Posts

Showing posts from October, 2006

Raya oh Raya

Image
Malam raya pertama, adik dgn anak2 main mercun dengan bunga api.Ihiks ....abah depa pun nak lepas gian main mercun cam kami main dgn arwah dulu nampak tak lampu kat belakang tu ...ehehe itula lampu panjut yg kak long pacak dgn bantuan Ieqa dan mak tp tk ada org teringat nak ambik gambo masa tu ..ahaks sorry ler..gambo dgn henpon maner nak terang sgt...ehehehe Hujan lebat turun mencurah2 dari petang sehingga malam raya pertama. Akibatnya sebelum tgh malam tu air naik di sekeliling rumah. Gambo ni kak long ambik pada hari raya ke 2. Yang bawah ni pulak gambo rumah semasa kak long dah ready dlm kereta nak balik ke semenyih. Air di sekeliling ruma hdah surut tapi air di parit masih penuh.

Baby baru di pagi Syawal ke 6, 2006

Image
29 October 2006 @ 10.50am ,Kak Long menerima berita yang adik ipar kak long telah selamat melahirkan baby boy. Kak Long sempat singgah di Hospital bersalin Razif di Taman Seri Andalas Klang.Gambar2 berikut sempat kak long ambil menggunakan henpon . Sorry la kalau tak terang. Ada lagi gambar lain tapi ada masalah pulak nak upload. Apa-apapun nanti kalau ada gambar2 lain dan baby pun dah ada nama, kak long post lagi kat sini. Eeeeiii...geram arr tengok baby ni.. comei sungguh cam abg2 dengan kakak dia.. cutenyer.. nyenyak sungguh dia tidur.. mak dgn cucu ke 4 Nasyirat nak pegang adik baru kononnya..eheheh

Salam Lebaran Dari Ku untuk Mu...

Image
Sahabat-sahabatku sekalian disempena bulan al-mubarak ini dan tak lama lagi bakal menyambut hari yang mulia, hamba menyusun jari tanda kemaafan dipinta sekiranya ada salah dah silap ketika kita sama-sama bergurau,berjenaka. Kepada mereka yang akan balik ke kampung semoga kita akan berhati-hati di jalanraya dan selamat sampai ke kampung dan selamat kembali semula ke tempat kita bermastautin mencari rezeki. Adat jauh kata mengata, Adat dekat puji memuji, Andai ada tersilap kata, Ampun dipinta menyusun jari. Salam jauh dan dekat, MAAF ZAHIR & BATIN.

Bunga Api...

Image
Dulu masa Kak Long dengan adik masih kecil, arwah abah selalu belikan bunga api. Bukan mercun tau...eheheh kak long takut dgn mercun. Dulu-dulu bunga api belum lagi diharamkan penggunaannya. Baru-baru ini ajer yang kerajaan haramkan sebab budak-budak kita especially yang melayu kreatif la sangat. Ambik belerang dlm bunga api ..kumpulkan serbuk belerang lepas tu jadikan bunga api yang lebih besar "power". Bukannya masa dulu tu tak ada kes budak-budak hilang jari , hilang penglihatan akibat bunga api atau mercun tapi beberapa tahun yang lepas semakin banyak kes , itu pasal kena banned bunga api dengan mercun. Pada satu Ramadan kira-kira 24 tahun yang lepas, anak jiran kak Long di kuarters JKR Simpang 3, Bagan Datoh Perak, telah kehilangan 3 jari sebelah kiri kalau tak silap kak long akibat dari bermain bunga api. Bukannya dia main bunga api yang biasa. Dia dengan bijaknya cuba memampatkan belerang bunga api yang di kumpulkan ke dalam sebatang besi. Dia nak buat bunga api y

Looking Through The Eyes of Love

Image
Please, don't let this feeling end It's everything I am Everything I want to be I can see what's mine now Finding out what's true Since I found you Looking through the eyes of love Now, I can take the time I can see my life As it comes up shining now Reaching out to touch you I can feel so much Since I found you Looking through the eyes of love And now, I do believe That even in a storm we'll find some light Knowing you're beside me, I'm all right Please, don't let this feeling end It might not come again And I want to remember How it feels to touch you How I feel so much Since I found you Looking through the eyes of love

Soal dan Jawab...

Image
Tag ke, virus ke ..tak kisahlah. Nizie punyer pasal, Sist jawab jugaklah...layanzz utk gembirakan hati...eheheh. 1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana? ---> dengan mak kat rumah sendiri .... Alhamdulillah 2) Apa persiapan anda menjelang hari raya? --->persiapan dah mula 1-2 bulan yang lepas. Beli kain awal-awal, hantar kat tukang jahit. Kuih mueh biasa dah dekat raya baru beli...eheheh kuih tunjuk biasanya biskut. Kalau kek biasa nya masak sendiri... 3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda? ---> ikut jadual kerja, Ramadan kali ini 2 minggu sempat berbuka di rumah, 2 minggu lagi rasa-rasanya dalam kereta . Jalan jammed Ooo tak sempat sampai kalau balik kul 6.30pm. Ihiks 4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel? ---> kalau orang belanja , kira okeylah. Tapi lebih suka berbuka dengan famili. Kecuali ada tugasan yang memerlukan kita join berbuka di hotel. Dulu pernah tapi sekarang ni tak ada ...

sekadar di pinggiran

rasa dh x tahan asyik d persalahkn.buat silap nampak besar tp buat baik x penah nk nampak.rasa nk lari tp x de tempat nk d tuju.sayang dgn keja tp dh naik lemas dgn ketua yg dok marah2 n salahkn org bwh bila jadi sesuatu.terasa d pijak2 je.bila balik mak plak demam.tambah runsing bila road tax yg djanjikn agen x sampai2 sedangkn bayaran dh langsai.tahap kesabaran di uji lagi.hanya airmata menjadi teman d samping doa ...mak dh tido tp beban ini perlu d luahkn.maaf semua.. -- ~Juezura~

Istidraj

Image
Untuk renungan bersama... Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, K