Posts

Showing posts with the label Hari Ibu

Mak...Duniaku.

Image
Dalam masa 2 bulan ini, sudah 4 kali mak diserang gout. Walaupun cuba mengelak dari mengambil makanan yang dipantangkan tetapi masih juga terkena. Tak sangka pulak makanan yg kita rasa tak guna bahan atau rencah yang memudaratkan tapi akhirnya terkena juga. So, kami masih belajar untuk mengenali jenis2 makanan yg memang pantang selain dari kekacang dan sayur2 jenis kobis dan juga ikan2 yg byk protin. Sudah beberapa kali terpaksa ambil cuti mengejut.. EL sebab nak bawak mak pergi klinik dan juga jaga mak . Bila kena tu memang tak boleh nak menapak pun..terpaksa tolong papah nak ke bilik air ...solat mmg dah kena duduk kat atas kerusi. Hebat dugaan yang Allah berikan tetapi alhamdulillah, dapat kami atasi. Luluh hati bila melihat mak yg sentiasa cergas menjadi lemah dan tidak berdaya. Sekurang2nya 2-3 hari jugalah mak tak lalu makan bila makan ubat penahan sakit ... Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mak..semoga mak sembuh seperti sediakala dan kuatkanlah semangat...

Bertuahnya seorang ibu

Satu peristiwa ketika menanti masuk waktu solat maghrib di masjidil haram kira2 3 minggu yg lepas masih melekat di kotak fikiran ini. Tiba2 ada seorang kakak atau mungkin berpangkat adik mengelap muka ibu atau mungkin ibu mertuanya. Rupanya hidung makcik tu berdarah. Cara wanita itu memegang kepala ibu nya dan mengelap darah yang mengalir kak long lihat penuh dgn kasih sayang. Lembut sgt2. Lap dengan tuala dan air mineral yg dibawa. Cucu makcik tu pun ada sekali ...alahaii syahdu sungguh ketika itu. Sebak hati...kalaulah terjadi kepada diri ini..adakah diri ini mampu bertenang seperti wanita itu. Tak semena-mena air mata kak long pulak yang mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan2 ketika menunaikan solat maghrib. Ibu tadi meneruskan solatnya dgn hanya duduk di sebelah anak @ menantu perempuan dan cucunya. Terharu..semoga kita semua akan prihatin kepada ibu kita seperti wanita di dalam cerita kak long ini. Bertuah makcik tu dapat anak@ menantu perempuan yang mengambil berat kebajikannya.

Ratu Hatiku II

Image
Masa sekolah dari darjah 1 sampai ler tingkatan 3, mak setia membesarkan kak long dengan adik bersama-sama Abah. Tetapi dari tingkatan 4 sehinggalah tingkatan 6, mak bersusah payah sendirian memberi kami dua beradik makan dan pakai kerana Abah meninggal semasa kak long tunggu result SRP ( sekarang PMR). Masa tingkatan 6, rambut panjang, jadinyer maklah yang tolong sanggulkan rambut..ehehe manja gilerkan!! bukannyer apa..kak long tak pandai nak buat sanggul sendiri...ihiks. Bila dah masuk ITM, mak sorang2 kat rumah sebab adik masa tu dah masuk sekolah asrama. Kesian mak! tapi apa nak buat..kami sambung pengajian untuk masa depan kami bersama. Mujurlah dapat pinjaman JPA dan dapatlah tampung perbelanjaan kak long di ITM. Bila kak long dah kerja, kak long dapatlah membantu pengajian adik di Universiti. Alhamdulillah, sekarang mak masih setia bersama kami berdua beradik dan cucu-cucu mak. Kami sayang mak walaupun kami tak cakap direct kat mak. Kami percaya mak tahu kami sayang mak sehingga...

Ratu Hatiku I

Image
Lokasi foto : sebuah kedai gambar di Pekan Selekoh, Perak di awal 1970 Maaf ek...saper yang dah pernah tengok..sila abaikan..ehehehe Hari Ibu jatuh pada 10 May, tapi pada kak long, setiap hari , adalah hari ibu. Kalau kita nak mengenang jasa ibu, tak perlu tunggu Hari Ibu. Bila-bila masa kita perlu menghormati ibu, mak , mami, mama atau ummi kita. Pengorbanan mak tidak mungkin terbalas. Semasa mengandungkan kak long,mak bersusah payah memasak, membasuh kain dan menguruskan keperluan harian walaupun mengalami alahan di awal mengandung. Masa tu duduk kat rumah sewa bersama2 arwah Abah. Mak tak tinggal di rumah Mbah( nenek dalam bahasa Jawa). Kak Long sebagai anak sulung, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Pernah pada zaman darurat 1969, ada perintah berkurung dikenakan tetapi di kampung ketika itu tidak terasa sangat semangat perkauman itu. Mak memberanikan diri mengendong kak long yang berusia kira2 setahun ketika itu membonceng motosikal untuk balik ke rumah sewa yang terleta...

Nota buat Mak

Image
Mak ... Ju tak pandai nak mengeluarkan kata-kata indah buat mak. Walaupun Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad ini tetapi bagi Ju, hari-hari yang dilalui adalah hari Ibu. Mak adalah segalanya buat Ju. Walaupun Ju pernah memberontak mengikut kata hati tetapi mak juga menjadi penyelamat Ju. Dulu masa Ju tinggal berseorangan di kota raya ini, mak pula jauh di kampung tetapi Mak tetap memerhatikan Ju...Ju tahu mak. Mak mesti tanya kat akak yang duduk kat sebelah rumah sewa Ju bila mak datang menziarah Ju. Itu tanda mak prihatin. Dulu, masa abah tinggalkan kita buat selamanya, Mak masih muda. Mak menjadi balu yang tidak mempunyai sebarang kerja untuk menyara Ju dan adik. Duit simpanan Abah tak sebanyak mana , tetapi mak tak gunakan . Mak sanggup bekerja mengangkut koko di estet yang berdekatan. Masa itu Ju tak tahu macam mana besarnya pengorbanan mak. Hanya setelah mengikut mak ke estet, Ju merasa betapa mak yang selama ini hidup senang dengan adanya Abah di samping terpaksa bekerja keras ...