Posts

Showing posts from March, 2009

Berjayakah Kempen Earth Hour?

Sabtu lepas kak long balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar. Malamnya, kak long makan malam di Teluk Intan. Sesudah solat maghrib di Masjid Teluk Intan, kak long perhati juga kalau-kalau Earth Hour Campaign iaitu mematikan penggunaan lampu selama 1 jam mendapat sambutan di Teluk Intan tetapi seperti yang telah dijangka, bandar Teluk Intan cerah. Setiap lorang jalan, kedai-kedai dan supermarket terang benderang. Kak Long kira kempen tersebut memang tidak mendapat sambutan terutama pihak-pihak yang bersandarkan kepada keuntungan terutama pemilik premis perniagaan. Malam minggu, pelanggan ramai, so kalau lampu gelap selama 1 jam, pasti keuntungan akan berkurangan untuk hari tersebut. Walaupun mereka pastinya sedikit sebanyak tahu tentang pemanasan global tapi keuntungan lebih utama. Apabila balik, banyak rumah di kawasan perumahan di mana rumah kazen kak long tinggal, bergelap. Wah...ada juga mereka yang mahu turut serta mengurangkan kesan pemanasan global ini walaupun mereka t

Meniti hari...

Kedukaan,kesukaran dan kepedihan hidup telah ditempuhi.Adakah akan ada sinar bahagia untuk dirinya? Sama-sama kita nantikan kesudahan kisah ini.

Sebelum dan selepas

Image
Audit dah habis (buat ketika ini dan pusingan ini, akan ada lagi audit mendatang). Sekarang ini kena pulak buat report. Malam tadi dah sempat menaip sebahagian jawapan yang diperolehi dari audit yang dilakukan Selasa lepas. Harap2 Dr. O tak suruh kak long buat report untuk audit dari finance department pulak. Adehhh. Huhuhu adakalanya kita akan keliru dengan realiti dan fantasi.!

Berubah Demi Kebaikan

Image
Dengan ini dinyatakan bahawa blog ini sedang diberi nafas baru kerana nafas lama telah semput. Ehehehe demi rakan-rakan yang telah memberi maklumbalas bahawasanya blog kak long ini amatlah susah untuk mengaksesnya kerana terlalu lama masa untuk 'loading", maka kak long membuat perubahan drastik hari ini. Perubahan mungkin akan berterusan kerana tak cukup lagi aksesorinya tapi buat sementara ini biarlah begini yer..simple jer. Harapnya blog ini akan mudah diakses bila kak long dah buat perubahan. Kalau masih lembab nak "loading" harap maklumkan kepada kak long yer dengan memberi komen atau tinggalkan mesej di 'shoutbox'. Terima kasih.

Selamat ulangtahun ...

Kepada diriku. Syukur kerana masih diizinkan Allah untuk berbakti kepada keluarga dan meneruskan kehidupan dimukabumi ini. Sayu pulak rasanya bila ucap selamat pada diri sendiri .

Cakap lama-lama...

Image
...huhuhu Monday ni dapat hadiah free call dari maxis...celcom lagi baik hati bagi seminggu tapi limited numbers!! hadiah sempena kita jadi semakin tua...eheheh. Anyway, kita ni tak ada teman nak cakap panjang2, dulu2 selalu ler "gayut" ekekek tapi dah lama tak buat keje tu ..sekarang ni mobile phone mana ada tali..so "gayut " dah tak releven...ahaks. Kalau ada pun nanti kol Iqa kat kampung..bior Nu'aim, Nabil, Nasyirat dan Dini cakap lelama dengan Iqa. Hmm Monday off day..so lepak chill kat rumah jer laa ataupun pergi shopping? ihiks ( macam manyak duit nak gi shopping). Hmmm rasa-rasanyer apa yang akan terjadi ialah kita lepak buat keje ofis kat rumah. Alahai...

Internal and External Audit

...but before the external audit team coming over to do the institutional Audit interview, we need to audit ourselves! Well...I hope I can answer all the questions. Insya Allah. The on going tasks to manage this department are more than enough. Plus the external audit that will be coming soon, seriously I'm scared and helpless. Some of the deficiencies in the department are beyond my control. How I am going to answer the queries from the panelist? Should I tell the truth? After all these years, finding excuses for all the things that are not according to their policies and I could not do anything to rectify the issues is quite difficult. Whether we like it or not, the tension and pressure is definitely increasing in all the departments and faculties.

Yeay...Lulus Ujian Memandu

Image
Semalam 17 mac 2009, Iqa , anak saudara kak long yang berada di kampung lulus ujian memandu kereta. Alhamdulillah dan tahniah buat Iqa. Minggu lepas dia kantoi ujian menunggang motosikal...ihiks...tergelincir tayar belakang semasa nak menuruni titian. Hehehe tak pasal2 kena mengulang ujian sekali lagi. Tak mengapa..cuba lagi minggu depan. All the best!! Bercakap pasal ujian memandu, kak long teringat masa kak long ambik ujian memandu kira-kira 10 atau 11 tahun yang lepas( tak ingat tarikh sebenar). Kak Long belajar memandu sehari sejam sebelum pergi kerja pada hari bekerja dan di hujung minggu kira-kira 2 jam sehari. So dalam masa kira2 2 bulan dah terus masuk ujian. Kak long memang tak ada basic langsung...totally zero dalam bab memandu ni..ahahaha. Tawakal dan kuatkan semangat untuk lulus sebab dah tak larat nak berulang alik ke Shah Alam untuk menghadiri kelas ( masa tu beban kerja tak berat sangat dan bosan di rumah sensorang so sambung buat sarjana). Dari terketar2 tangan dan kaki

Rindu dah..

Huhuhu anak2 sedara belum sampai Armsterdam,ntah baru berlepas gamaknyer tapi kita dah rasa rindu kat budak2 tu. Uwaa tak dpt ikut ! Ehehe perasan angan2 nak pergi Europe. Tadi masa budak2 singgah tapi dlm kereta aje si Nu'aim siap flying kiss.Nabil,syirat & Dini babai sampai kereta dah jauh masih jerit bye mak long! Bye Opah. Huhuhu apapun semoga mereka dan abah dan mama mrk selamat sampai dan selamat kembali ke Malaysia.

kisah aku dan dia

Marahnya akak!dah penat menekan keypad enpon ni boleh plak server not available!uwaa nyampah!ehehe.ApapunTahniak buat Iqa yg bjaya dpt keputusan yg agak cemerlang!tak ngapa walau x dpt 9A tp dpt A1 for maths yg mak long suka sbb mak long mmg x ambik add maths dulu ekeke!Insyaallah ada rezeki adalah nanti dpt sambung study di IPTA yer.Usaha & berdoa moga berjaya.Tekak makin perit..aduhai!

Nota kreatif

Image
Dear all Pls read the below email from one of my colleagues. Kelakar tetapi mesejnya serius. Seolah2 macam ulasan artikel dalam majalah hiasan dalaman. Hahaha...thanks so much Dee, terima kasih ler, harap2 yang lain pun teruskan initiatif yang sama dengan Dee ... all the best for your exam yer. GOOD LUCK. Akak dah sakit tekak dan demam ni pun tergelak bila baca nota dari Dee ni. Sama-samalah kita bekerjasama untuk kebaikan, kesenangan dan kecemerlangan . Assalamualaikum, Just nak inform, yang semua kerusi dan meja baru, telah dikoordinasikan oleh Dee, dengan susunan altitut dan mengnitud yang sempurna. Dee juga telah menyusun kembali, kerusi2 lama, dengan gabungan warna yang sedondon pada setiap meja. Bermula dari kanan sebelah tangga yang menghala ke komputer lab, kerusi berwarna biru telah mengambil tempat, diteruskan lagi dengan warna coklat terus ke belakang. Meja bulat mencuri tumpuan dengan kerusi yang berwarna merah, 4 kerusi untuk satu meja bulat, kemudian yang selebihnya adala
Pagi ini kami menerima panggilan dari kampung.Ingatkan panggilan menjemput pergi kenduri tetapi sebaliknya berita kematian.Seorang rakan di zaman kanak2 dahulu telah menyahut panggilan Ilahi malam semalam.Dia lebih muda dari kak long tetapi apalah yg ada dgn usia.Apabila sudah sampai masanya,Allah akan menjemput kita pergi. Semoga Nan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.Amin

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul buat semua umat Islam.Semoga kita akan menjadi ummah yang terbaik.

Kau Pergi Jua

Image
Huhuhu tajuk gempak, macam tajuk lagu dan macam ada yang meninggalkan alam ini! Sebenarnya bukan begitu ceritanya. Memang kak long rasa sedih cuma tak menangis jer tapi semalam dah ada bibit2 airmata tapi cepat-cepat tahan. Semalam ingatkan nak bincang pasal hal kerja dengan bos, tapi sebaliknya dia bagi cerita tergempar iaitu dia dah berhenti kerja. What?? resigned? aduhhhh bos akak yang baik hati ini berhenti kerja ? macam tak percaya tapi dengan sebab2 yang diberikannya, akak akur dan percaya. Alasan2 mengapa dia berhenti juga pernah timbul dibenak hamba Allah yang serba kekurangan ini terutama akhir-akhir ini. Nasihat yang diberikannya, " Hang on Zu, do your best". Dia tak bagi akak ikut jejak dia sebab dia kata akak dah terlalu lama di sini untuk meninggalkannya. Hari ini hari terakhir dia di sini. Your guidance, support and advices are much appreciated. Boss, best wishes and good luck to you.

Keranamu...

Image
...kereta!! Kak Long terpaksa EL semalam sebab nak perbetulkan sakit2 yang kereta hadapi dan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali itu dijalankan sekali lah semalam sebab dah alang2 penyeluk pekasam...ehehehe. Ingatkan sikit ajer lenguh2 sendi "dia" jadi tak plan nak cuti, kejap jer siapnyer kut tapi ada pulak sakit lain yang timbul bila di scan. Jadinyer ambik masa yang panjang pulaklah nak baikkan dia. Huhuhu kalau " dia" dah merajuk..payah teman nak ke sana sini.

Cepatnya...

...masa berlalu! tak terkejar dibuatnya.Isk!dah masuk bulan Mac dah?huhuhu sekarang ni kerja pun kena bawak balik nampak gayanyer. Aduhai penin!