Posts

Showing posts from November, 2005

Maafkan Ju Abah !

Abah, Sabtu 19 Nov, 2005, Ju ada seminar @ meeting di Ilham Resort, Port Dickson. Ju bawa mak sekali sebab kalau mak tak pergi pun mak seorang kat rumah. Sibuk sangat dari sampai pada pagi 18//11/05 sampai ke malam ada sessi perbincangan. Maafkan Ju abah, sebab tak ingat 19 November tarikh abah meninggalkan kami semua. Tahun ini genap 22 tahun abah meninggalkan kami keluarga abah yang tercinta. 18 November hari lahir Nasyirat Nu'man, kali ini tak sempat pun nak wish Happy Birthday kat dia. Hujung minggu ini adik buat rumah terbuka sempena Raya. Bolehlah jumpa budak-budak tu . Rindu pulak!! kalau depa ada nak marah jer ..tapi bila tak ada sunyi rumah tu. Abah, Mak sunyi kat rumah sekarang ni sebab cucu-cucu abah tak ada kat rumah Ju sebab Linda ada kat rumah dah jaga depa semua. Abah, Ju dapat tahu ada Linda ada masalah di tempat kerja sebab itu dia bercuti panjang tetapi rahsia ni hanya Ju yg tahu ..mak tak tahu pasal ni . Depa tak nak cerita kat mak sebab tak nak mak risau kut.

Pelangi Petang

Image
Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya... Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua... -Sudirman

Rahmat menjadi Wanita ISLAM

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang

Aidil Fitri 2005

Image
November 3, 2005. Aidil Fitri disambut dengan sederhana. Tahun ini, pagi syawal meriah sebab adik dgn anak-anak beraya di kg. Gambar kat sebelah ni masa achik (sepupu) dgn anak-anak dia beraya ke rumah. (duduk kat bawah) . Pada masa yg sama, makcik Diah dengan anak-anak serta cucu singgah di rumah nak jumpa dgn mak. Sorry ...gambar tak terang sebab ambik dgn henpon. Tengah tunggu adik email gambar2 yg dia snap masa pagi raya tu..nanti dah ada boleh la post kat sini.

Balik raya

30 oktober balik ke kampung dengan mak. Hari tu ahad, kena kerja ...mak ikut sekali ke ofis. Memang tak ada mood nak buat keje ...lepak kat kg aman. Ramai lak kengkawan kat room. Meriah gak sampai la tengah hari . Hilang rasa bosan. Sebelum balik solat zohor dulu di ofis. Hujan lebat la pulak ..adehhhh ..Paling tak suka kalau driving dlm hujan lebat...risau banjir lak kat sg buluh tu nanti. Abg Rosli kata hujan tak lama sbb kat satelit image tak nampak cam hujan akan lama. Alhamdulillah dlm 1.30 hujan dah mula reda. Fikir pulak nak balik ikut jalan mana ni ?? eheheheh byk sangat yg aku fikir ..tension betul. Last2 ambik jalan highway connaught ...masuk ke jalan syed putra . Ikut plan nak naik jalan istana..last2 tersilap masuk ke brickfields pulak..adehhhh....ahahahha cam mana la bolehh konfiden naik ke exit Brickfield...isk iskkk dah ler jalan sesak sebab Deepavali ..tahu2 jer la penuh dgn gerai kat tepi kaki lima kedai...jalan 2 lane dah jadi 1 lane..hampeh tul...senang2 jer depa dou