Nota kreatif


Dear all

Pls read the below email from one of my colleagues. Kelakar tetapi mesejnya serius. Seolah2 macam ulasan artikel dalam majalah hiasan dalaman. Hahaha...thanks so much Dee, terima kasih ler, harap2 yang lain pun teruskan initiatif yang sama dengan Dee ... all the best for your exam yer. GOOD LUCK.


Akak dah sakit tekak dan demam ni pun tergelak bila baca nota dari Dee ni. Sama-samalah kita bekerjasama untuk kebaikan, kesenangan dan kecemerlangan.


Assalamualaikum,

Just nak inform, yang semua kerusi dan meja baru, telah dikoordinasikan oleh Dee, dengan susunan altitut dan mengnitud yang sempurna. Dee juga telah menyusun kembali, kerusi2 lama, dengan gabungan warna yang sedondon pada setiap meja. Bermula dari kanan sebelah tangga yang menghala ke komputer lab, kerusi berwarna biru telah mengambil tempat, diteruskan lagi dengan warna coklat terus ke belakang. Meja bulat mencuri tumpuan dengan kerusi yang berwarna merah, 4 kerusi untuk satu meja bulat, kemudian yang selebihnya adalah berwarna hitam dan coklat. Untuk meja single trang tang tang, kerusi berwarna hitam adalah yang paling sesuai dan praktikal sekali. Untuk meja baru, telah dihiasi dengan kerusi baldu merah dan kerusi pvc warna kuning. untuk setiap meja itu, telah dipadankan degan 4 buah kerusi sahaja. Untuk tingkat bawah pula, Dee telah telah memberi sentuhan baru dengan kerusi yang sama warna. Di meja terminal, Dee telah menyusun atur dengan kerusi berwarna hitam, memang ngam ngam sui, 4 buah. Kemudian meja yang menghadap dinding juga telah diberi sentuhan warna yang sama, iaitu warna hitam. Manakala, yang selebihnya adalah berwarna biru. Oleh kerana warna yang tidak mencukupi, maka 2 buah meja telah dihiasi dengan warna coklat.Di dalam bilik pula, Dee telah memberi nafas baru dengan kerusi yang sedondon warnanya, iaitu warna coklat sahaja. Di luar library pula , telah ku tambah kerusinya. Untuk kemudahan anak2 untuk belajar. Hampir terlupa, satu pekara lagi,di tingkat atas, telah Dee tarik kehadapan sedikit meja besar yang berwarna coklat itu, untuk memberi ruang yang sempurna untuk meja2 baru mengambil tempat. Rasa2nya macam dekat secret receipt jer kerusi baru tu, warkah..kah..kah...Well, itu sajalah pesanan perunding hiasan dalaman rasanya. Oleh yang demikian, apabila kita beramai-ramai mengemas kembali kerusi dan meja itu, dapatlah kiranya kite beramai-ramai MENGEKALKAN kembali keharmonian kerusi dan meja itu, agar penat lelah ku berbaloi, memandangkan segala kederat dan keringat ku, serta peluh jantanku jatuh ke lantai satu persatu, TERBALAS. Sesungguhnya ku mengharap, kerjasama dari anda semua untuk merialisasikan impian ku agar library akan sentiasa bersih dan sedap mata memandang.( sebenornya kepala ku dah berserabut untuk menghadapai exam ni, itu pasal ku memerlukan suasana yang bersih lagi cantik untuk menenangkan kepala ku ini, he...he....jangan mare yer...).

Sekian sahaja warkah ku yang panjang lebor ini.
majulah sukan untuk negara.

note: jika ada sebarang persoalan bolehlah anda bersiaran langsung dengan Dee.

Comments

Abang Long said…
Sedap mata memandang, tenang fikiran.

Kak Long sihat ?
Juezura said…
Abang Long-> kak long tak berapa sihat. Sakit tekak, selsema sikit.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah