Mak...Duniaku.

Dalam masa 2 bulan ini, sudah 4 kali mak diserang gout. Walaupun cuba mengelak dari mengambil makanan yang dipantangkan tetapi masih juga terkena. Tak sangka pulak makanan yg kita rasa tak guna bahan atau rencah yang memudaratkan tapi akhirnya terkena juga. So, kami masih belajar untuk mengenali jenis2 makanan yg memang pantang selain dari kekacang dan sayur2 jenis kobis dan juga ikan2 yg byk protin.



Sudah beberapa kali terpaksa ambil cuti mengejut.. EL sebab nak bawak mak pergi klinik dan juga jaga mak . Bila kena tu memang tak boleh nak menapak pun..terpaksa tolong papah nak ke bilik air ...solat mmg dah kena duduk kat atas kerusi. Hebat dugaan yang Allah berikan tetapi alhamdulillah, dapat kami atasi.

Luluh hati bila melihat mak yg sentiasa cergas menjadi lemah dan tidak berdaya. Sekurang2nya 2-3 hari jugalah mak tak lalu makan bila makan ubat penahan sakit ...

Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mak..semoga mak sembuh seperti sediakala dan kuatkanlah semangat mak untuk pulih. Berikanlah diri ini kekuatan untuk berada disisi mak bilamana mak memerlukan dan Engkau berilah kesabaran kepadaku untuk aku menangani segala perkara yang mendatang. Amin.


Selamat hari Ibu untuk semua ibu diluar sana. Pada saya, hari2 adalah hari ibu kerana bukan hanya hari ibu, kita ingat pada ibu dan memberi segala penghargaan buat mereka. Berilah penghargaan kepada ibu tanpa mengira waktu dan walau di mana kita berada.
Doa ibu itu makbul dan janganlah kita sakiti hati ibu walau sekelumitpun. InsyaAllah, ibu kita akan sentiasa menyayangi kita dan mendoakan kesejahteraan kita, oleh itu kita juga mesti mendoakan yang terbaik buat ibu kita.

Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah