Saturday, November 24, 2007

Belum siap

Perubahan atau ubah suai yang kak long pernah ceritakan beberapa minggu lepas masih belum siap sepenuhnya..sabar jer laa. Salah satu dari perkara yang di fokus untuk menceriakan hati ialah projek ini. Kadang2 bila fikir lambat sangat siapnya jadi risau juga ...ehehhehe.



Kerja-kerja memasang jubin di porch telah siap cuma tinggal dinding pagar di bahagian hadapan ( sebelah kanan atas gambar) yang belum siap. Pagar pun cadangnya nak ditukar..huhuhu ada sesapa nak bagi idea nak tukar pagar bentuk yang macam mana ...tapi yg kak long mampu laa ek...ehehhe .



sebahagian dari siling di bahagian dapur tambahan yang masih belum siap sepenuhnya.



Bahagian sinki dan dapur masak yang pada ketika entri ini ditulis telah siap di pasang jubin sepenuhnya cuma kabinet belum tempah..huhuhu..warna apa nak di tempah ni ek..ehehe rumah dah tema warna cream /coklat. Tingkap akan dipasang pada hari ini.



Sebahagian dinding dapur yang telah siap di pasang jubin dan ketika kak long menulis entri ini, jubin lantai telah siap di pasang. Pintu masih belum dipasang sebab susah pekerja nak keluar masuk.Gambar diambil pada minggu lepas tapi tak sempat nak update.

7 comments:

sayda said...

buat la pagar slide. x mkn space. ;)

i think so. hehe

Noushy Syah said...

Yehhh...mesti xsabar nak tunggu siapkan kak LOng....besh!

Zura@Kak Long said...

sayda-->huhuhu slide rasanya tk boleh nakbuat kat rumah tu ..anyway tq :-). Nak letak pago ada kerawang2 ler ...boleh tak? ekekeke

Zura@Kak Long said...

noushy-->itula tu mmg tak sabar nak pindahkan barang2 di dapur ke dapur baru..ehehe

UncleJ said...

zura..dicdgkan buat pagar auto..senang sikit...bg ler yg kerawang2 tu sikit...pakai wrought iron tu..mesti gempak tu...

renovate rumah ni mmg pening...selalu jer bajet lari dr yg asal..pas tu rumah berabuk kuat pulak tu..

babujie said...

salam..

hai, sya baru hari ni curi join blog ni..

insyaalah sya akan berpindah ke Tasik kesuma fasa 3D jika tiada masalah.

sya nak tumpang tanya brapa coz reno dapur tu.

brapa lepar n panjang.
kalu boleh dpt full picture dapur yg dah siap.

tq.

Zura@Kak Long said...

Babujie-->kos utk reno rumah saya belum muktamad lagi sebab ada beberapa perkara yg belum selesai. Kabinet belum ada. Kos utk tambah dapur bergantung kepada keluasan rumah..kalau fasa 3D..u nak tambah belakang tanpa pecah apa2 lebih murah tapi kalau perlu pecah dapur sedia ada atau bilik yg sedia ada..memerlukan kos yang tinggi. Budget asal mmg dah lari..gambar full akan diletak kalau dah siap sepenuhnya.InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin