Wednesday, September 30, 2009

Sebelum Raya

Hari ini pun entri kita layan gambar2 sebelum hari raya hari tu ek..ehehe kita imbas kembali
Kelongsong ketupat

Nabil nak belajar isi beras dalam kelongsong



Huhuhu marak api merebus nasi impit


Merebus ketupat la pulak


19 Sept-Rendang hati/limpa dan ayam masak kicap palembang atas dapur


Sambal tahun..favorite kami ..ehehehe
Nur Dini yang rajin tolong mama dia isi kuih dalam bekas kuih

Huhuhu Opah cakap apa ntah kat cucu2 dia

Kalau sesiapa tak kenal ini apa...ada masalah namanya..ahaks

Ini apa adik-adik?

Ini lauk berbuka pada 18 September . Kurma Ayam

Rendang tok ..mak masak awal sebab tak nak kelam kabut ..ihiks

17/9- sebelum balik ke kampung..dah sedia semua barang nak masuk dalam kereta

Boleh kata sebuah dapur tu mak angkut balik kampung sebab tak nak kecuh2 beli kat kampung

Tuesday, September 29, 2009

Beraya bersama moyang Chu

Layan gambar2 semasa pergi beraya di rumah nenek saudara kak long / moyang kepada anak2 saudara. Satu2nya nenek saudara yg masih ada
Tengok Nu'aim yang tak sabar2 nak beraya..enjoy betul dia..ehehehe
Dengan Nyang Chu
Nursyafiqa, Nasyirat, Nabil dan Nurdini dengan Moyang Chu
Lepak2 sambil tunggu air...ihiksAda kerusi tapi duduk lantai lagi nyaman sejuk..adik, adik ipar dan Nabil

Tak perasan pulak sampin si nabil dah lucut..ehehehe

Nu'aim yang kena peluk oleh Atuk Shahril...ehehe muda tapi pangkat atuk

Si Aim dengan pakcik2 dia ..ahahaha muda pakcik2 sedara dia ni...

Nak balik dah..lepas ni nak pergi mana pulak?

Monday, September 28, 2009

Famili Saya di Hari Raya


Gambar terbaru kak long dan famili di pagi 1 syawal 1430 bersamaan 20 September 2009. Pertama kali seluruh ahli keluarga adik dan kak Ina (kazen kak long) dapat bergambar bersama. Tak ada gambar studio, so kira gambar ini pun boleh terima pakailah yer.. berlatarbelakangkan rumah kami di kampung. Semua muka serius sebab tunggu timer kamera tu..eheheh
Gambar2 lain sedang diupload ke picasa. Nanti kalau dah siap, baru boleh update linknya yer. Agak sibuk hari ini, tak pasti boleh sempat ke tidak nak upload semua..ehehehe.

Dilema selepas raya

Huaaagh..esok kerja. Malas sungguh rasanya nak mengadap,mengurus dan
memikir hal2 kerja. Maklumlah setelah lebih seminggu cuti,otak tak
berapa nak tune ke channel kerja. Kalaulah tak perlu nak
kerja..alangkah bagusnya ehehe tapi angan2 je yg mampu. Tak ada sapa
nak tolong bagi makan pakai kalau tak kerja. Tabah je la yer.

Saturday, September 26, 2009

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidil Fitri Buat Teman


Kepada semua mereka yang singgah ke blog ini , Kak Long ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maafkan salah silap kak long jika ada dikalangan anda yang terasa hati dengan apa juga coretan yang pernah kak long paparkan diblog ini.

Kak Long akan mula bercuti esok sehingga 27 September, InsyaAllah dan akan balik ke kampung pada esok pagi, InsyaAllah. Teman-teman bloggers semua, kalau sudi ambillah kad yang kak long sempat "touch up" ini yer..ehehhehehe..jangan marah2 okey...puasa lagi ni...jaga diri semua dan kalau ada peluang berinternet, kak long update blog ini sepanjang masa cuti raya nanti. Daaaa..jaga diri semua.
p/s : Jemput datang ke rumah kampung di perak dan juga rumah kak long di Beranang yer.

Wednesday, September 16, 2009

Dah mood raya ke?


Mood raya sederhana aje sebab kerja banyak sekarang ini. Perbincangan untuk coding Documentation bagi sistem baru sedang berjalan dan dalam masa yang sama, kerja2 rutin, menyediakan maklumat dan data untuk fakulti tetap kena jalan...isk iskk...sabo jer ler. Nak buat kad ucapan dan jalan2 ke blog kengkawan tak sempat lagi. Apa-apapun harapnya esok sempat nak prepare kad raya kut...ehehe nak jugak tu buat kad raya!! Apapun kalau tak sempat buat yg baru...terimalah kad recycle ni yer..ehehe ampunn!!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Semoga perjalanan kita dilindungi Allah swt. InsyaAllah.

Monday, September 14, 2009

Sakitnya...


Sejak petang Sabtu, tekak kak long sakit, perit sangat. Apabila telan air liur pun sakit. Sejak petang sabtu tu dah tak sedap badan, malam banyak kali terbangun dari tidur sebab demam dan tekak terasa semakin sakit. Sampai ke hari ini pun masih sakit dan badanpun ikut jadi lenguh2 macam demam tak kebah.


Kalau tak puasa memang boleh minum air banyak2, ehehehhe ini puasa, so kena tunggu malam baru boleh makan ubat dan minum air.


