Setelah dikhabarkan oleh Ku Ina bahawasanya kak long telah di tag, maka kena jugalah bercerita bagaimana kenal dan seterusnya terjebak dalam dunia blog ini. Saya bukan seorang blogger yang aktif berblogging. Tak mampu nak ziarah semua blog setiap hari sebab tuntutan kerja dan sesekali kalau rajin hantar cerita dari rumah guna 3G....yep..saya tak ada broadband, tak ada streamyx dan dah lama tak jadi ahli tm net. Beberapa tahun yang sudah, kalau anda lihat entri pertama saya pada tahun berapa ek..eheheh saya sendiri dah lupa, saya berkenalan dengan seorang kawan siber dan dia ada blog dia sendiri. Terus terang saya katakan pada masa itu saya tak tahupun pasal blog. Kami berkawan baik dan akhinya saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang kami dan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya saya memutuskan hubungan kerana saya dapati dia tidak jujur sepenuhnya tentang siapa diri dia yang sebenarnya. Jangan cari cerita saya dan dia dalam ...
Resepi Ikan bawal Goreng Kari Bercili Untuk pengetahuan Kak Tie..Zu selalu masak tapi tak pernah nak tulis resepi ...ehehe selalu adopt and adapt resepi yg dapat kat net jer..ahaks. Ini Zu ubah2 sikit dan kira rasanya ok jugakla( ikut selera saya..ehehe). Bahan-bahan : 2 ekor ikan bawal sederhana besar 1 cawan santan pekat 2 sudu besar serbuk kari ikan 2 sudu besar cili giling --> kalau suka pedas tambah cili 4 biji bawang merah--> tumbuk lumat 2 biji bawang putih --> tumbuk lumat 1/2 inci halia --> tumbuk lumat 1 biji bawang besar ( kalau tak letak pun tak mengapa, tapi lebih cantik dan sedap kalau ada) 2 sudu air asam jawa ( kalau terasa kurang ngam..boleh di tambah) garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak masak untuk menumis. Cara-caranya:- 1. Lumur ikan dengan kunyit. Goreng ikan dengan api yang sederhana ( jangan terlalu garing) 2. Tumis bahan yang ditumbuk lumat. Setelah itu, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, dan juga cili giling. Tumiska...
Hari ini kak long sekadar mahu berkongsi cerita di bawah ini yang kak long petik dari ruangan Dicelah-celah kehidupan di surat kabar Mingguan Malaysia. Ini adalah cerita seorang wanita yang kecewa tetapi telah berbahagia dengan hidupnya sekarang. ``Katanya dia mempunyai banyak pengalaman pahit semata-mata kerana ingin memenuhi hasratnya berkahwin dan mempunyai anak seperti yang dikehendaki oleh ibunya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian. ``Kira-kira 25 tahun lalu memang sukar mencara suami setaraf, begitu juga zaman ini. Malah zaman ini lebih teruk lagi. Yang lulus U tak semestinya dapat suami yang sama-sama lulus U. Nasib baik kalau dapat lulusan diploma, jadi kalau setakat ada kerja tetap itu sudah memadailah. Begitulah dengan nasib saya. ``Setelah sekian lama mencari saya masih gagal, akhirnya bertemu seorang lelaki lulusan diploma bekerja dengan swasta. Persahabatan kami mulanya berjalan baik, tapi selepas tiga bulan saya dapat tahu dia bukanlah lulusan diploma seperti didakwa, c...
Comments
Hairie-->kadangkala kita perlu menyepikan diri utk mengembalikan semangat