi, agak sensitif. Malupun ada juga untuk meluahkan. Mungkin tidak seberat mana pada sesetengah orang tapi diri ini sedang menghadapi tekanan kerja yang amat berat sekarang ini dan untuk beberapa bulan yang mendatang ini.


Allah benar2 ingin menguji. Beberapa perkara lain muncul yang melibatkan kewangan dan perhatian serta masa ketika ini juga menyebabkan diri sedikit kucar kacir memikir dan menyelesaikan.


Ya Allah, berikan diri ini kekuatan dan permudahkan dan Engkau tunjukkanlah jalan terbaik untuk diri ini menyelesaikan apa juga masalah dan kerja yang perlu diri ini hadapi. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Ameen.

6 comments:

Abang Long said...

Tenangkan minda.
Mohonlah bersungguh - sungguh :)

Kak Long Mawar Merah said...

Sabarlah Kak Zue,
hanya Dia yang tahu apa terbaik buat kita. Hidup pasti tidak akan sunyi daripada ujian. Insya Allah, Kak Zue akan dapat menghadapinya dengan ketabahan yang ada.

Kak Zue said...

Abang long--> InsyaAllah . Terima kasih yer.

Kak Zue said...

Kak long mawar merah-->Terima kasih yer

kaklong said...

kaklong, kuatkan semangat ye. fighting!!!

Kak Zue said...

kak long wilda-->Terima kasih. Kak Long terus cuba menguatkan semangat

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin