Thursday, November 01, 2007

Kisah Selepas Exam...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dulu-dulu zaman kak long sekolah rendah atau menengah memang selepas exam jer adalah masanya untuk bermain di dalam kelas. Segala jenis permainan di bawak ke dalam kelas, dam, chess, dominoes, snap, donkey, old maid dan macam-macam lagi permainan kad yang dibawa.


Dah berpuluh tahun masa berlalu tetapi tidak ada perubahan dengan aktiviti selepas exam di kebanyakan sekolah. Pendapat kak longlah kenapa mesti dibuat peperiksaan akhir tahun terlalu awal sedangkan ada 1 bulan lebih lagi masa persekolahan sebelum cuti akhir tahun. Akibatnya ramailah budak-budak sekolah yang bosan dan akhirnya ponteng sekolah. Budak2 tak dapat nak beraya sangat sebab sebaik habis cuti raya, terus exam. Mana yang tidak peduli , memang raya sakan jugaklah dan last minute baru sibuk nak baca buku ( macam kak long jugaklah ni...ahaks). cikgu-cikgu kena lebih kreatif untuk mengisi masa terluang anak-anak murid selepas exam.

Tetapi berlainan dengan MRSM, anak saudara kak long Iqa akan menghadapi exam akhir tahun pada 2 minggu terakhir sebelum cuti sekolah, jadinya tidaklah banyak masa terbuang selepas exam. Habis sahaja exam, sudah bermula cuti sekolah.

Di sekolah Nasyirat dan Nabil, selepas exam, bermula latihan untuk sukan tahunan tetapi latihan hanya melibatkan 1-2 jam sahaja. Masa selebihnya bila di tanya " belajar ke tadi Nabil?". Nabil menjawab "tak ada! ". Cuma cikgu bagi balik kertas exam. Isk iskk ..dia kata malas nak pergi sekolah, asyik main ajer . Bukan ke seronok main ajer..tak payah belajar? Sebelum exam, suruh belajar malas, dah habis exam, ada banyak masa utk main2 di dalam kelas , bosan pulak...eheheheh apa-apa aje laaa.

2 comments:

sayda said...

exam in 5 more days!

cuak!

Zura@Kak Long said...

sayda-->all the best. Semoga dapat keputusan cemerlang.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin