Posts

Showing posts from August, 2009

Berita dari kampung

Salam merdeka dan selamat berpuasa. Sudah seminggu kita berpuasa dan subuh tadi kak long menggoreng mee. Kalau kak long je memang tak rajin masak tapi ada anak2 buah dgn adik dan adik ipar so masak le ehehe. Berselera sikit makannya bila ramai2 bersahur. Petang ni nak masak asam pedas ikan duri dan nasi ayam. Cadangnya nak berbuka di rumah kakak sepupu malam ni. Muahaha tengahari dah cerita pasal makanan! Maaf yer ehehe jangan ada yang kecur liur pulak. Selamat berpuasa ye.

Hujan Pagi di Lembah Kelang

Image
Seawal subuh kebanyakan kawasan di lembah kelang ini dibasahi hujan. Di kawasan Semenyih memang lebat. Makanya kalau dah hujan awal pagi, faham-faham sajalah yer. Jalan licin, kereta banyak dan berlakulah kesesakan. Tambah teruk apabila ada pemandu yang ikut suka dia jer potong Q menyebabkan makin sesak. Tapi itulahkan, kalau dah namanya tinggal dan kerja di Lembah Kelang ni, kalau tak sesak, tak sah pulak!! ehehehe. Kak Long pun terlewat 5 minit hari ni masuk ofis. Tapi tak mengapalah sebab masa ni student sedang bercuti semester. Pelajar2 baru yang semalam mendaftar untuk orientasi belum masuk ke library lagi. Apapun kerja tetap kerja..sentiasa ada ..tak pernah habis dan tak akan habis. Petang nanti kena pulak bagi briefing kat pelajar baru di dewan..walau dah banyak kali buat tapi tetap rasa gementar..eheheh adehlah. Kepada semua, kak long ucapkan selamat berhujung minggu, selamat berpuasa dan jaga diri. Esok , InsyaAllah kami sekeluarga akan balik ke kampung, doakan kami selamat s

Kuih gunting

Image
Main tibai jer letak nama ni...dulu2 mak selalu buat kuih siput, adunan sama tapi kelmarin masa off day, tetiba rajin nak buat kuih ni tapi acuan kuih siput tak ada ..so guna gunting jer. Bukan untuk raya sebab lama lagi raya nyer. Kak Long buat sikit untuk kudap2..ehehehe. Sendiri buat, sendiri makan. Rasanya? bolehlahhhh...yang pasti ianya rangup..ihiks. Muka Nur Dini macam orang sedih jer..ehehe letih puasa tu muahahaha bila dah bancuh tengok2 penggelek tinggal kat rumah kampung...pakai jer apa yg boleh..orang kata tak ada rotan, akar pun berguna.. Muka mak tak boleh nak siarkan kat sini... Bersila kat lantai lagi mudah..ihiks Menggunting cepat, nak menipiskan adunan yg lambat sikit.. Inilah hasilnya setelah di goreng.. Maaf yer, resepi tak ada, resepi dia kami main agak2 jer ..kalau berminat, cuba cari kat laman web resepi lain yer.

Yang Mana Satu

Image
pilihan hati? saya tak berapa nak pandai nak memilih. Apa kebaikan mereka? apa keburukan mereka? saya bukan merujuk kepada seseorang tau...tapi saya merujuk kepada internet provider . Boleh sesiapa bagitahu kelebihan streamyx, celcom broadband, maxis broadband mahupun P1 W1max? Kalau boleh saya nak online kat mana2 dan bila2 masa saya perlu online. Itu cuma cadangan dan mungkin saya akan 'subscribe' salah satu tetapi buat masa ini saya tak ada masa yang panjang nak survey semua2 ni..macam mana ek? Tolong yer..sesiapa yg ada pengalaman guna pakej2 di atas itu, mohon beri pendapat anda di sini. Terima kasih.

Ramadhan Sudah Tiba

Image
Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Tak sempat nak reka kad ucapan sendiri..so saya post kat sini kad ucapan dari rakan-rakan saya. Selamat berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Semoga ibadah kita diterima Allah s.wt. Ameen. kad dari Suzi kad dari mamakiter kalau ada rakan2 lain yang menjemput saya mengambil kad tetapi saya tak ambil dan tak sempat nak post kat sini, ampun maaf dipinta.

Bermulanya Kisah Blog Ini

Image
Setelah dikhabarkan oleh Ku Ina bahawasanya kak long telah di tag, maka kena jugalah bercerita bagaimana kenal dan seterusnya terjebak dalam dunia blog ini. Saya bukan seorang blogger yang aktif berblogging. Tak mampu nak ziarah semua blog setiap hari sebab tuntutan kerja dan sesekali kalau rajin hantar cerita dari rumah guna 3G....yep..saya tak ada broadband, tak ada streamyx dan dah lama tak jadi ahli tm net. Beberapa tahun yang sudah, kalau anda lihat entri pertama saya pada tahun berapa ek..eheheh saya sendiri dah lupa, saya berkenalan dengan seorang kawan siber dan dia ada blog dia sendiri. Terus terang saya katakan pada masa itu saya tak tahupun pasal blog. Kami berkawan baik dan akhinya saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang kami dan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya saya memutuskan hubungan kerana saya dapati dia tidak jujur sepenuhnya tentang siapa diri dia yang sebenarnya. Jangan cari cerita saya dan dia dalam

Lost and Found

Image
This is one of the conversations yesterday morning. " Kak, I found this hand phone on the sofa". I replied " isk iskk...carelessnyer budak mana ler yang hilang hand phone ni.. Anyway, thanks so much ya! ". He said “no problem and smiled". Ada beberapa kali dah budak2 jumpa handphone tertinggal mahupun tercicir di library dan beberapa kali itu juga ada yang tuanpunya dapat kembali sebab yang jumpa handphone tu budak baik dan pulangkan pada kami. Ada yang terus tak nampak bayang handphone mereka yang tercicir tu. Well, how many times you found some valuables gadgets and return it to the owner or you just don't care and decided to keep it and treat it as your own belonging? Okay, back to the lost and found incident. After about an hour or so, there was one Middle East student approached the counter and asked, “Have you seen my hand phone? I was sitting at the sofa just now and I have lost my hand phone". I asked her few questions. What is the brand of the

Cerita hujung minggu

Image
Aduhai..dah seminggu tak update..mujur tak bersawang blog ni..ehehehe. Kelmarin balik ke kampung kerana ada wedding 2nd cousin yang tidak ku kenali..huhuhu. Yang kenal cuma makcik2 yang dah lama tak jumpa...ada yang berbelas2 tahun tak jumpa tapi yang best, ada sorang makcik tu komen "anaknya dari dulu macam ni juga tak berubah" ahahahaha...dia maksudkan kak long la tu ..menten beso kut maksudnya tu. Dia kata mak kak long dah semakin kecik sampai dia tak kenal..ahaks. Tapi yang paling best..tak ada orang tanya ..bila nak makan nasi minyak!!! legaaa teman.. eheks. Semua happy jer..ala-ala jejak kasih yang tak ada adegan air mata..alhamdulillah. Apapun layan jer la gambar2 yang sempat diambil..sorry gambar pengantin tak sempat nak fokus betul2 sebab ramai sangat orang dan tempat pulak sempit..eheheh nasibla labu jadi kelabu gambo. eh..kesian..gambo pengantin tak terang...

Jangan engkar..

..kepada mak. Menonton drama Embun terbakar sebentar tadi menginsafkan diri. Mengingatkan diri supaya tidak berlagak dan melupakan mak sendiri. Malu nak mengaku mak sendiri adalah tindakan yang patut kita elakkan. Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan mereka yang membaca.