Posts

Showing posts from October, 2009

Sesak

Nak bernafaspun payah. Hidung teman sumbat. Semalam virus selsema menyerang..Memula sakit tekak dah mlm terus pening dan bersin2. Bernafas ikut mulut la jawabnya bila dah hidung sumbat ehehe. Demam tak demam teman ni! Dedor jer badan ni.

Luaran

Image
2 minggu lepas 1 bulan yang lalu 2 bulan lepas

Sibuk sesangat...

Minggu perpindahan...sejak hari minggu lepas, dah sibuk pindahkan sofa dan compactus ke tingkat bawah yang telah hampir sempurna proses ubahsuainya. Sibuk sesungguhnya memang sibuk, tiada yang tidak sibuk melainkan sibuk belaka. Huhuhu training untuk cataloging pulak ada hari ini dan esok last... Foto2 lain kali update.

Bengang sekejap

Alhamdulillah...sebahagian dari tugas2 yang perlu mendapat dan memberi penjelasan telah diselesaikan. Ada terasa kelegaan dihati walaupun hari ini aku telah meninggikan suara dan memberi pendapatku kepada orang yang bertanggungjawab dgn urusan pengubahsuaian. Memang tak sedar suara dah tinggi dan guna perkataan yang agak kasar kerana terlalu geram. Tak ingat apa ayat yang keluar . Natijahnya dia mendengar penjelasanku dan "reasonable" dgn aku. Ada ke patut dia kata tak ada bilik kerja /bilik teknikal untuk staff library..itu yg menggelegak rasa hati tu...ingat buku2 dan item lain tu tak perlu dikatalog dan dilabel dsbnya? ada ke kata self check dikaitkan dgn pemprosesan. Mana tak naik hangin. Harap2 tak timbul lagi isu bilik kerja.

Sukar

Kadang-kadang susah sangat nak fokus. Kenapa yer? Sudah beberapa hari fikiran kadang2 melayang entah ke mana ketika memandu. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sokongan dan pengertian dari semua amat diperlukan. Kadangkala sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, dan sukar juga memohon bantuan. Ego? malu? keliru? entahlah...

Gangguan

Image
....bukan gangguan makhluk halus atau sexual harassment ..ehehehe tapi gangguan bekalan elektrik. Dijadualkan dikebanyakan kawasan sekitar Cheras ini akan terputus bekalan elektrik dari 8 pagi hingga ke 7.30 malam. Buat ketika ini, bekalan elektrik masih ada, ikut jadual, pukul 8 pagi, baru TNB akan putuskan bekalan. Aduhai..mesti macam duduk dalam sauna. Harap2 ada announcement tutup half day ler hari ni hendaknya..ihiks..kalau tidak jenuhla cuba buat keje2 yang tak perlu guna pc dan dalam kesamaran..ihiks.

Site maintenance ke atau kena block?

Image
Huhuhu sesekali nak jengah FB ..tetiba dapat mesej sebegini pulak...ehehe ke kita yg salah sebab salah password? ni pasal "aktif " sangat ( baca tak aktif)..ahaks. Dari semalam site maintenance nyer...ke akaun kena block? ahahah ada sesapa yg pernah ada pengalaman sebegini? Sementara menunggu trainer datang, dan sambil2 download rujukan pasal strategic planning, kita update ler kejap blog nanti ni..kut nanti bersawang, rumput rampai dah selubung bumbung rumah ni..langsung kekawan tak kenal dan tak ingat..ihiks.

Tak kuasanyer

..nak buat homework(kerja) yg presiden suruh semua senat member sediakan huhuhu. Malasnyer nak bukak buku rujukan dan bahan rujukan yg dah dibawak balik. Nak buat kat opis memang tk sempat minggu dpn pasal ada training eheks. Otak tk boleh nk tune,letih seyyh!

Kecamuk

What if ... What if... What if... Complicated? Sort of... Messy? Not really... What you should do? What if... My instincts telling me... So many possibilities.. What if... Bila nak habis " what if ..." adehlaaaaa.

Perlukah rumah terbuka

Akak dah buat open house? akak dah lama tak buat open house dik. Jemputan open house pun tak ada tahun ni..ehehehe. Selalu akak cakap, kalau ada niat nak ziarah rumah akak, telefon atau bagitahu jer, InsyaAllah kalau akak ada dirumah, silalah datang. Perlukah ada rumah terbuka, baru kita nak ziarah rumah saudara mara atau kawan-kawan kita? Kalau ada masa, kewangan mengizinkan untuk kita "travel" dan niat untuk bertemu dan mengerat silaturahim, tak perlu kut ada jemputan baru nak pergi. Ini hanya pendapat akak untuk orang perseoranganlah. Kalau orang2 penting, YB2,VVIP, VIP, tauke2 business yang nak meraikan rakan2 serta menunjukkan skil "corporate social responsibility " mereka, wajiblah mereka adakan rumah terbuka dan tak semestinya raya baru nak buat terbuka kut..bila2 masa pun boleh..ihiks.

Training Weeks

Minggu ini and minggu depan ada latihan untuk modul2 system yang baru. Yang membuatkan sedikit pening untuk mengatur jadual siapa yang perlu hadir modul latihan yang mana dan siapa yang perlu bertugas dikaunter. Tambahan pulak Dee masih cuti sakit selepas kemalangan minggu lepas and 2 orang lagi akan menghadiri konvo UiTM minggu depan. Kiranya kami akan mengalami masalah kurang staff dan kerana itu, hanya kak long dan Hana akan hadir untuk latihan sebagai "administrator" and harap2 Dee akan kembali minggu hadapan untuk turut serta dalam latihan. Esok ada meeting di HUKM dan kak long tak pasti sama ada boleh "lari" dari sessi latihan sebelah petang. Kalau tidak, kak long hantar wakil sajalah. Apa yang pasti, jadual latihan yang ditunda dari minggu lepas telah menyebabkan jadual minggu ini termasuklah mesyuarat dan perjumpaan dengan staff dari bahagian audit telah sedikit terganggu. Minggu lepas tak sibuk sangat dengan aktiviti meeting dan audit sebagainya tetapi lati

Dee : Semoga Cepat Sembuh

Pagi semalam kami dapat berita Dee, sorang rakan di sini telah kemalangan. Motosikal dia dilanggar oleh sebuah kereta dan ketika dia menelefon, dia berada di Pandan Indah Medical Center. Ya Allah baru jer bulan lepas dia kemalangan dgn teksi. Kak Long terus menelefon 2 rakan sepejabat yang belum masuk kerja, Alan dan Amir untuk ke sana dan melihat dan memberi bantuan kepada Dee. Mujurlah Abang Dee yang bertugas sebagai guru juga telah sampai dan memberi bantuan dgn melihat motosikal yang dihantar ke bengkel dan juga di hospital. Ketika kak long menelefon, alhamdulillah Dee masih mampu bercakap walaupun agak payah, mungkin kerana kecederaan dan trauma yang dihadapi. Apabila Amir dan Alan masuk kerja, mereka kata muka Dee bengkak dan ada luka2 sekitar muka dan badan dan dihantar balik ke rumah oleh pemandu yang melanggarnya. Semoga Dee segera pulih seperti sediakala dan berehatlah yer, take care. p/s: Semoga kita akan lebih berhati2 di jalanraya, sentiasa awas dengan keadaan lalulintas

Beraya lagi

Image
Dah 2 minggu lebih raya...keluarkan lagi gambar2 pergi beraya di kampung, Klang dan Seremban. Juga gambar2 saudara mara datang beraya ke rumah di kampung. Beraya di rumah mak cik di Bukit Mika, Seremban Dah dapat duit raya ... Bersantai sambil makan kuih raya sebelum di jamu makan tengahari Beraya di rumah mak cik sebelah arwah Abah di Seremban Beraya di rumah makcik yang sulung sebelah Abah di Sendayan Tengok Nu'aim duduk kat tengah2 mara...ehehehe Famili besar kazen kak long Hana dan adik beradik serta ipar dan anak2 saudara Sepupu mak dan famili sedang menjamu hidangan Beraya di rumah kenalan famili Pakcik Saleh dan mak cik Yam. Dah lama kenal sejak dari semasa kami masih tinggal di kuarters JKR sebelum abah meninggal Beraya di rumah kazen kepada Abang Din, menziarah Mak Ngahnya Mak dan Iqa Di rumah kakak Ipar mak, Wak Niah Menjamu selera di rumah kakak mak..Wak Siti Di rumah Nyang Chu
Image
3 tahunlah...budak nu'aim tak nak balik dan nak tidur dgn Opah. Bijak main game dan tak tidur walau dah pukul 11

Masalahnya...

Saya tak kisah orang nak update blog ke apa ke kat ofis tapi seimbangkan kerja dan tingkatkan prestasi bukan ditakuk lama dan tak ada kemajuan. Saya guna internet diofis dan saya update blog malam ni bukan di pejabat tp dirumah dan sy blogging bukan setiap hari. Yg saya marah sebab kerja tak jalan apa yang dibuat apabila tak ada org awasi? Saya bukan perfect tapi sy tahu batas dan sy yg akan menjawab apabila ada yang komplen tentang anda bukan org lain. Sy marah diri sendiri. Saya sedaya upaya mencari jalan dan cuba mengelakkan kontrovesi antara mereka.kadang2 saya yg tersepit sebab tak nak huru hara dan ada masa bila sy tak nak bising sy buat sendiri. Saya yg salah ...