Dugaan!! Sudahlah minggu ini ada banyak perbincangan kena buat sebab nak install system baru..adehlahh...takutnya kerja tak dapat siap dalam masa yang ditetapkan.

Wednesday, September 09, 2009

Mengimbau Nostalgia

Semalam kak long tak sihat, sambil duduk di sofa kak long bukak album..bukan album lagu tapi album gambar. Terlihatlah wajah Abah yang dirindui yang telah lama pergi. Dulu Abahlah yang sibuk semasa bulan Ramadan dan sibuk membuat persiapan nak raya. Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Al-Fatihah buat Abah.



Mak dan Abah yang dikasihi

Setelah diijabkabulkan sebelum majlis kenduri

Sebelum fofo rosak teruk, lebih baik disimpan secara digital


Majlis persandingan II. Foto mak bersanding berbaju kurung tak pasti kemana hilangnya Dua beradik bersama Mak dan Abah

Monday, September 07, 2009

Cuti, shopping raya dan sesak

photo: credit to Gettyimages

Di tahun-tahun yang lepas, apabila Selangor cuti dan KL tak cuti, memang akan sesaklah Kuala Lumpur terutama di jalan masjid India, Chow Kit, sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman dan setipa kompleks membeli belah pasti sesak.


Kebetulan pulak tahun ini cuti Nuzul Quran jatuh di di saat Lebaran hampir tiba, maka pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli persiapan hari raya. Agak-agak hari ini KL sesak tak? 10 tahun yang lepas adalah kali terakhir kak long berkesempatan bersesak-sesak untuk shopping raya di bandaraya KL. Sekarang ini kak long lebih suka membuat persiapan lebih awal ( ala kadar jer). Malas nak bersesak-sesak dgn parkingnya lagi, dengan sesak jalanrayanya lagi..aduhai tak kuasa..eheheh. Lagipun dah duduk jauh dari KL ni, shopping raya kat Nilai, Seremban dan paling tidakpun kat JJ Balakong, tu..ehehehehe.


Dulu, kalau Selangor cuti, dan KL tak cuti masa Thaipusam, apabila kak long nak balik ke rumah di Kampung Baru selepas waktu kerja, sesak sungguh jalan Tun Razak tu. Jalan Kinabalu dan Sultan Ismailpun sesak tapi sekarang ini kalau KL cuti, Selangor cuti, kak long rasa KL tetap dan akan sesak..ahaks.


Pagi tadi perjalanan lancar sebab orang yang bekerja di Selangor cuti, so orang yang bekerja di KL suka hati sebab jalan tak sesak..ihiks. Tapi adakalanya terkenang juga kemeriahan shopping raya di saat akhir di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu tapi bila fikir sesaknya dan berpuasa pulak, keinginan itu mati dengan sendirinya...ehehehe..

Saturday, September 05, 2009

Kes Cuti Raya

Setiap tahun pasti ada permasalahan cuti semasa raya terutama raya puasa. Paling risau apabila perlu berlaku adil dan bijak menangani masalah. Kalau tak ada perebutan siapa nak cuti dan siapa yang boleh cuti lebih, agak mudahlah menyelesaikan masalah. Seperti tahun ini, walaupun raya ada lagi dalam 15 hari tapi kak long dah berbincang dan dapat buat jadual kerja sehingga hujung bulan ini. Agak mudah menyusun jadual kerana telah ada penambahan jumlah kakitangan di sini dan kak long amat berterima kasih kepada mereka yang mahu bertolak ansur. Daripada 8 orang kakitangan yang ada cuma 4 orang saja yang raya ke 4 dah mula bekerja dan yang lain-lain bolehlah ambil cuti lebih dari 2 hari. Syukur alhamdulillah tak kena kerja pada raya pertama atau kedua macam mereka yang bertugas di hospital, polis mahupun tentera tetapi kalau dah terpaksa kena jugalah buatkan?.

Tahun ini dah kira selesai, tahun hadapan tak tahu lagi...

Friday, September 04, 2009

Tak sangka...


..cempedak menjadi nangka? ehehehe...itu lawak jer tu tapi memang tak sangka betul. Pagi ini bila sampai kat ofis ( sampai awal) dan bila masuk ke blog tengok2 ada mesej dari kazen kak long Mazli yang dah lama tak jumpa. Semasa mak dia meninggal beberapa bulan yang lepas kak long tak sempat nak ziarah tapi sehari sebelum itu dah pergi melawat di UMMC. Tak bersua muka di alam nyata tapi blog ini telah menemukan kami di alam maya. Li, terima kasih singgah ke blog kak zu. Nanti raya baliklah kampung yer! walaupun bapak dgn mak Li dah tak ada tapi sedara mara ramai lagi kat kampung tu dan lepas tu kalau ada masa datang rumah kak zu di Kesuma Lakes tau.

Tak sia-sia kak long berblog, dapat juga mengeratkan silaturahim.

Thursday, September 03, 2009

Menu ringkas

Ini menu yang ringkas sewaktu berbuka petang semalam. Kak Long dgn mak masa berbuka tak perlu ada macam-macam jenis kuih dan lauk pauk, ala kadar sudah memadai.




Pajeri terung . Hari tu beli kat pasar ramadan, sebiji RM1.50, tak puas makan, so semalam mak masak lebih sikit..




Paprik ayam..sorry gambar tak jelas sebab berebut2 dgn Nu'aim yang nak pegang kamera..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin