Posts

Showing posts with the label Nasyirat

November...

Image
Hari ini tak ada idea nak bercerita. Sekadar mengingati tarikh-tarikh penting di bulan November. Setiap kali November tiba, kak long akan ingat 14 November, 18 November dan 19 November. 14 November adalah tarikh lahir anak saudara kak Long iaitu Iqa yang sedang "bertarung" dengan soalan2 SPM. Iqa akan berusia 17 tahun. 18 November pula ialah tarikh lahir anak saudara kak long Nasyirat Nu'man yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10. 19 November pula adalah tarikh sedih untuk keluarga kami apabila Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini sudah 25 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Cucu-cucu Abah hanya mengenali Abah melalui gambar2 lama yang tersimpan kemas di dalam album.

Buah Hati Pengarang Jantung

Image
Jalan-jalan cari makan di Chicken Rice Shop bersama Nasrul Nabil,Nasyirat Nu'man dan Nurdini. Kira okla ..boleh kawal 3 ninja ni yang baik perangai semasa makan dan shopping dengan mak long mereka ni..ihiks. Kalau ada mama dgn abah atau Opah, bukan main mengada-ngada..ehehehe. Kakak yang manja walau dah ada adik..ihiks Jalan-jalan di tepi tasik di kawasan perumahan sambil melayan NurDini main. Nu'aim tengok jer la ....eheheh. Nasrul Nabil dan Nur Dini . Mak Long kena paksa Nasrul Nabil main sekejap dengan Dini sebab dia sibuk dengan basikal pusing keliling tasik...eheheh.