Berjayakah Kempen Earth Hour?

Sabtu lepas kak long balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar. Malamnya, kak long makan malam di Teluk Intan. Sesudah solat maghrib di Masjid Teluk Intan, kak long perhati juga kalau-kalau Earth Hour Campaign iaitu mematikan penggunaan lampu selama 1 jam mendapat sambutan di Teluk Intan tetapi seperti yang telah dijangka, bandar Teluk Intan cerah. Setiap lorang jalan, kedai-kedai dan supermarket terang benderang. Kak Long kira kempen tersebut memang tidak mendapat sambutan terutama pihak-pihak yang bersandarkan kepada keuntungan terutama pemilik premis perniagaan. Malam minggu, pelanggan ramai, so kalau lampu gelap selama 1 jam, pasti keuntungan akan berkurangan untuk hari tersebut. Walaupun mereka pastinya sedikit sebanyak tahu tentang pemanasan global tapi keuntungan lebih utama.

Apabila balik, banyak rumah di kawasan perumahan di mana rumah kazen kak long tinggal, bergelap. Wah...ada juga mereka yang mahu turut serta mengurangkan kesan pemanasan global ini walaupun mereka tinggal dikampung tetapi dengan adanya media cetak dan elektronik yang mengwar-warkan kempen ini, mereka turut serta.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah