Posts

Showing posts with the label Kisah dan Teladan

Syukur dalam Hiba

Image
Alhamdulillah, syukur kak long selamat sampai di rumah petang semalam. Selama kira-kira 2 minggu terakhir ini, kak long terasa ada kelainan padanya tetapi kak long tak berbuat apa-apa cuma berharap ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Allah telah menjanjikan dan ditakdirkan petang semalam peristiwa ini terjadi lagi. Sejak 8 tahun yang lepas, ianya pernah terjadi kepada kak long selama 2 kali dan ini adalah kali ke 3 dan tanpa ada tanda-tanda yang menyakinkan ianya terus tidak berbunyi, tidak bising-bising seperti sebelumnya. Huhuhu, apa yang anda fikir kak long akan ceritakan hari ini? Cuba teka...dapat tak?? Hari ini parking lot depan blok ofis kosong...biasanya WNJ menjadi penyeri di situ ( cewahhh..ehehehe). Hari ini kak long menumpang orang untuk datang ke tempat kerja. Uwaaa mujurlahh adik ada di rumah dan pagi ini kak long minta jasa baiknya menghantar kak long ke ofis. Hiba arr bila tak ada transport nak datang kerja. Nak naik bas, jauh sangat sampai kena tukar banyak k...

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Image
Hari ini kak long sekadar mahu berkongsi cerita di bawah ini yang kak long petik dari ruangan Dicelah-celah kehidupan di surat kabar Mingguan Malaysia. Ini adalah cerita seorang wanita yang kecewa tetapi telah berbahagia dengan hidupnya sekarang. ``Katanya dia mempunyai banyak pengalaman pahit semata-mata kerana ingin memenuhi hasratnya berkahwin dan mempunyai anak seperti yang dikehendaki oleh ibunya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian. ``Kira-kira 25 tahun lalu memang sukar mencara suami setaraf, begitu juga zaman ini. Malah zaman ini lebih teruk lagi. Yang lulus U tak semestinya dapat suami yang sama-sama lulus U. Nasib baik kalau dapat lulusan diploma, jadi kalau setakat ada kerja tetap itu sudah memadailah. Begitulah dengan nasib saya. ``Setelah sekian lama mencari saya masih gagal, akhirnya bertemu seorang lelaki lulusan diploma bekerja dengan swasta. Persahabatan kami mulanya berjalan baik, tapi selepas tiga bulan saya dapat tahu dia bukanlah lulusan diploma seperti didakwa, c...