Tuesday, August 25, 2009

Yang Mana Satu


pilihan hati? saya tak berapa nak pandai nak memilih. Apa kebaikan mereka? apa keburukan mereka? saya bukan merujuk kepada seseorang tau...tapi saya merujuk kepada internet provider . Boleh sesiapa bagitahu kelebihan streamyx, celcom broadband, maxis broadband mahupun P1 W1max?


Kalau boleh saya nak online kat mana2 dan bila2 masa saya perlu online. Itu cuma cadangan dan mungkin saya akan 'subscribe' salah satu tetapi buat masa ini saya tak ada masa yang panjang nak survey semua2 ni..macam mana ek?


Tolong yer..sesiapa yg ada pengalaman guna pakej2 di atas itu, mohon beri pendapat anda di sini. Terima kasih.

9 comments:

sikakikecil said...

kaklong, saya guna celcom broadband. tp kawasan coverage dia terhad. kat taiping ni sgt lembap. RM98.00 sebulan. :)

Diarihatiku1976 said...

kalau saya pilih celcom.. liputan meluas skit..

kuina said...

celcom liputan meluas tp kekdang semput gak...

...>> sy belum memiliki lg cuma dok gasak harta org buat harta sendiri..

Kak Zue said...

wilda-->Terima kasih dgn pendapat yang diberi. will consider your suggestion :)

Kak Zue said...

ku ina-->rasanya maxispun ada sangkut/semput gak kut..ehehehhe

Kak Zue said...

diarihatiku-->celcom juga menjadi pilihan yer..ehehe okey2 akan dipertimbangkan.Terima kasih.

Anonymous said...

Kak zu,
sama lak kita ni..niza pun tgh dok pikir2 ni nak pki b/band ape?
laptop dah jumpa dah..kaler merah gitu. tggu masa free nak gi beli

kak zu said...

niza-->wahhh kaler merah gitu..eheheh akak punyer kaler hitam kelabu jer...eheheh kalau nak guna warna2 beli jer la cover kat kedai pc tu kan? ehehhehe

Kak Long Mawar Merah said...

Kak Zue,
Saya gunakan celcom broadband kalau luar rumah. Daripada pengamatan saya, kalau kawasan ada liputan 3G, laju sikit, tapi kalau masa tu ada kat tempat yang tak ada liputan 3G, semput menunggunya. Kat area Lembah Kelang, okaylah juga..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin