Posts

Showing posts with the label Apa maknanya mimpi

Mengimbau Nostalgia

Image
Semalam kak long tak sihat, sambil duduk di sofa kak long bukak album..bukan album lagu tapi album gambar. Terlihatlah wajah Abah yang dirindui yang telah lama pergi. Dulu Abahlah yang sibuk semasa bulan Ramadan dan sibuk membuat persiapan nak raya. Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Al-Fatihah buat Abah. Mak dan Abah yang dikasihi Setelah diijabkabulkan sebelum majlis kenduri Sebelum fofo rosak teruk, lebih baik disimpan secara digital Majlis persandingan II. Foto mak bersanding berbaju kurung tak pasti kemana hilangnya Dua beradik bersama Mak dan Abah

Takutnya....

Ketika dia berada di hadapan pintu masuk ke pejabat, dilihatnya seekor ular melingkar di tengah2 pintu. Tak jadi dia nak melangkah tetapi sekadar memerhati dari jauh. Kelihatan seorang pencuci pejabat dengan selambanya mengalihkan ular tersebut menggunakan batang penyapu. Ketika itu, dia merasa lega lalu terus melangkah menuju ke pintu tetapi pada masa yang sama tetiba-tiba perempuan "cleaner" itu telah meletakkan ular tu betul2 di tengkuk dia. Dia merasa terkejut lalu cuba menjerit tetapi dek kerana terlalu takut dan geli tidak ada suara yang keluar dari kerongkongnya. "Cleaner" itu hanya memerhati sambil tersenyum sedangkan dia semakin menggeletar ketakutan dan dirasakannya saat itu seolah-olah dia tidak lagi mampu untuk bernafas...dia cuba untuk bersuara "tolonggggggg" ... Akhirnya dia tersedar dan ketika itu dia masih terasa menggeletar kerana takut dan geli dengan ular yang dibelitkan dilehernya tanpa kerelaan. Rupa-rupanya dia bermimpi tetapi mimpi ...