Friday, August 28, 2009

Hujan Pagi di Lembah Kelang


Seawal subuh kebanyakan kawasan di lembah kelang ini dibasahi hujan. Di kawasan Semenyih memang lebat. Makanya kalau dah hujan awal pagi, faham-faham sajalah yer. Jalan licin, kereta banyak dan berlakulah kesesakan. Tambah teruk apabila ada pemandu yang ikut suka dia jer potong Q menyebabkan makin sesak. Tapi itulahkan, kalau dah namanya tinggal dan kerja di Lembah Kelang ni, kalau tak sesak, tak sah pulak!! ehehehe.

Kak Long pun terlewat 5 minit hari ni masuk ofis. Tapi tak mengapalah sebab masa ni student sedang bercuti semester. Pelajar2 baru yang semalam mendaftar untuk orientasi belum masuk ke library lagi. Apapun kerja tetap kerja..sentiasa ada ..tak pernah habis dan tak akan habis.


Petang nanti kena pulak bagi briefing kat pelajar baru di dewan..walau dah banyak kali buat tapi tetap rasa gementar..eheheh adehlah.
Kepada semua, kak long ucapkan selamat berhujung minggu, selamat berpuasa dan jaga diri. Esok , InsyaAllah kami sekeluarga akan balik ke kampung, doakan kami selamat sampai dan kembali yer. Terima kasih.

4 comments:

<< s| tED| >> said...

di sini juga hujan.

semoga selamat perjalanan pergi dan balik :)

Kak Zue said...

tEDl--> terima kasih yer :-)

en_me said...

salam ramadhan akak zue itteww..

Abang Long said...

Salam Ramadan buat Kak Long Zura.

Tolong berikan alamat lengkap dan kirimkan kepada alamat - mohamad.feroz@gmail.com

TERIMA KASIH

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin