Posts

Showing posts from 2007

My Wish For You...

Image
Dear Friends... To your home….. Warmth To your heart…… Faith To your soul……. Joy May Allah bless you with all that is beautiful and pure! Have a great holiday! Happy New Year...

Ku Mahu

Image
Sesaat ku terkesima Pada indah personamu Sekilas kau senyum padaku Ku larutkanmu dalam kasihku Sesaat ku terpesona Pada warna ceriamu Sayangnya telah ku hidu Semua paparanmu palsu Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti Selamanya takkan ku lupa Kau ajar ku seksa Kau pandai berkata-kata Hingga aku derita Selamanya ku berjaga-jaga Tak sanggup ku terkena Cukuplah sekali terluka Kan ku ingat sentiasa Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yan

Aduhai Kelabu Mata Hitamku

Image
Sejak 2 menjak kebelakangan ni mata semacam susah nak fokus laa pulak. Spek ni baru jer..hmmm baru tak baru tapi dah lebih setahun ler ...ehehehhe. Huhuhu jangan ler pulak makin rabun mataku ini . Hmmm mungkinkah kena tukar yg ada kombinasi rabun jauh dan dekat ..Oh noo..maklumlah dah tua ni kan..ahaks. Pernah sekali last month, masa nak bagi briefing, kak long boleh tak nampak ler pulak perkataan yg tertulis kat handout yg kak long bawak, dah ler masa tu lampu kat depan hall tu di OFF separuh sebab ada slides sedang ditayangkan...aduhai.Naik kelabu mata hitamku...eeheheheh.Kalau tuko biru tak pe gak...eheheh. Sebab tu kak long risau bila memandu dlm hujan di waktu malam dan elak dari memandu di jalan yang gelap diwaktu malam kecuali terpaksa. Huhuhu esok nak balik kampung selepas habis kerja pukul 5 ptg, InsyaAllah sampai kampung selepas maghrib, doa2nya cuaca elok sepanjang perjalanan..

Salah jugak ke..

Image
Bila staff hantar sms, "akak, esok saya EL" ..kak long jawab "ok". "akak, saya EL hari ni", pun ok...tapi kalau nak EL pun tengok2 laa alasannya. Tengok jugalah ada berapa orang rakan yang sedang bertugas. Kalau dah tinggal seorang nak jaga dept, kena fikirlah jugak bila nak ambik cuti tu. Ni kita dah tahu awal2 yang dia akan cuti hujung tahun walaupun dari orang lain kita dapat maklumat tu...kita diam jugalah sebab nak tengok betul ke tidak....kita bagi juga dia cuti walaupun terpaksa ubah perancangan awal. Bila ada staff sms, nak EL, tak pernah pulaklah kak long ni kata TIDAK, at least pandai2 laa depa ni tukar shift atau mintak kawan gantikan giliran dia , so kak long tak kisahlah sebab kalau kak long EL pun ada yang sanggup menggantikan, dan ada juga yang bagi alasan tak nak . Setiap kali ada sms mintak EL dengan alasan anak tak sihat, orang yg jaga anak tak ada, saya tak sihat, saya itu..saya ini ..kak long tak kisah, betul ke tidak alasan itu, terpu

First Letter Of Your Name...Z

Image
Layan tag dari Noushy ..aduhai kerut2 dahi dok fikir jawapan ...eheheheheh. Saja ler tu noushy nak menambah kerut di dahi kak long ni ..ahaks. "Z for Zuraini" Here’s the rules of the thumb: Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Can’t use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one. 1. Famous Singer: Zoe Tyler ..kira famous la ek noushy sbb dia pernah buat recording ..now jadi vocal coach ...ehehehhe main letak jer nama ni 2. Four Letter Word: ZERO 3. Street: err....Zainal Abidin Street , Penang ( ehehehe direct translation of Jalan Zainal Abidin) 4. Colour: Zinc orange /zincgelb 5. Gifts/Present: Zinnia (flower) 6. Vehicle: Zeppelin-the rigid airship 7. Things in Souvenir Shop: zig zag letter opener 8. Boy Name: Zahrul 9. Girl Name: Zureen 10. Movie title: Zorro: the legend of ... 11. Drink: Zappel -apple flavour soft drink... 12. Occupation: Zookeeper 13. Celebrity: Zed Zaidi ( malaysia

Sayang Anakku Sayang

Cute sungguh...eheheheheheh.

Kawan baik...

Image
Susah kak long nak katakan di sini tetapi kak long tidak ada kawan baik. Semua kawan kak long adalah kawan biasa. Kak long sendiri merasakan yang kak long bukanlah seorang kawan yang baik, yang sentiasa ada di sisi kawan yang memerlukan. Ini kerana kak long selalu menghampakan permintaan dan undangan kawan-kawan. Kak long boleh berkawan dengan semua orang tetapi hanya sebagai kawan biasa. Orang yang tidak mengenali tidak akan memahami situasi yang di hadapi...

Masihkah Kau Ingat...

Image
To all my friends out there... Pucuk pauh delima batu Anak Sembilang di tapak tangan Biar jauh beribu batu Jauh di mata di hati jangan..

Saja nak mengomel...

Image
Kali ni nak cerita lagi sikit pasal trip ke tanah tinggi Cameron hujung minggu lepas. Salah satu tempat yang kami pergi ialah Boh Tea Centre. Perjalanan ke ladang Boh agak mencabar. Bukit yang sejauh 2 km terasa seperti berkilo-kilo meter jauhnya sebab jalannya sempit dan berliku2. Lebih kurang jalan naik ke Frasers Hill tu laa ...huiyoooo at least kat Fraser tu kenderaan utk naik dan turun pada jangkaa masa yang telah ditetapkan. Lain pulak kat ladang Boh ni...isk iskk kalau kereta berselisih pun kena slow2 dan siap kena berhenti atau reverse kalau dah tertembung di jalan yg tak boleh nak selisih. Amatlah menacabar apabila terpaksa berselisih dengan bas yang membawa pelawat2 . Haiyaa bas tu pulak mentang2 laa itu jalan dia ...eheheh punyerlah laju dia bawak..ada yg tak nak mengalah tu ...nak lepas diri jer ...cissss. Ada sekali tu , kereta kami di hadapan dan tiba2 terserempak dgn bas. Adik kak long terpaksa undurkan kereta ...kak long dgn mak dah jerit kata ada kereta kat belakang y

Cuti @ Cameron Highlands

Image
huhuhu jinak Ooo rama2 ni..ah aks Kak Long agak sibuk sejak balik dari bercuti. Sepanjang di Cameron Highlands, boleh dikatakan sepanjang masa hujan.Oleh sebab itu cuaca di sana sejuk dan angin bertiup kencang...cuaca adalah lembap secara keseluruhannya. Dalam hujan gerimis dan di antara waktu2 yang tidak hujan itulah kami sempat juga jalan2 di sana. Inilah sebahagian Gambar-gambar di Cameron Highlands ,sila klik di sini Nasyirat nak manja dgn Opah ler tu..ehehhe mak kak long bersama Nurdini, Nabil dan Nu'aim Macam-macam jenis teh Boh ada kat sini...

Jom kita ...

Image
Walau hanya bercuti selama 3 hari 2 malam tetapi kak long rasa teruja nak pergi ke Cameron Highlands ni. Bukan apa, Cameron ni kalau dari kampung tak la jauh sangat tapi tak pernah sampai lagi...huhuhu. Lagi pulak pergi dengan famili, anak-anak sedara semua ada, harap2 meriahlah cuti kali ini sepertimana meriahnya percutian di Langkawi 2 tahun lepas. Setakat sampai ke kawasan perkelahan di kaki banjaran Titiwangsa ini kak long pernahlah pergi sendiri...ihiks. Jom ramai-ramai kita pergi bercuti..rehatkan minda yang mungkin sedang kusut masai atau sedih atau keliru atau sedang marah...meh kita bawak2 bertenang...

Bukan tak Sayang...

Image
Apabila membaca entri di blog arsaili tentang kisah beliau melawat Menara Pisa di Itali dan membandingkannya dengan Menara Condong Teluk Intan , kak long teringat akan lambang bandar Teluk Intan ini yang belum kak long naiki. (Lalu lalang kat bawah dan tepi menara dah beribu kali) ehehehehhe. Adehlah...malu betul!. Bukannya jauh sangatpun Menara Jam tinggi ni dengan rumah kak long di kampung,hanya kira-kira 45 minit kalau memandu tapi hairan jugak tak pulak kak long teringat nak naik.Kalau tak silap dulu memang boleh naik ke atas menara tu tapi tak pastilah pulak sekarang ni kut dah di banned pulak...ahaks. Rugi ler pulak rasanya. Dataran kat bawah menara condong tu sentiasa ada ekspo..pelbagai ekspo dari barangan rumah, binatang eksotik dan lain-lain. Untuk tambah pendapatan majlis daerahlah kut sewanya tu ..ehehehe. Orang lain tak pastilah pulakkan..tapi kak long rasa kita ni selalu sangat lupa atau tak sedar( tanpa sengaja) akan kesan2 sejarah yang ada berhampiran kita. Silap2 har

Maaf jua..

Image
..dipohon maaf kepada rakan-rakan yang pernah menjemput kak long untuk menghadirkan diri ke majlis atau perjumpaan di rumah mereka atau di mana juga. Niat di hati memang ingin nak memenuhi undangan tetapi apabila sampai masanya kak long tidak dapat pergi kerana mengutamakan keluarga. Kak Long sebenarnya selalu mendahulukan keluarga dan kadangkala walaupun mengenepikan keperluan diri tetapi kak long sedaya upaya cuba membantu dan tidak sampai hati nak kata tidak... Kak Long tidak menyalahkan anda jika anda merajuk hati dengan kak long kerana kak long memahami. Dato' Dr. Hj.Fadillah Kamsah kata apabila lahir pada 23 mac, orang itu adalah "makhluk 2 alam"..huhuhu bukan biawak weh tapi seseorang yang lahir pada 23 mac, orang itu memang penyayang, suka mengutamakan orang lain. Beliau juga seorang yang suka di kelilingi oleh ramai orang dan kadangkala beliau suka menyendiri dan bertenang. Itu adalah kak long. Maaf sekali lagi...

Apabila Hujan Mencurah Tiba

Image
Di saat dan ketika ini, hujan sedang turun amat lebat sekali. Kak Long sedang membuat kerja-kerja di pejabat dan tiba-tiba terimbas kembali kisah kak long di zaman persekolahan dahulu. Kak Long fikir ada baiknya kak long ceritakan di blog untuk entri hari ini. Inilah kisah-kisah dimasa sekolah ketika ada hari-harinya hujan tiba tanpa diundang. Semasa Kak Long bersekolah rendah, tidak banyak peristiwa lucu, kelakar mahupun menggembirakan ataupun menyedihkan berlaku yang melibatkan hujan. Cuma apa yang kak long masih ingat dan jelas di ingatan ini ialah baju hujan yang arwah abah kak long belikan untuk digunakan apabila hujan turun ketika turun dari van sekolah. Warna baju hujan yang cute utk budak montel yang comei (perasan...erkekekek) itu berwarna merah jambu atau bahasa sekarang ni lebih senang disebut warna pink...ihiks. Tak tahu apa sebab abah kak long belikan baju hujan dan bukannya payung untuk kegunaan kak long semasa itu. Mungkin sebab fikir budak kecik ni mana ler tahu nak sim

Hidup Kena Berani ?

Image
Hari minggu yang lepas sebaik sahaja tamat waktu kerja , kak long dengan mak kak long( mak lepak kat bilik kak long) solat dan makan tengahari di restoran berhampiran tempat kerja. Dalam pukul 2 petang kami selamat sampai di rumah sepupu di Taman Perkasa, Hulu Langat. Comel sangat anak perempuan sepupu tu( sorry tk ada gambar baby..lupa nak snap). Nama baby girl ni sedap sungguh , Nur Qaseh...huhuhu telah diambil nama angan2ku ini ...ihiks. Bila balik kak long tengok di jalan besar hulu langat menuju ke Lebuh raya Cheras-kajang amatlah sesak. Dua lorong hampir tidak bergerak dan pada ketika itu juga kak long nekad membelokkan kereta ke kiri dan terus menuju ke Pekan Batu 14 Hulu Langat melalui Jalan Hulu Langat dan belok ke kanan utk ke Semenyih menggunakan Jalan Sungai Tekali dan seterusnya apabila sampai di satu simpang tiga, belok sekali lagi ke kanan ke Jalan Semenyih-Kuala Klawang .Jangan tak percaya, inilah pertama kali kak long memandu di jalan ini yang terkenal dengan jalan

Bila dan di mana ..

Image
Cuti sekolah hujung tahun dah tiba dan kak long terasa nak bercuti beramai-ramai tapi nak ke mana nak dituju? Terasa nak drive sendiri ke pantai timur...ada pulak terasa nak ke tanah tinggi...hmmm mana satu laa nak pergi ni ? Mak pulak ada terkenang nak pergi ke Penang kalau hantar syafiqa balik hostel..hmmm tapi itu tahun depan ler tapi boleh jugak sambung cuti dari 31 dec -3 Jan 2008...hmmm. Heheheh sebenarnya cuti ada sikit jer laa lagi dlm seminggu tapi bila pulak nak mula cuti ....satu masalah juga tu ..maklumlah kena jugak bergilir-gilir dengan anak-anak buah di tempat kerja ni. Lagi pulak, kena tunggu si Iqa dengan mak dia datang ke rumah kak long ..baru best cuti ramai2 ni. Dengar Nasyirat kata, abah dengan mama dia nak bawak dia dgn adik2 ke Cameron Highland..hmmm tapi abah dia tak cakap pun lagik..eheheh kalau di ajak mahu jer kak long ikut sama ..ahaks. Kalau tak di ajak...kak long kena plan cuti2 sendirian berhad laa. Hmm kemana agaknyer dan bila laa nak cuti ni ? hmmm sam

Belum siap

Image
Perubahan atau ubah suai yang kak long pernah ceritakan beberapa minggu lepas masih belum siap sepenuhnya..sabar jer laa. Salah satu dari perkara yang di fokus untuk menceriakan hati ialah projek ini. Kadang2 bila fikir lambat sangat siapnya jadi risau juga ...ehehhehe. Kerja-kerja memasang jubin di porch telah siap cuma tinggal dinding pagar di bahagian hadapan ( sebelah kanan atas gambar) yang belum siap. Pagar pun cadangnya nak ditukar..huhuhu ada sesapa nak bagi idea nak tukar pagar bentuk yang macam mana ...tapi yg kak long mampu laa ek...ehehhe . sebahagian dari siling di bahagian dapur tambahan yang masih belum siap sepenuhnya. Bahagian sinki dan dapur masak yang pada ketika entri ini ditulis telah siap di pasang jubin sepenuhnya cuma kabinet belum tempah..huhuhu..warna apa nak di tempah ni ek..ehehe rumah dah tema warna cream /coklat. Tingkap akan dipasang pada hari ini. Sebahagian dinding dapur yang telah siap di pasang jubin dan ketika kak long menulis entri ini, jubin lanta

Layanzzz

Terkenang lagi masa dulu menonton filem hindi Yaadon Ki Barat di panggung rex di Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dengan Arwah Abah dan Mak. Filem ini dihasilkan dalam tahun 1973. Kisah 3 beradik yang terpisah semasa kecil dan lagu ini telah menyatukan mereka kerana setelah masing-masing dewasa mereka saling tidak mengenali. Ada yang menjadi penjenayah dan ada yang menjadi penyanyi. Adik beradik..walau bergaduh macam mana pun akan tetap kembali bersama bak kata pepatah air dicincang tak akan putus.

Orang kata...

Image
Bimbang Risau Gundah Sentiasa menjadi igauan Orang kata jangan fikir Tapi tidak semudah itu Orang kata tidak semua berfikir begitu Tidak semua tapi tetap ada yang begitu Orang kata tidak elok berfikir begitu Mudarat diri kemudian hari Orang kata jangan bimbang Orang kata jangan gundah Orang kata mereka faham Akur aku dengan kata-kata itu Masih ada sinar itu walau dibayangi awan kelabu Masih ada harapan ..masih ada yang mengerti Aku masih mampu tersenyum Terima kasih kepada yang berkata-kata

Sepi itu Indah

Image
Adakala Sepi itu indah Ada masa Diam itu lebih baik Adakala Aku perlu diam Ada masa Kejauhan itu damai Adakala Aku perlu menyepi dari kejauhan itu...

4 dalam 1..Kalian tetap di hati..

Image
19 November 2007 Alfatihah untuk arwah Abah kak long yang telah meninggalkan kami genap 24 tahun hari ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Cucu abah Nasyirat bertanya "Opah, Atuk mati sakit apa"? ketika kami menziarahi pusara abah di hari raya lepas. Mak jawab " sakit jantung, sebab tu jgn hisap rokok okey". 29 October 2007 Genap setahun umur Muhammad Nu'aim. Sorry baby..mak long masukkan sekali ucapan ini dgn kakak Iqa dan Abang Nasyirat Nu'man yer. Jangan nakal2 sangat, kesian Opah terkejar2 nak jaga Aim. 14 November 2007 Genap 16 tahun umur Norsyafiqa. Semoga dipanjangkan umur dan berjaya di dalam SPM tahun 2008, InsyaAllah. 18 November 2007 Genap 9 tahun umur Nayirat Nu'man. Be a good boy and jangan nakal-nakal. Dengar cakap mak long, Opah, abah dan mama okey.

Things Men Hate About Women

Image
Huhuhu dah ada idea nak menulis semula. Alhamdulillah. Senarai ini kak long petik dari satu artikel di dalam yellow post yang diterbitkan oleh TM Info-media Sdn Bhd. Setujukah anda dengan apa yang diperkatakan di bawah ini? baca dan komen yer. Harap maklum, senarai ini bukan idea dari kak long tetapi hasil kompilasi oleh penulis tersebut dan kak long paparkan di sini untuk di kongsi bersama. 1. Needing to discuss the relationship all the time. Can't women just go with the flow? - hmmm...not me . No..no 2. Shopping! Don't go into 10 different shops just to get the cheapest version of what you want! -Tak sampai 10 kedai pun...kadang terus beli jer ...ahahahah. Malas nak jalan. 3. Spending hours in front of the mirror, and yet nothing is perfect! - Iskk .iskkk tak de ler kak long nak buat gitu eh. 4. Fashion follower-sometimes the fashion trend doesn't suit her, but you can't talk her out of it! -Komen sentiasa di dengar..ikut tk ikut lain citer ek!! 5. Eagle-eyed. Wom

Tak Tahu..

Image
Tak tahulah ek..apalah sebabnya hari ini tak ada idea nak menulis kat sini. Terasa ada perkara yang nak diluahkan tetapi tak dapat nak fokus..huhuhu macam tak best jer lah bila ada perasaan yang sebegini...ni nak jadi kes Mad_Redo1 ke ni ..kena virus tak de mood nak update entri. Aduhai ...macam ada road block pulak kat minda ni ..ehehehe sabo jer la.

Tentang Waktu

Image
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Entah Mengapa...

Image
..hati ini menjadi sayu dan sedih sejak menerima berita pemergian ibu saudara Hairie , rakan blogger kak long. Kak Long di kampung apabila terbaca mesej yang ditinggalkan oleh Uncle J di shoutbox. Sebelum itu airmata kak long telah mengalir apabila berbicara dengan Hairie di YM dan membaca kisah Hairie di hospital bersama-sama ibu saudaranya. Kak Long terfikir apakah ada orang yang akan menjaga kak long sekiranya ditakdirkan kak long menderita sakit seperti yang di alami oleh ibu saudara Hairie. Ibu saudara Hairie tidak mempunyai keluarga sendiri , tidak ada anak dan tidak ada suami. Jika ditakdirkan kak long juga berseorangan sehingga ke akhir hayat, adakah anak-anak saudara mahupun saudara mara yang lain sudi menjaga kak long .... Kesedihan ini membuatkan airmata ini mengalir deras ketika kak long menaip entri ini. Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara Hairie. Minggu hadapan genap 24 tahun Abah kak long meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya...sayu hati ini bertambah-tambah l

Kita adalah kita..

Image
Pernah satu ketika kak long merasa sedikit terkilan apabila tidak ada tetamu yang singgah ke blog kak long. Ada pendapat yang mengatakan kalau dah terlalu lama tak update, mesti orang tak nak singgah lagi. Mungkin betul juga kenyataan itukan? Tetapi kak long sekarang ni dah tak kisah. Kalau ada orang nak singgah, alhamdulillah. Kalau ada yang tidak peduli apabila kita singgah ke blog mereka, itu hak mereka dan kak long tidak akan menganggu mereka lagi. Mungkin pada mereka ada di kalangan blogger ini adalah bukan dari golongan mereka yang canggih manggih kut...ehehhehe biarkanlah mereka dengan dunia mereka. Apabila ada rakan blog yang menyebut nama rakan blog yang telah mereka kenali dan menyebut tentang sipolan itu dan sipolan ini, kak long pun cubalah singgah ke blog mereka dan meninggalkan jejak..tetapi sebaliknya tuan punya blog boleh membalas komen rakannya yang ditinggalkan selepas komen kak long...eheheheh komen kak long tu tak ada nilai kut..ataupun halimunan!! Sekurang-kurangny

Mengapa Di Rindu

Image
Anak punai anak merbah Terbang turun buat sarang Anak sungai pun berubah Ini pula hati orang Mengapa dikenang Asal kapas jadi benang Dari benang dibuat baju Barang lepas jangan kenang Sudah jadi orang baru Mengapa dirindu Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi Kasih yang baru simpan di hati Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi Kasih yang baru simpan di hati Selat teduh lautan tenang Banyak labuh perahu Aceh Jangan kesal jangan kenang Walau hati rasa pedih Mengapa bersedih Kalau pinang masih muda Rasanya kelat sudahlah pasti Kalau hilang kasih lama Cari lain untuk ganti Mengapa dinanti Patah 'kan tumbuh hilang berganti Akan sembuh kalau diubati Patah 'kan tumbuh hilang berganti Akan sembuh kalau diubati Sayang mengapa dirindu Uji Rashid (Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood) ****************** Setiap kali kita mengalami kekecewaan, tidak perlulah kita hilang pertimbangan sehingga ada yang mahu membunuh diri. Iskk tolonglah, itu bukan tindakan yang menggambarkan sebagai seorang yang beragam

Dah balik dah...

Image
Kak Long dah selamat sampai dari Marang, Trengganu petang semalam pada pukul 5 petang. Hari ni terasa cam jet lag pulak walaupun naik bas ...ehehhehehe. Jenuh wehh pergi sesat sikit...balik tak ada masalah. Apapun memang masa amat suntuk....especially masa utk shopping ..pendek kata shopping pun tak puas.Tak sempatpun nak jumpa blogger, sebab masing2 sibuk dengan kerja. Apapun terima kasih kepada Beib kerana sudi membalas panggilan telefon kak long. Kak Long hanya setakat sempat beli sedikit buah tangan utk mak dan anak2 sedara. Untuk diri sendiri ada ler sehelai kaftan batik...eheheh. Maaf laa yer hari ni tak ada banyak gambar, nanti bila dah ada gambar yg diterima, kak long update lagi Oh yer, terima kasih kepada semua kawan-kawan yang singgah ke sini semasa kak long berada di Kuala Trengganu. Mengantuknyer....ehehhehe.

Kisah Selepas Exam...

Image
Dulu-dulu zaman kak long sekolah rendah atau menengah memang selepas exam jer adalah masanya untuk bermain di dalam kelas. Segala jenis permainan di bawak ke dalam kelas, dam, chess, dominoes, snap, donkey, old maid dan macam-macam lagi permainan kad yang dibawa. Dah berpuluh tahun masa berlalu tetapi tidak ada perubahan dengan aktiviti selepas exam di kebanyakan sekolah. Pendapat kak longlah kenapa mesti dibuat peperiksaan akhir tahun terlalu awal sedangkan ada 1 bulan lebih lagi masa persekolahan sebelum cuti akhir tahun. Akibatnya ramailah budak-budak sekolah yang bosan dan akhirnya ponteng sekolah. Budak2 tak dapat nak beraya sangat sebab sebaik habis cuti raya, terus exam. Mana yang tidak peduli , memang raya sakan jugaklah dan last minute baru sibuk nak baca buku ( macam kak long jugaklah ni...ahaks). cikgu-cikgu kena lebih kreatif untuk mengisi masa terluang anak-anak murid selepas exam. Tetapi berlainan dengan MRSM, anak saudara kak long Iqa akan menghadapi exam akhir tahun pad